BAB 8

Romance Completed 11857

“Kau nak buat kandang kambing belakang rumah aku?!!”

“Eh.. eh, kurang pendengaran pulak pak cik ni. Buat apa nak ulang ayat saya macam recorder nih? Hurm, kalau atuk saya tak bagi geran tu pun, saya tetap nak buat kandang tu. Kenapa, ada masalah ke?” Dia angkat telunjuk ke arah aku.

“Kau memang nak cabar aku! Kau memang..!”

“Ya, saya memang anak William. Sekali lagi saya tanya, apa masalahnya?” Pak cik Arsyad mendengus kasar lalu berpaling pergi dari kami. Aku tergelak melihat tingkahnya. Macam budak-budak, pekak pulak tu!

Sedang aku menggilap-gilap basikal yang secara tak rasmi dah macam kepunyaan aku tu, nenek menghampiri aku dengan sekeping sampung surat coklat. Aku mendongak memandangnya.

“Apa ni, nek?” Nenek senyum.

“Geran tanah mak kamu la.”

“Nenek curi dari atuk, ya? Tak mahulah saya. Saya nak dia bagi sendiri kat tangan saya. Nanti kang, dia patah-patahkan pulak basikal ni.” Nenek gelak sambil aku sambung kerja.

“Rafael.. atuk kamu sebenarnya sayang sangat pada mak kamu.” Bicara nenek buat aku berhenti dari kerjaku. Terus aku menoleh memandangnya.

“Cuma dia ego. Sebab tu dia sayang sangat pada basikal ni. Dengan basikal ni lah dia bawak Mariam berjalan-jalan keliling kampung, dan bila Mariam dah besar, hanya Mariam saja yang dibenarkan bawa basikal ni. Basikal nilah satu-satunya kenangan dia dengan mak kamu.” Aku senyum. Ya, ibu pernah cerita pasal basikal dia. Mengenang cerita itu, mahu saja aku pikul basikal ni menghadap ibu.

“Musa dan Ruhana ada cakap. Dia beritahu yang kamu nak geran ni sebab nak bukak kandang kambing. Nak suruh budak-budak kampung yang tak bekerja tu usahakan, betul ke?” Aku mulanya yang mahu berahsia, terpaksa mengangguk.

“Kalau macam tu niat kamu, tak apalah. Ambil lah geran tanah ni, pegang. Kalau kamu nak jual, tapi untuk niat yang baik pun, nenek izinkan.”

“Ala, nenek yang bagi, bukan atuk.. kan?”

“Atuk tu, biar nenek yang selesaikan..” Nenek mengunjukkan lagi sampul itu, membuatkan aku mengambilnya.

“Terima kasih, nek..” Nenek senyum dan menapak meninggalkan aku.

“Kamu.. sebenarnya sayangkan atuk jugak, kan?” Pertanyaan dia buat aku terkejut.

“Huh?”

“Kamu sengaja je cari pasal dengan atuk.. Biar dia bercakap dengan kamu? Tak payah lah sembunyi, nenek tahu jugak!” Aku tergelak. Nenek ni tahu serba serbi. Ada ‘bela’ kah?

Mustika senyum-senyum menghadap aku petang itu.

“Kenapa?” Soalku pelik.

“Tak sangka, awak ni sebenarnya superhero, dan awak sekarang dah jadi hero semua orang.” Aku kerut muka. Supermankah aku?

“Iya? Apa mereka panggil saya? Mat salleh man?” Mustika gelak besar.

“Tak sangka.. budak nakal yang dulu saya ingat kasanova, yang suka main-main, bukan sekadar pusing kampung dengan basikal saja-saja. Awak yang sedarkan saya betapa tugas dan peranan saya sebagai guru bukan setakat akhir bulan dapat gaji saja. Haa.. awak jugalah orang pertama yang berani melawan ketua kampung, tau?” Aku pula yang mengambil tempat untuk gelak besar.

“Dulu, masa nenek moyang awak datang, macam-macam Inggeris tu buat nak takluk tempat ni. Hinggalah berganti tangan sampai ke Tuan Wilson. Tapi yang pelik, William tak ikut perangai bapak dia. Dia baik dengan semua orang, cuba membantu apa yang mampu. Macam-macam dia janji untuk mengubah nasib orang kampung. Tapi, bila dia menghilang, semua orang macam putus asa untuk rasa senang. Tambah pulak bila yang jadi ketua kampung sekarang ni pun sama macam Tuan Wilson. Nasib anak William kembali pulihkan keadaan.” Aku sekadar senyum sambil menunduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience