BAB 2

Romance Completed 11857

Kami sama-sama tergelak. Keadaan hening seketika sebelum nenek kembali menyambung bicara.

“Kiranya, kahwin juga Mariam dengan William, ya? Lepas dia tinggalkan kami, nenek tak dapat sebarang berita dari dia. Boleh nenek tahu, dia bahagia sekarang?”

“Bahagia, nenek. Sepanjang 28 tahun saya hidup dengan ibu dan babah, mereka cukup bahagia. Dan saya pasti sekarang mereka lagi bahagia.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab saya dah tak kacau daun mereka lagi!” Kami tergelak lagi.

“Er.. Rafael.. nenek tak tahu apa rancangan kamu sebenarnya. Nenek pun tak kenal kamu sangat. Tapi, nenek tahu dari mata anak mat saleh kamu ni, kamu ni baik orangnya. Harap-harap apa yang nenek sangkakan ni betul la, ya.” Aku hanya senyum sambil tunduk.

“Maaf, nek. Itu saya tak pasti lagi. Saya tak boleh janji. Cuma, saya nak minta tolong nenek. Saya nak tumpang tinggal beberapa hari lagi kat sini. Mana lah tahu kut atuk ubah fikiran, atau saya sekali ubah fikiran. Mungkin kita dapat jernihkan keadaan?” Nenek berjela seketika.

“Boleh tu, memang lah boleh. Tapi, tahan ke kamu dengan angin atuk kamu tu?”

“Tak.. saya yang patut tanya nenek. Tahan ke atuk dengan angin saya ni?” Nenek hanya tergelak sambil geleng kepala. Mesti pening kepala dia lepas ni. Mana satu nak menangkan, suami yang dah lama hidup bersama atau cucu yang dah lama tak bersama?

Aku mengayuh basikal tua milik atuk yang aku pinjam tanpa kebenarannya. Hah, beraninya aku melawan arus atuk! Dek kerana melawan angin aku nanti, jangan terkojol sudey lah orang tua tu! Aku senyum sambil melebarkan pandangan ke semedang pemandangan sawah padi. Bahagianya, menghirup udara petang yang segar tanpa bising dan cemar. Sekilas, aku terpandang gadis bertudung merah yang sedang berjalan beriringan bersama kawannya. Aku terus memusingkan basikal ke arah mereka.

“Hai..” Aku senyum sambil kenyit mata pada si manis bertudung merah. Lantas aku turun dari basikal lalu berjalan kaki sambil menolak basikal, beriringan dengan mereka.

“Kau lagi!” Si manis bertudung merah dah mencebik. Rakannya dah tolong balas senyum.

“Ehem.. kalau awak nak mengorat, awak mengorat lah dia, sebab saya dah bertunang. Bagos juga lah awak mengorat dia, sebab dia ni tak ada boyfriend lagi!” Rakannya yang ramah tamah ni memang menyenangkan kerja aku betullah! Si manis bertudung merah dah menyiku-nyiku kebecokan rakannya.

“Minta maaflah, dia ni memang macam singa, tapi hati dia baik. Lagipun, kalau dia makan orang, tak ada lagi kes hilang kepala, tangan kudung ke..”

“Dahlia?!” Si empunya nama menyeringai senyum.

“Er.. Dahlia, kawan awak ni memang sombong, ya? Tadi pagi, saya datang sini. Biasalah, pelancong mesti sesat, kan? Tapi, bila saya tanya alamat kat dia, dia cakap tak tahu. Lagi, ada pulak dia marah saya? Em.. tak baik macam ni, kan? Orang cakap segan bertanya sesat jalan. Dah tu macam mana tak sesat kalau macam ni?” Subjek dah menjeling tahap nak tikam rasa! Aku masih senyum-senyum gatal.

“Ish, kau ni tak baik tau buat orang macam ni. Kesian dia.”

“Dah, jom balik! Tak payah nak back-up dia lagi!” Dia dah jalan laju-laju, tapi aku masih menahan.

“Eh, kau nak apa lagi, haa?! Tak cukup lagi kau dah malukan aku dulu?” Ambik kau! Suara dia memang outstanding, kalah Jaclyn Victor!

“Eh, kau kenal dia ke?” Dahlia buat muka pelik.

“Tak kenal, tapi aku ni tak nyanyuk lagi! Mahunya aku tak tak lupa pada orang yang cakap dia cintakan aku kat depan orang ramai, semata-mata sebab bertaruh dengan kawan-kawan dia?”

“Hoo.. yang masa kau pergi reunion kat PD tu ye? Dialah mat saleh yang kau cerita tu?” Dahlia dah letak jari telunjuknya di dagu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience