BAB 3

Romance Completed 11857

“Weh, hensem gila. Macam muka Zain Saidin, adik Shasha Elite tu? Ala, yang berlakon semalam dengan Fasha Sandha tu?” Dia dah kerut muka dengar bisikan Dahlia yang juga kedengaran di pendengaranku. Kembang sekejap hatiku mendengar pujian itu.

“Saya rasa kita ni memang ada jodoh lah. Sebab tu saya boleh jumpa lagi dengan awak, si manis bertudung merah. Dahlah setiap kali kita jumpa, mesti awak pakai tudung color merah..,” kataku menyampuk perbualan mereka, masih dalam nada mengorat.

“Sudahlah! Jom balik, Dahlia!” Dia lantas menarik tangan Dahlia sambil menendang basikal atuk aku sampai terbalik. Hish, gile kentang punya gangster minah ni! Buatnya jahanam basikal ni, dengan aku-aku sekali pergi jahanam ni!

“Hei, si cantik bertudung merah! Nama awak apa, haa?” Aku masih memekik.

“Buat apa? Menyibok je!”

“Sekurang-kurangnya saya tahu nama orang yang mandikan saya dengan air oren hari tu!”

“Padan muka! Kau berhutang maaf dengan aku!” Aku masih mengejar, belum berputus asa.

“Jangan lupa, awak berhutang air oren dengan saya!”

“Mustika! Nama dia Mustika!” Dahlia memekik menjawab soalan aku. Aku memang suka si Dahlia ni, sporting habis! Nasib dia dah bertunang. Em, Mustika. Sedap namanya. Ni yang rasa nak nyanyi lagu M. Nasir ni, Mustika.

Tatkala aku sampai ke rumah, aku dengar suara atuk memekik-mekik.

“Awak cakap dengan anak mat saleh tu, bagi tahu yang jangan nak berani-berani sentuh barang saya, termasuk basikal saya!” Aku dengar ayat itu dituturkan Aku terus naik ke ruang tamu.

“Kalau atuk rasa lelaki sangat, cakap depan-depan lah. Sejak bila nenek tu dah jadi posmen, nak sampai-sampai pesan atuk pulak?” Keberanian aku buat nenek garu kepala. Atuk mendengus kasar lalu terus berpaling dari terus bertikam lidah dengan aku. Takut juga atuk ni dengan aku!

Macam tu lah selalu aku dengan atuk. Dah macam main aum-cak pulak. Masa aku ada di rumah, dia akan sedaya upaya akan cuba mengelak dari bertembung dengan aku. Aku pulak, tiap kali bersua muka dengan dia, mesti nak ungkit pasal geran tanah. Yalah, dah memang itu tujuan aku ke mari. Sudahnya, tiada kata sepakat langsung diambil. Tapi, aku masih berkeras. Aku mahu hak aku!

Pagi-pagi lagi, aku dah mengayuh basikal atuk (walaupun tak mendapat izin) sambil berjalan-jalan keliling kampung. Kampung yang menjadi saksi cinta babah dan ibu. Kampung yang masih tidak dijentik dengan pembangunan dan permodenan. Penduduknya yang masih ada yang mandi ditelaga, membasuh di sungai dan berpelita di rumah. Sungguh klasik.

Tiba di satu kedai makan, aku nampak wajah kesayangan hamba, Mustika. Memang betul kata aku, kami ni berjodoh lah. Dapat bau je mana jalan dia. Aku mendekatinya sambil menyanyikan lagu Mustika. Terpandang saje muka aku, terus dia tarik muka 14.

“Tak reti nyanyi, lain kali jangan nyanyi. Buat rosak lagu je!”

“Apa, awak ingat saya ni buta Melayu sangat ke, sampai tak tahu lagu Melayu?”

“Memang pun! Muka pun dah tahu, kasanova habis!”

Erk, ada tanda ke kat dahi aku? Bukan kasanova, cuma cari yang terbaik. Termasuk kali ni. Mengejar Mustika, adalah sepayah mengejar merpati. Yang payah, yang tulah yang aku nak. Tapi, mungkin kali ni yang terakhir agaknya.

“Ok, saya minta maaf pasal kejadian bulan lepas dan recently. Saya nak bergurau je dengan awak. Boleh kita berkawan? Saya ikhlas.”

“Tengok lah dulu. Aku tak berkawan dengan mat saleh penjajah.”

“Hish, awak ni perangai macam atuk saya.. sikit-sikit penjajah.”

“Atuk? Kau ni cucu siapa pulak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience