Bab 33 part 2

Action Series 46664

"Memang berat mak.. ujian Airil Dan Airil Tak nafikan juga ,bahawa bukan mudah untuk melupakan semua yang dah terjadi sebelum ni..

" Mak..Airil pun pernah jatuh mak ,..

"jatuh -sejatuhnya..sampai terlalu sukar untuk Airil bangkit semula..Dan ianya makan Masa juga untuk sembuh ,

"alhamdulillah selepas 2 tahun Airil dah Mula belajar untuk menerima hakikat ,bahawa apa yang Kita miliki saat ini bukanlah kekal abadi yang mampu Kita genggam sampai Kita mati....

penjelasan dari Airil telah membuatkan wanita itu tersentuh ,
Perlahan -lahan tangan wanita tua itu Mula melingkar di tubuh Airil ..

"Airil...kamu memang anak yang baik nak,
kamu baik sangat...

"macam -macam dugaan yang Allah bagi pada kamu nak.. "Mak cik doakan insyaallah satu Hari nanti kebahagiaan akan datang sepenuhnya dalam hidupmu..

"Aamin... (insyaallah) mak.. Insyaallah.,
Airil terlebih dahulu mengaminkan doa Yang di langitkan oleh Mak Anum buat dirinya..

"Aamin ya rabbal Alamiin.....disusuli pula dengan Aminnnya mak Anum..

"Airil..walaupun pun mak cik Tak sekuat kamu untuk terima kenyataan Arwah Suib sudah pun meninggal dunia , tapi insyaallah satu Hari nanti mak cik akan cuba belajar untuk kuat , redha Dan ihklas ye nak... . ,

Airil menganggukkan kepalanya tanda faham
akan perasaan yang dialami oleh Mak Anum ketika ini..

wajah Airil yang masih tersisa dengan titisan air mata itu diusap dengan penuh kasih sayang
oleh Mak Anum..

"Mak..arwah ada buat permintaan terakhir dengan Airil ,

"permintaan apa Tu Airil cakaplah nak, Mak nak dengar.....tanya Mak Anum dengan Titisan air mata..

" permintaan terakhir dia adalah ,dia nak
Airil jaga mak hingga akhir hayat mak,

"Mak..sudi ke nak tinggal dengan Airil ..?
atau mak nak balik semula ke pusat jagaan Husna Arrashid tu..

dengan senyuman Mak Anum menjawab soalan yang diajukan oleh Airil..

"sejak dari pada tadi kamu panggil mak cik dengan gelaran mak..
kamu nak tahu Tak apa perasaan mak cik bila dengar kamu panggil mak cik dengan gelaran tu Airil...?

**********

terkebil -kebil mata Airil menanti jawapan dari Mak Anum..
kelihatan jelas sekali ketakutan diwajahnya lelaki itu..
dia seperti sedang takut untuk mendengar jawapan yang keluar dari mulut Mak Anum saat ini.
jika wanita tua itu tidak sudi untuk tinggal dengannya Maka itu akan membuatkan dirinya sukar untuk menjaga Mak Anum kelak harinya..

"Mak cik rasa bahagia sangat dengan gelaran Mak yang kamu sebut. .

" Dan Mak cik dapat rasakan kasih sayang dari seorang anak yang terlalu sempurna ahlaknya, dan
terlalu indah tutur bicaranya jadi mana mungkin seorang ibu menolak pelawaan anak angkatnya ni...

" jadi Mak sudilah Airil jaga mak yee.. ,

yee..nak..mak Sudi dijaga oleh kamu ....."jawab Mak Anum Ringkas.

bahagia yang tidak mampu diutarakan melalui kata-kata ,wajah Mak Anum dipandang dengan lamanya..

."Alhamdulillah.... Alhamdulillah"

bisiknya dihati setelah mendengar Mak Anum sudi tinggal dengannnya..

terima kasih mak..terima kasih..ucap Airil dengan riak tersenyum sambil kedua tapak Tangan Mak Anum dicium dengan penuh kasih sayang..

"sama...sama..balas Mak Anum..

"Airil...Boleh tak ,
esok kalau mak nak ziarah kubur Arwah ..
"dah lama mak Tak jumpa anak mak tu..suara Mak Anum kedengaran sebak..

"Boleh Mak.. insyaallah
.esok Airil yang akan bawak mak pergi ziarah kubur arwah yee..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience