BAB 13

Romance Completed 11865

“Yalah.. sampai dengan Mariam pun kau ambil kesempatan, kan?!” Aku terus menukar kata pengganti nama bila menyebut cerita berkenaan ibu dan babah. Tiba-tiba keadaan jadi sebak.

“Eh, apa kau mengarut ni.. haa?!” Pak cik Arsyad dah cuak, macam anak dia tadi jugak.

“Macam aku tak tahu yang kau ada hati dengan ibu aku, Mariam! Dah lama kau ada hati dengan dia. Tapi, bila Mariam tolak cinta kau, dan bila kau dapat tahu yang Mariam bercinta dengan William.. kau terus cabul kehormatan dia! Atuk.. si keparat ni lah yang sebenarnya dah rogol ibu!” Kenyataan aku yang mengemparkan halaman rumah besar itu. Semuanya terdiam, atuk dan nenek lagilah!

“Ya.. dialah puncanya. Punca ibu dan babah dibuang keluarga. Tapi, semua orang tak percaya. Kau ugut Mariam, kalau Mariam dedahkan tentang hal kau, kau akan beritahu semua orang mengenai percintaan terlarang mereka. Kerana cintakan Mariam, William sanggup mengaku yang anak dikandung itu ialah anaknya dan mereka bernikah. Kau lah yang memusnahkan hidup mereka. Kau!” Aku nampak pak cik Arsyad dah menggeletar mendengar kisah hidupnya. Dia merapati aku.

“Jadi, kau anak aku?” Aku menepis tangannya bila hampir dengan wajahku.

“Kalau aku anak kau sekalipun, aku takkan mengaku kau bapak aku! Untuk pengetahuan kau, anak kau dah mati! Keguguran.. Mariam keguguran kerana tekanan hidup. Tetapi, rezeki memihak mereka. Mariam mengandung lagi dah muncullah aku untuk menyedarkan kau, tentang kesalahan masa silam kau!”

Pak cik Arsyad terduduk di tanah rumput itu. Begitu juga Asyraf. Atuk dan nenek masih terpaku di tepiku. Semuanya melongo, melopong seolah sedang menonton slot samarinda.

“Kau bongkak, sombong dengan kekayaan kau! Kau tindas orang kampung, jual tanah orang kampung yang Tuan Wilson bagi pada kau, dan hasilnya kau yang kaut. Kau sama dengan je dengan legasi sebelum Tuan Wilson. Tuan Wilson meletak kepercayaan kepada bapak kau dan kau sebab dia tidak mahu kesilapan lampaunya berulang kembali di sini. Tapi, kau sendiri yang sebenarnya menjajah bangsa kau!” Pak cik Arsyad dah menangis sambil terduduk. Tiada guna lagi wahai orang tua. Nasi dah jadi bubur lambuk.

“Aku datang bukan nak balas dendam, cuma aku nak sedarkan kau. Aku hanya nak betulkan keadaan. Kita boleh berubah..”

“Tidak.. ini semua harta aku! Harta aku!” Lor.. tak insap lagi orang tua ni?

“Jom kita bawak mereka ke balai!” Kata salah seorang penduduk kampung lalu mereka menyerbu ke arah pak cik Arsyad dan Asyraf yang cuba melarikan diri. Keadaan jadi hingar bingar. Bahang panas mentari semakin menyengat. Tiba-tiba aku rasa tak dapat mengimbangkan badan. Semuanya rasa berpusing. Ya Allah, adakah masaku telah tiba?

Bila aku buka mata, aku perasan aku sudah berada di hospital. Aku pandang wajah-wajah yang berada di sekelilingku satu persatu. Atuk, nenek, pak cik Musa, mak cik Ruhana, Mustika, Dahlia dan Mamat. Wah, meriahnya.

“Nenek, kan dah janji pada saya? Jangan nangis, ok?”

“Kami tak sangka yang Arsyad orangnya. Kami bersalah pada ibu kamu..,” tutur nenek.

“Bukan.. atuk yang bersalah. Atuk yang dah halau Mariam keluar dari rumah. Atuk menyesal.. menyesal rasa sebab selama ni terlalu percayakan Arsyad.” Atuk menundukkan wajah sambil cuba mententeramkan nenek.

“Dah lah tu. Semua dah berlalu. Kan sekarang keadaan dah pulih? Nanti kita buat pilihan raya, pilih ketua kampung baru..,” usulku.

“Haa.. saya cadangkan pak cik Musa!” Haa.. Mamat dah buat perangai. Pak cik Musa menggeleng kepala laju-laju sambil angkat tangan tanda surrender.

“Rafael.. jom kahwin!” Tiba-tiba Mustika pula buat usul dengan muka seriusnya. Ish, gelojohnya minah ni! Pak cik Musa dan mak cik Ruhana dah meluku kepala anak gadisnya.

“Jangan buat muka tak malu kat sini, ya?” marah mak cik Ruhana. Mustika mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience