BAB 6

Romance Completed 11865

Eh, aku Islam lah. Ingat aku tak reti sembahyang ke? Ingat aku saje nak action ke kat sini?

“Encik ni nak melawat ke kat sini?” tanya seorang pak cik kepadaku. Aku bersalam dengannya, tanda hormat.

“Tak lah, saya nak sembahyang lah. Jumaat..” Semua terpegun, sambil berbisik-bisik sesama mereka. Aku yang tak pekak ni masih boleh mendengar ketakjupan mereka terhadap aku yang boleh berbahasa Melayu dengan lancar.

“Tak ubah macam muka William. Anak ni ada kena mengena ke dengan dia?” Sapa seorang pak cik lagi, sebaya babahku.

“Pak cik kenal babah saya?” Terujaanku terpancar. Dia hanya senyum.

“Kita cerita panjang lepas solat, ya?” Aku mengangguk, sambil dada menahan debar.

Usai solat, aku dijemput pak cik tadi ke rumahnya. Aku memandang ke segenap pelusuk ruang tamu rumah kayu itu. Ringkas, kemas dan menarik.

Aku suka, ada unsur Melayu lama juga pada hiasannya, dengan piring hitam masih terpacak di sudut rumah.

Pak cik tadi yang dikenali pak cik Musa hanya senyum, sambil disebelahnya mak cik Ruhana yang masih tidak berkelip memandang aku. Heh, hensem sangat ke si mata biru ni?

“Pak cik mintak maaf lah pasal Mustika tu. Anak kami tu memang beremosi sikit kalau dengar bab Inggeris, Jepun, komunis ke.. dia tu patriotik lebih sikit. Ala, cikgu sejarah la katakan!” Eleh, aku punya emosi, tak mahu peduli ke?

“Eh, awak ni kalau ya pun, tutup la mulut tu. Lalat berpusu-pusu nak masuk tuh,” Pak cik Musa berseloroh sambil mencuit mak cik Ruhana. Dia cepat-cepat tutup mulut sambil tersengih malu.

Kami sama-sama menyoroti jalan kenangan zaman muda mereka. Aku senang dengan mereka, sebab mereka lebih kenal dengan ibu dan babah.

Lama juga aku menghabiskan masa dengan berbual-bual bersama mereka sehingga tidak sedar sudah hampir masuk waktu Asar.

Sebelum pulang, aku menyalami mereka. Ah, tiba-tiba rasa macam bersalam dengan ibu dan babah pulak!

Baru saja kaki aku nak jejak pintu pagar rumah mereka, sebuah kereta berhenti di depan. Aku mendongak.

Mustika keluar dari kereta, menghampiri aku. Aku diam, bersama perasaan yang kosong. Tak tahulah aku masih marah atau merajuk. Apa, aku merajuk?

“Encik mat saleh… aku, er.. saya mintak maaf pasal kejadian hari tu. Tak patut saya babitkan keluarga awak, kan? Maafkan lah saya.” Aku masih tidak berbicara, hanya memandangnya lama. Sebenarnya ambil peluang nak tenung dia lama-lama!

“Encik mat saleh.. maafkan lah saya. Saya betul-betul menyesal ni. Kalau awak tak maafkan saya, lagilah mak ayah saya tengok saya macam nak makan saya. Tapi, bukan sebab mak ayah saya je, tau. Memang saya sendiri nak mintak maaf ni. Ikhlas.. janji tak buat lagi..” Dia masih merayu.

“Tengok lah dulu. Saya memang susah sikit nak maafkan orang. Kan saya ni penjajah.” Opss, terbagi ayat sadis la pulak. Mustika dah buat muka nak menangis.

“Kejamnya? Ok.. saya maafkan awak dan awak maafkan saya. Deal?” Aku berkira-kira sebentar.

“Ok, dengan satu syarat.”

“Apa dia?”

Ya, dengan secara rasminya aku dan Mustika dah berdamai. Kami bukan saja dah berdamai, tapi dah jadi kawan baik. Syaratnya, Mustika kena teman aku berbasikal keliling kampung petang tu jugak. Ah, bahagianya!

“Budak-budak lelaki ni tak bekerja ke?” Soalku bila tiap kali aku melewati warung kopi ini, pasti aku nampak longgokan pemuda kampung sedang berkumpul sedang bermain gitar sambil berborak kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience