BAB 10

Romance Completed 11857

“Ini budak tadika boleh jawab! Sah-sahlah kat Stadium Merdeka! Adoilah, cik Mustika. Surrender jelah. Sebelum jadi lawyer, saya dulu pengkaji sejarah, jadi fakta itu semua dah jadi makanan saya, tau!” Aku gelak kuat-kuat, membuatkan Mustika dah memuncungkan mulut dan berpaling dari menghadap aku.

“Mustika…,” Panggilku pada Mustika membuatkan dia angkat kening. Lama keadaan begitu, sampai dia petik jari depanku.

“Apahal lah encik mat salehman ni!” Marahnya bila aku hanya diam. Aku pun pelik, sebab aku suka tengok dia marah. Heh, kalau dah suka tu kentut pun bau wangi!

“Saja, suka panggil nama awak. Selalu panggil nama awak, dari mulut boleh turun ke hati.”

“Dah.. dia dah buat keluar dah ayat jiwang dia! Mat saleh ni tak boleh betul kalau orang puji dia sikit, naik lemak lah tu!” Aku gelak lagi bila dia dah mencebik.

“Mustika.. awak cintakan saya tak?” Mustika segera berpaling ke arah aku. Terkejut bukan kepalang. Tak sangka barangkali. Biasalah, aku ni memang seorang yang berterus terang sikit.

“Jangan jawab lagi soalan saya.” Dia kerut dahi.

“Sebab, saya nak beritahu awak yang..,” Aku tarik nafas demi menuturkan ayat keramat ini. Aku lihat Mustika sudah senyum malu-malu.

“Saya nak awak tahu yang.. saya tak cintakan awak.” Aku memberanikan diri memandangnya. Belum sempat aku mengulas lanjut, satu tamparan sudah hinggap di pipiku.

Aku memegang pipiku. Tak sakit, cuma pedih hingga ke hati.

“Kau memang suka nampak aku bodoh kat depan kau, kan?” Tak. Tapi ayat itu hanya sempat aku laung dalam hati sebab Mustika sudah melangkah laju meninggalkan aku.

Ada titis airmata sebelum dia berpaling tadi. Ah, biarlah dia terluka sedikit hari ini, dari dia terluka lebih banyak kelak.

Tumbukan Asyraf tepat mengena pipiku. Aku terdorong jatuh ke bumi. Sambil memegang pipiku, aku memandang anak ketua kampung yang dah memang menunggu masa saja untuk melempiaskan dendamnya.

Mana tak dia marah, orang-orang suruhannya yang dulu bersama dengannya membuat jenayah sudah sibok mengusahakan kandang kambing, jadi nelayan dan bercucuk tanam.

“Kau, dah lah datang kampung ni buat huru-hara. Lepas tu, yang aku tak boleh terima, kau dah mainkan Mustika. Kan aku dah beritahu dulu, jangan kacau dia. Apasal kau degil, haa?!” Hoo.. ini pasal Mustika lah. Mustika yang mengadu atau Asyraf yang sibok ambil nak ambil tahu?

“Buat apa lah aku nak mainkan dia. Bukannya dia anak patung pun. Lagi satu, yang dia nak perasan sangat kenapa? Aku bukannya ada janji apa-apa dengan dia?” Sengaja aku memancingnya dengan ayat begitu. Aku menunggu lagi tindakan dia yang selanjutnya.

Dia mencekik kolar leherku membuatkan aku turut bangun. Aku nampak dia dah genggam penumbuknya. Aku hanya pejam mata dan terima saja apa yang mahu dilakukannya, melawan pun tidak. Entah mana datangnya, aku dengar tempikan suara atuk. Atuk?

“Hei, kau nak buat apa dengan cucu aku, haa?!” Kami saling berpaling ke arah suara atuk.

Amek kau, dia pegang parang! Aku terkejut bukan kepalang, Asyraf lagi lah. Terus dia lepaskan genggaman tangannya dan lari lintang pukang, tak cukup tanah lagi.

Bila saja atuk menghampiri aku, pandangan aku dah berbalam-balam. Atuk dah jadi dua, tiga dan ahh.. akhirnya, semuanya gelap.

“Buat malu je mengaku cucu aku. Tak reti langsung nak bersilat!” Atuk dah cekak pinggang sambil nenek senyum di sebelahku. Aku melihat sekeliling. Oh, aku dibilik rupanya. Ingat dah masuk wad tadi.

“Bukan tak reti, malas nak tunjuk terror je. Saje je suruh dia lebamkan muka saya. Lepas tu, boleh saya report polis.” Nenek dah gelak, atuk.. macam selalu lah. Mencebik lalu berpaling pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience