BAB 5

Romance Completed 11865

Aku terdengar bunyi sesuatu jatuh di belakang kami. Aku berpaling ke arah pintu masuk halaman rumah. Mustika!

Mustika sedang mengutip mangkuk tingkatnya yang jatuh. Nampak sahaja aksi Katrina yang sibok memegang wajahku, menyuruhku berpaling bertentang mata dengannya, menyebabkan Mustika cepat-cepat berlari jauh dari kami. Aduh, bala apa pulak kali ni?

Inilah orang cakap, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kenapa semuanya kena berlaku dalam masa satu hari?

“Raf.. look at me, tell me.. apa yang Alex dah beritahu you sampai you sanggup nak putuskan hubungan kita? Jangan percaya apa yang dia cakap! Alex tu cemburukan hubungan kita!” Aku longgarkan pegangan tangannya padaku untuk kesekian kalinya. Huh, batal air sembahyang aku!

“Dia tak beritahu apa-apa. Lagipun, selama ni memang kita tak ada hubungan apa-apa. Kita kawan, I dah bagitahu you banyak kali. Kita kawan sebab parents kita berkawan. That all, full stop. Dah, sekarang, you balik. Tak pun, you balik pada Alex. Alex tu jauh lebih cintakan you dari I.” Aku mengheretnya masuk semula ke perut kereta.

Katrina dah meraung-raung. Aku buat tak faham dan mengarahkan dia pergi. Side mirror diturunkan.

“Raf..?” Katrina panggil aku sambil buat muka sedih, konon-konon aku akan cair.

“Kat.. kalau you sayangkan I, dengar cakap I. Lupakan I. You berhak untuk bahagia, tanpa I.”

“No.. Raf! Raf!” Aku terus berjalan tanpa mempedulikannya. Serabot!

Aku senyum melihat Mustika sedang duduk mengelamun di danau, di tengah bendang. Dahlia, merangkap spy bertauliah aku beritahu. Senang kerja betul kalau ada Dahlia.

“Cemburu?” Aku serkap jarang sambil ketawa lepas, melihat dia terkejut. Dia tambah memuncung.

“Tolonglah.. tak ada masa!”

“Tapi, sikit tu ada lah?”

“Ada.. ada menyampah! Geli! Meluat!”

“Haa.. jangan benci, nanti jadi sayang tau!” Mustika terdiam. Mungkin termakan dengan kata-kata aku.

“Cantik kan Katrina tu? Tapi, saya sayangkan dia macam adik. Sebab kami sama-sama membesar. Kesian dia, dah salah tafsir kasih sayang saya pada dia. Dia kurang kasih sayang seorang ibu, sebab tu ibu suka manjakan dia…”

“Hello..” Aku belum habis mukadimah, Mustika dah menyampuk.

“.. Aku tak nak tahu dan tak mahu ambil tahu!” Mustika menjeling aku sampai terbalik mata hitamnya. Adoi, garangnya! Cungkil biji mata tu karang! Tahulah mata dia tu besau!

“Tapi, saya tetap nak awak tahu dan nak beritahu!” Mustika dah buat muka fed-up. Dia bangun menghadapku.

“Ah.. tak payah! Aku tahu semua tu dusta! Bohong! Dah nama pun kau anak penjajah! Dulu, mak bapak kau, sekarang kau! Eh, kau tahu tak, kau sama je dengan mak bapak kau! Semuanya tipu.. penipu!” Secara tiba-tiba, Mustika menempelak dan secara tiba-tiba juga darahku menyirap.

“Hei!” tempikku membuatkan Mustika berpaling. Aku berjalan laju ke arahnya membuatkan dia nampak cuak.

“Kalau awak tak suka saya, marah dan benci saya saja! Jangan nak libatkan mak bapak saya! Diaorang tak ada kaitan, faham?!” Pekikku, hanya seinci dari wajahnya.

Mustika masih kelu di depanku, mungkin terkejut dengan tindakan luar jangkaku yang berubah secara mendadak. Tak semena-mena, marahku dihambur kepadanya. Mana tidak, dia keluarkan isu sensitif.

Aku terus berpaling darinya, bila kurasakan mataku sedikit berpasir. Cepat-cepat aku berlari jauh darinya. Biarlah, biar dia tahu aku sangat marah.

Tengah hari tu, semua jemaah di masjid itu, memandang aku atas ke bawah. Ish, pelik sangat ke aku datang kat masjid ni nak Jumaat dengan korang, haa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience