BAB 14

Romance Completed 11857

“Biarlah.. dah orang dah suka, terus terang je lah. Biarlah dia tak suka orang pun, yang penting orang suka dia!” Mustika jujur. Dahlia dah angkat ibu jari kepada aku.

“Tak boleh. Saya tak boleh kahwin dengan awak, Mustika,” jawabku dengan nada serius.

“Kenapa? Kenapa pulak?!” Mustika tak puas hati.

“Sebab saya nak pergi jaoh. Ibu dan babah pun dah tunggu saya..”

“Tak pelah. Saya ikot!”

“Tak boleh. Sebab nanti ada yang jempot..”

“Siapa? Tak kira, nak ikot jugak!”

“Izrail.”

“Haa?!”

Semua yang ada kat situ dah separuh menjerit.

“Apa Rafael mengarut ni?!” Marah nenek. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang, walau hati dah tak tenteram. Tak tahulah kebenaran ini mampu diterima mereka atau tidak.

“Ibu dan babah, dah meninggal dalam kemalangan jalan raya lima bulan lepas..”

“Astagfirullahalazim.. bang haji! Anak kita..!” Nenek sudah meraung disebelah atuk.

“Sebelum mereka pergi, mereka sempat berpesan untuk saya kembali ke sini. Kembali bagi menjernihkan kembali hubungan keluarga kita. Agar kekusutan ini dapat dileraikan. Sekurang-kurangnya, sekarang atuk dan nenek dah tahu yang ibu dan babah tak bersalah, kan? Saya ibarat wakil babah, yang dulu pernah berjanji untuk membangunkan kampung ini setelah lama dalam pemunduran dek kerana nenek moyang mereka. Saya kembali untuk mengotakan janji babah. Menghentikan penindasan pak cik Arsyad dan membebaskan orang kampung dari penjajahan dia. Atuk, nenek.. jangan risau. Ibu dan babah dah lama maafkan atuk dan nenek. Mereka sayangkan atuk dan nenek.” Nenek masih dengan sendu airmatanya. Begitu juga yang lain yang turut sama mendengar.

“Kemudian, saya akan menyusul mereka.”

“Apa maksudnya ni?” Mustika masih belum faham.

“Mustika, saya ada leukimia! Saya dah tak nak buat kimo. Bila saya tahu akan hal ni, terus saya ambil keputusan tinggalkan Singapore dan datang ke sini. Saya nak mati kat sini, kat tanah air saya. Dan awak jangan nak pertaruhkan kebahagian awak dengan kahwin dengan saya yang dah nak mati ni, faham?!” Mustika pula menyambung tangis. Begitu jugs yang lain. Nenek mendakapku erat-erat. Ah, drama airmata berterusan!

“Dah, sekarang awak dah dengar, kan? Saya harap awak faham.” Aku terus memalingkan muka darinya. Nenek meleraikan pelukannya.

“Tak, saya tak faham! Sebab saya tahu yang awak cintakan saya juga tapi awak tak yakin dengan diri awak sendiri! Awak tak berani untuk berdepan kenyataan! Awak terus beralah dan putus asa! Awak penakot.. pengecut!” Mak cik Ruhana dan Dahlia cuba mententeramkan Mustika, tapi dia masih berdegil.

“Mak.. ayah. Orang tak kira, orang nak kahwin juga dengan mat salleh ni! Jangan sampai orang buat macam-macam!” Dah, boleh pulak minah perasan ni main ugut-ugut. Aku bangun dari pembaringan, cuba memujuk untuk mententeramkan Mustika. Karang tak pasal-pasal dia pulak yang kena cucuk ubat bius. Lagi naya kalau kena duduk Hospital Bahagia terus.

Sekali lagi pandanganku kelam. Aku memegang hujung katil, cuba berpaut. Kedengaran hanya suara jeritan sekeliling yang menyeru namaku. Tapi, dalam hatiku hanya menyeru nama Penciptaku. Ya Allah..

Seorang pemuda sedang duduk menghadap ke jendela sambil tangannya menutup sebuah diari hitam. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan sambil tersenyum. Dipandang pula Jalur Gemilang yang megah berkibar di penjuru biliknya.

Rasa bangga mula menjalar dalam diriku. Bagiku, babah memang sentiasa seorang patriot dalam hidupku. Babah dah berjaya menghidupkan kembali kemajuan kampung, dan berhabisan berjuang untuk membebaskan dirinya daripada sakitnya. Setelah 15 tahun bertarung dengan leukimia, akhirnya babah kembali menghadap Maha Esa. Itu ketentuan yang tidak boleh digubal, kami redha dan terima. Tapi, kami tak kesal kerana kami masih diberi peluang untuk hidup bahagia dengannya, hingga ke saat akhirnya. Aku dan ibu tak pernah rasa keseorangan. Babah sentiasa berada dalam hati kami. Babah yang tak pernah putus asa, itulah babah kami.. hero kami.

“Rayyan.. cepat turun makan dulu. Nanti lambat pulak kita nak ke dataran. Kan tiap-tiap tahun kita ke situ sambut Merdeka?” Muncul Mustika, menjengah ke bilik anak bujangnya. Rayyan lantas berpaling menghadapnya lalu tersenyum.

“Orait, ibu. Jap ya.” Rayyan menghilang sambil Mustika masuk ke biliknya demi mengemaskan bilik itu. Dia kemudiannya terpandang diari hitam di atas meja yang bertulis Diari Patriot diatasnya. Tidak semena-mena dia tersenyum sambil matanya bergenang air mata. Suka dia menyelak halaman terakhir diari itu.

‘Sukar untuk diluahkan, bimbang kalau-kalau awak faham maksud hati saya ini. Sejujurnya saya memang mencintai awak, namun jika awak mengharapkan rasa cinta sesama manusia yang berjanji untuk mencintai 100% sepenuh hati, maaf saya bukanlah orangnya. Kerana hati cinta saya pada Allah melebihi rasa cinta terhadap makhluk, dan saya juga mencintai Rasul, kedua ibu bapa dan juga tanahair ini. Dan rasa cinta yang tersisa adalah cinta saya terhadap awak, saya tak berani menjanjikan kemewahan namun mahu membawa awak bersama-sama berjalan ke arah syurga Allah. Dengan rasa cinta yang sedikit itu, sudikah kiranya jika awak menjadi peneman di dunia dan di syurga para kekaseh di akhirat nanti?’

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience