BAB 11

Romance Completed 11857

“Atuk kamu malulah tu. Tadi bukan main risau!” Aku senyum. Tak kisahlah, yang penting sekarang aku mahu sambung tidur balik. Penat bukan kepalang.

Bunyi keriuhan mengejutkan aku dari lena. Lambat-lambat aku membuka mataku yang rasa seperti ditindih batu. Aku nampak nenek dan atuk di sebelahku.

“Baru kena tumbuk sikit, dah demam berhari-hari. Anak manja betul!” Kedengaran suara atuk membebel. Ah, suara dia saja dah menambahkan berat kepala saja!

“Apa bising-bising kat luar tu, nek?” tanyaku pada nenek, langsung tidak menghiraukan kehadiran atuk di situ.

“Oh, tu ada jiran-jiran datang bertandang. Dengar je cerita Rafael tak sihat, semuanya sibuk nak menjenguk.” Aku senyum tawar. Wah, keprihatinan mereka buat aku terharu!

“Betul ke Rafael tak nak pergi hospital ni? Pucat lagi muka nih?” Aku geleng kepala laju-laju.

“Tak payah lah nek. Saya ok. Demam sikit je ni. Berehat kejap, nanti dua tiga hari kebah lah. Dah biasa macam ni..” Nenek pula yang geleng kepala.

Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya ke telingaku, berbisik. Atuk dah keluar dari bilik, membiarkan kami berdua.

“Rafael demam sebab gaduh dengan Mustika, ya?” Aku terkejut. Betullah nenek ni puan serba tahu. Aku senyum lalu geleng perlahan-lahan, sebenarnya cuba cover malu. Tapi, itu bukan sebab utama. Hanya ditokok tambah sebagai penambah perasa saja.

“Nek?” Aku memangilnya perlahan sambil genggam jemarinya. Nenek lantas memandangku.

“Nenek sayang saya, tak?” Dia senyum sambil matanya bergenang air mata. Tangannya laju meraut rambutku.

“Kenapa pulak nenek tak sayang? Kamu kan cucu nenek?” Aku tergelak. Saja, bermanja ibni menggedik dengan nenek.

“Saya sayang nenek, atuk lagilah saya sayang. Kalau nenek sayang saya, janji dengan saya jangan menangis, ok?” Nenek kerut muka. Mungkin terbau kelainan dalam tutur bicara aku.

“Kenapa cakap macam tu?”

“Sebab, saya nak bagi geran tanah kebun pisang atuk tu. Janji mesti dikota, kan? Ada atas meja tu, sekali dengan geran tanah kandang kambing tu. Nenek ambillah semula, ya?” Nenek memandang ke arah aku merujuk. Satu sampul surat coklat bersaiz A4 ada di situ.

“Rafael..,” katanya lantas memelukku.

“Lor, tadi kan dah janji tak mahu menangis?” Nenek tergelak sambil mengelap air matanya dengan hujung baju.

Pagi itu, aku terjaga lagi. Keriuhan lagi yang mengejutkanku. Tapi, kali ini kedengaran lain. Aku gagahkan kaki untuk bangun, menapak ke ruang tamu.

“Saya tak tahulah, tuk. Bila saya datang je ke kandang pagi tu.. kandang tu dah hangus terbakar. Dengan kambing-kambing pun jadi jenazah..,” kenyataan dari pekerja kandang itu benar-benar membuatkan dadaku sesak. Kandang terbakar?

“Betul ke apa kau cakap ni, Mamat?” Aku mencelah, membuatkan semua yang ada di ruang tamu memandangku sekaligus. Mereka kelu, tidak dapat berbicara seolah-olah bisu.

“Jawab soalan aku, Mamat! Betul ke kandang kambing dah terbakar?!!” Aku memekik membuatkan semua yang ada kecut perut. Yalah, inilah agaknya pertama kali mereka melihat aku sebegini baran.

“Sabar Rafael.. bawak mengucap. Kamu tu kan tak berapa sihat lagi?” Nenek cuba memujuk, tetapi aku dah tak layan. Tiba-tiba aku jadi sihat. Sihat yang diubati oleh amarah yang membuak-buak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience