BAB 4

Romance Completed 11865

“Atuk saya.. Hussein. Saya anak Mariam dengan William.”

Mustika kelihatan sedikit terkejut. Pesal pulak?

“Hoo.. patot la cikgu Mustika tak layan saya, dah ada orang lain rupanya!” Tegur satu suara membuatkan aku dan Mustika sama-sama berpaling, menfokuskan pandangan pada si empunya suara. Seorang pemuda, dalam usia kami agaknya. Aish, siapa pulak menyampuk ibni potong trip aku nak mengorat ni?

“Ah, jangan nak mengarutlah! Dah, aku balik dulu!” Mustika terus berjalan laju menuju ke kereta Perodua Myvi yang dipangkir di seberang jalan. Aku dan lelaki tadi saling berbalas pandangan.

“Er.. can I.. help you?” Tanya pemuda tadi, sebutir-sebutir.

“Tak mintak tolong pun?” Dia pun membuat riak seperti Mustika, pelik. Mungkin pelik mendengar aku boleh bertutur Bahasa Melayu dengan lancar agaknya.

“Aku Asyraf, anak ketua kampung ni. Datang menginap kat homestay tepi air terjun tu ke? Homestay bapak aku punya tu.”

“Ada aku tanya?” Jawabku sinis sambil bangun menuju ke basikal tua atukku.

“Hei..,” panggil dia agak kurang ajar. Aku sekadar mengikut tindakan refleks, berpaling tatkala dipanggil.

“Jaga-jaga sikit perangai kau tu mat saleh. Paling penting, jangan kacau Mustika. Dia milik aku!” Wah, dengan nada keras, berani dia mengugut aku.

“Encik anak ketua kampung, untuk pengetahuan encik, Mustika bukan milik sesiapa. Bukan milik encik, bukan milik saya juga. Dia milik Allah, begitu juga kita.” Haa, kan aku dah bagi khutbah Jumaat seminggu awal! Terus aku dengan selambernya meneruskan kayuhan basikal dan meninggalkan anak ketua kampung itu yang masih ternganga.

Bila aku sampai ke rumah, aku nampak sebuah kereta Ford Fiesta Sport berwarna merah dipangkir dihalaman. Aku dah merengus, sebab aku tahu siapa tuannya kereta itu. Tak sempat aku berpaling untuk keluar dari halaman rumah, namaku diseru manja.

“Raf.. you nak ke mana tu? Penat-penat I cari you sejauh ni, you nak larikan diri pulak dari I, ya?” Aku berpaling. Seorang gadis, berambut blonde dan memakai dress biru paras buku lali. Nasib pakai baju tak terdedah sangat. Kalau tak, lagilah hangin orang tua tu dengan aku.

“Katrina, kan I dah cakap jangan cari I lagi!” Aku dah rimas dan cuba mengelak, tapi Katrina makin galak menghampiriku dan terus memelukku erat-erat.

“Last kita jumpa hari tu you kan tak sihat, lepas tu tiba-tiba you hilang. I risaukan you. I call you pun tak dapat. I miss you damn much.” Memang la tak dapat contact minah oii. Aku dah campak handphone aku dalam laut, datang sini pun dengan bas. Pelik, mana dia tahu aku ke sini? Ish, ni mesti kawan-kawan aku yang jenis tak boleh simpan rahsia ni punya angkara.

“Haa.. bagos lah tu. Dah kalau anak penjajah, memang tak ubah perangainya! Elok sangat lah nak sebar maksiat dia tu sampai ke sini!” Aku dengar atuk dah bertempik di atas rumah. Adoi, sakit kepala aku macam ni. Tak sudah kisahnya ni.

Aku heret Katrina jauh sikit dari kawasan rumah, ke pangkin bawah pokok jambu.

“Kat, listen hear. Please, stay away from me. I need to be alone. Please, back to Singapore, now. Sia-sia je apa yang you buat ni.” Katrina terkejut amat dengan kenyataan yang aku keluarkan. Matanya dah berair.

“Kenapa pulak, Raf? I love you, father I pun dah setuju sangat kalau kita kahwin!”

“Sorry, but I don’t love you. Sound cruel, right? But to be honest, I have to say this. I don’t love you..”

“Raf?!” Katrina pegang erat lenganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience