BAB 12

Romance Completed 11857

“Mamat, kau tahu siapa yang buat?” Mamat masih menunduk. Rakan-rakannya di kiri dan kanannya pun sama.

“Aku tanya ni.. kau tahu tak siapa punya angkara ni?!” Aku yang dah hilang sabar dengan kebisuan mereka bertindak diluar sedar dengan menerpa ke arahnya dan mengoncang bahunya.

Semua yang ada di situ cuba mententeramkan aku. Genggaman tanganku dileraikan. Nafasku tercungap-cungap menahan marah.

“Cakap je lah, Mamat! Cerita apa yang kau nampak semalam..,” Aju rakan disebelahnya. Mamat takut-takut memandangku.

“Sebenarnya, semalam saya nampak Asyraf.. Dia beli minyak gas dua tong kat kedai kat pekan. Kebetulan saya pergi situ hantar adik. Tapi, saya tak tahu lah dia buat apa dengan benda tu. Saya syak je, tapi tak ada bukti.” Aku diam sejenak. Cuba berfikir secara rasional. Tapi, tak boleh. Memang aku nampak muka Asyraf saja dalam hal ni. Dasar lelaki tak guna!

Aku sudah berada dipekarangan rumah ketua kampung. Terpekik terlolong memanggil, barulah Asyraf muncul. Salute jugak lah aku pada mamat ni.

Sekurang-kurangnya dia masih lagi tak malu dan berani muncul di khalayak. Tapi, mungkin juga dia hanya buat-buat berani sebab yang ada hanya aku seorang di situ.

“Eh, apahal kau, mat salleh? Pagi-pagi buta dah memekak kat rumah orang ni. Suka-suka kau je, kau ingat ni rumah bapak kau ke nak main terjah sesuka hati?!” Hee.. aku pantang betul kalau orang sebut nama penting dalam hidup aku, pada waktu yang tak sesuai. Tapi, aku buat cool. Tengah tahan sabar ni.

“Aku tak nak cerita pasal rumah ni. Aku nak cerita pasal kau! Apa yang kau dengki sangat sampai nak bakar kandang kambing aku tu? Cuba kalau aku bakar rumah kau ni, kau gelak tak?” Ceh, aku masih mampu untuk psiko lelaki durjana kat depan aku ni. Dia sengih, peh.. menganjing aku lah tu!

“Kau ada bukti ke? Suka hati kau je tuduh aku. Mentang-mentang lah kandang busuk kau tu belakang rumah aku, jadi aku lah yang bakar?”

“Kau ingat aku ni macam kau ke.. buat kerja pakai kepala lutut? Sebab aku ada buktilah aku tanya!” Hah, aku dah tipu sunat. Tapi, aku nampak perubahan pada air mukanya. Nampak cuak!

“Ah, apa.. buktinya?” Asyraf dah tergagap-gagap.

“Kau polis ke sampai aku nak kena beritahu kau apa yang aku dapat? Sudahlah, semuanya aku dah serah ke balai. Entah-entah kalau bukan kes bakar kandang ni, silap-silap hari bulan memang kau ditakdirkan berhidup kat penjara kut? Kau ingat aku tak tahu ke kau yang bawak dadah masuk dalam kampung ni dan jual pada budak-budak ni?” Asyraf dah mengenggam penumbuk, tetapi belum sempat dia bertindak, muncul pula pak cik Arsyad di belakangnya.

“Hei, ni apahal kecoh-kecoh pagi-pagi ni? Kau ni mat saleh, sehari tak buat pasal, tak lengkap ya hidup kau?” Aik, aku pulak yang kena? Padahal anak dia tu yang cari pasal!

“Haa.. bagoslah! Pelakon sebenar dah muncul! Bapak dengan anak sama je!” Pak cik Arsyad menyinga bila dia tak semena-mena terbabit.

“Eh, mat salleh! Kau ingat, kau dah jadi hero kampung sekarang, kau boleh berlagak ya?! Nak tunjuk pandai depan aku! Ingat sikit asal usul kau tu! Kau tu sikit pun tak ada kena mengena kat sini!” Sergahan pak cik Arsyad buat aku gelak besar. Sepatutnya aku yang tujukan ayat itu kepadanya. Haa.. suda tukar kah?

Atuk, nenek, pak cik Musa, mak cik Ruhana dan beberapa orang kampung datang di belakang aku. Sempat aku mengerling, eh.. Mustika pun ada? Dia hanya memandang aku tanpa reaksi. Huh, merajuk lagi lah tu!

“Saya ke.. pak cik yang kena ingat asal-usul? Pak cik lupa ke, pak cik dulu tu orang biasa macam lain-lain penduduk kampung je. Tapi, oleh sebab keluarga pak cik tu dah jadi tali barut Tuan Wilson, sebab tu pak cik dapat apa yang pak cik dapat sekarang ni!” Pak cik Arsyad telan air liur mendengar ceritaku. Tapi, tak lama selepas itu, dia tergelak. Eh, sewel ke apa orang tua ni?

“Tuan Wilson yang bodoh, percaya pada semua cakap aku dan bapak aku! Hidup, kena pandai ambil kesempatan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience