BAB 7

Romance Completed 11865

“Kerja? Haa.. itulah kerja diaorang. Melepak. Pastu jadi konco-konco si Asyraf. Buat kerja tak berfaedah!”

“Siapa Asyraf?”

“Ala, budak hari tu yang kita jumpa tu? Anak ketua kampung.” Aku mengangguk sambil mulut buat huruf O.

“Ada lagi ya anak-anak kampung ni yang tak bersekolah?” Aku tanya, saja nak sibok.

“Ada lah jugak. Alasan, nak tolong mak, tak berminat la. Dah diaorang tak nak, takkan kita nak paksa, kan?” Mustika hanya mencebik.

“Hish, cik cikgu ni. Bukan lah paksa, tapi pujuk. Kita kenalah ambil peranan. Anak bangsa kita juga nanti yang keciciran.” Mustika melopong mendengar penjelasan aku. Apa? Ingat orang luar tak boleh bagi pendapat ke?

“Itulah rumah ketua kampung..” Mustika memuncung pada sebuah banglo tiga tingkat di tepi jalan besar.

“Pak cik Amran?”

“Eh, tak lah. Sekarang, anak dia pulak yang pegang jawatan tu..”

“Arsyad?” Mustika mengangguk.

“Eh, awak kenal ke pak cik Arsyad?” Aku diam, konon-konon tak dengar soalan dia tadi. Bukan setakat kenal. Tapi, takkan aku lupa nama itu.

Pagi tadi, anak dia datang beri amaran kedua pada aku supaya jauhkan diri dari Mustika. Sekarang, bapak dia pulak yang datang jumpa aku di pangkin halaman rumah. Aku tak pasti apa tujuan dia, tapi inilah pertama kali aku jumpa orangnya Arsyad ni setelah bertahun aku dengar nama dia diseru. Macam ni rupa dia. Tak adalah hensem mana pun.

“Datang kalau nak menziarah, buat cara nak menziarah. Jangan nak sibok nak jaga tepi kain orang lain..” Orang tua Arsyad ni terus terjah aku kalah abang rambut ketak Melodi, tanpa sebarang signal atau hon. Betul kata Mustika, orang kampung ni terlalu taksub pada ketua kampung mereka. Terlalu memuja, terlalu menghormati hingga takut kepadanya dan keluarga. Lihat saja reaksi atuk dan nenek, hanya menempel di tepi rumah, tidak berani untuk masuk campur.

“Assalamualaikum..” Salamku tak berjawab. Huh, dosa tau!

“Hoo.. jadi macam ni lah caranya seorang ketua kampung menyambut kedatangan seorang tetamu? Wah, sangat bersopan, gembira rasa.” Aku membalas balik sinis terjahan dia tadi. Mukanya nampak memerah. Marahlah tu!

“Ahh.. aku tak peduli lah semua tu! Sekarang ni, aku nak tahu. Yang kau ni sibok-sibok suruh orang kampung tu tak bayar duit sewa tempat letak bot tu kat aku, kenapa? Aku ada hutang dengan kau ke?” Aku senyum.

“Ada.. sebenarnya. Sebab, tempat letak bot tu, dalam kawasan tanah ATUK saya..” Sengaja aku tekankan frasa atuk tu. Biar dia yang hilang ingatan tu cepat sedar sikit.

“Orang tua tu memang atuk saya, tapi Tuan William pun atuk saya juga.” Aku tuding jari kepada atuk aku yang dari tadi terpacak kat sebelah nenek.

“Jadi, dulu bolehlah encik ketua kampung menggunakan sebaik-baiknya harta atuk saya tu. Tapi, sekarang, saya dah balik semula dan nak kaut semula harta atuk saya yang dah banyak sangat dia dermakan pada encik ketua kampung. Pak cik ingat, pak cik sorang je ke nak kaya?” Pak cik Arsyad tambah mengembang hidungnya.

“Orang pejabat tanah dah ukur. Dia cakap tempat tu dalam kawasan tanah saya. Jadi, sila jangan perasan. Lagi satu, nanti jangan lupa alihkan besi buruk kat belakang rumah pak cik ye?”

“Besi buruk belakang rumah aku? Rasanya kereta-kereta aku, adalah..“

“Ha.. ye lah tu. Besi buruk lah. Tolong ya. Sebab saya nak buat kandang kambing kat situ.” Kenyataan aku membuatkan telinganya seperti berasap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience