BAB 9

Romance Completed 11865

Apa yang aku buat ini sedikit saja. Dengan sedikit duit yang aku ada, aku tambahkan apa yang kurang di kampung ini. Kandang kambing itu untuk pemuda-pemuda kampung.

Dari mereka melepak tanpa kerja, baik mereka usahakan kandang itu sendiri. Jika tidak dagingnya, mungkin susunya, tidakpun najisnya. Semuanya boleh dikomersialkan.

Tepi balai raya dah ada kelas jahitan untuk wanita-wanita belajar menjahit. Kiranya mereka tidak bergantung kepada si suami saja untuk mencari perbelanjaan hidup.

Malam hari pula ada kelas tusyen, untuk anak-anak mengulangkaji atau belajar. Jadi, pada yang tidak berpeluang ke sekolah, sedikit sebanyak mereka tahu membaca, menulis, mengira. Kelas fardhu ain masih berjalan tiap-tiap hari di surau kampung.

Hari Sabtu, ada kelas Bahasa Inggeris, agar nanti tidak kekok jika berhadapan dengan pelawat asing. Hujung minggu pula ada kelas komputer untuk semua penduduk kampung sama-sama berada dalam kemodenan dan kemajuan dunia.

Tidak perlu bayaran, hanya perlu menghadirkan diri saja. Tenaga pengajar semuanya diimport dari luar. Sekarang, sedang disiapkan sebuah padang futsal, tidak jauh dari balai raya.

Kiranya, waktu malam pun mereka boleh menyihatkan tubuh badan. Homestay kampung ini telah diiklankan di internet dan kedatangan pelawat luar cukup menggalakkan.

Paling penting, penduduk kampung tidak perlu membayar apa-apa wang perlindungan, cukai atau sewa khususnya kepada ketua kampung.

Konon duduk di tanah kepunyaan ketua kampung, jadi perlu membayar bermacam bayaran lebih kepadanya. Lambat bayar di kedai runcitnya atau pinjam duit darinya pun perlu bayar bunga.

Pinjam barang kepunyaannya untuk kenduri pun perlu beratus-ratus. Jual hasil pertanian dan ternakan pun untungnya pada orang kampung bukan main sedikit.

Hei, itu semua pada zaman Tuan Wilson. Sekarang zaman dah maju.

“Baru awak tahu yang saya ni bukan anak penjajah kejam yang selalu awak gambarkan dulu.” Aku dah pamer muka berlagak.

“Iya? Kalau macam tu meh saya nak bagi pop kuiz. Nak uji awak ni betul-betul bukan anak penjajah kejam.”

“Silakan cik cikgu..”

“Bilakah Jepun menawan Kuala Lumpur?” Mustika bertanya sambil mengangkat sebelah kening. Aku tahu, mesti dia yakin aku tak boleh jawab!

“11 Januari 1942,” jawabku tenang dan bersahaja, membuatkan dia kerut muka.

“Kacang punya soalan! Tak boleh bagi yang thrill lagi ke?” Aku buat muka berlagak.

“Bilakah UMNO ditubuhkan secara rasmi, dan siapakah presiden pertama?”

“11 Mei 1946. Dato’ Onn Jaafar jadi presiden utama. Ditubuhkan bagi menyatukan orang melayu untuk menentang gagasan Malayan Union.” Hah, siap dengan penerangan membuatkan Mustika tak senang duduk.

“Hah.. bila pilihanraya umum pertama diadakan?”

“Eleh, 27 Julai 1955. Parti Perikatan menang 51 kerusi.” Mustika masih tak putus asa.

“Soalan last. Ni, conferm tak dapat jawab. Kat mana pengishtiharan kemerdekan berlangsung?” Aku tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience