BAB 8

Romance Completed 12236

Semenjak kejadian ditinggalkan awek di Café tempoh hari, muka Encik Ricky monyok semacam je. Mukanya yang tak berapa nak handsome tu jadi makin tak handsome kerana itu. Apa lah mamat ni, pasal perempuan pun nak monyok sampai macam tu sekali. Nak kata perempuan tu cantik, opah aku kat kampung lagi cantik kot. Apa lah yang dia suka sangat dengan minah gedik tu. Dah la seksi nak mampus. Pakaian macam tak cukup kain je, terbelah sana terbelah sini. Kalau opah aku nampak, confirm terjegil biji mata sampai boleh tersembur keluar tengok. Ish..ish..ish..teruk..teruk.

Aktiviti hari ini untuk Encik Ricky adalah pergi untuk sesi mempromosikan filem terbarunya di Mid Valley Megamall. Aduhh, bosannya. Tak ada aktiviti lain ke? Sikit-sikit promosi..promosi..promosi! Bosan gila! Sudahnya memang kerja aku cuma terpacaklah di tepinya kononnya untuk jaga keselamatannya. Nasib baik sampai sekarang, tiada apa-apa lagi menimpa Encik Ricky. Jadi, senang lah kerja aku. Cuma penat lah kena dok berdiri macam patung setiap kali dia keluar. Huh, memang nasib badanlah!

Sebaik sahaja Encik Rikcy masuk ke ruangan tempat promosi di megaMall tersebut, sekumpulan peminat-peminat fanatiknya menyerbu sambil terjerit-jerit macam terkena serangan histeria. Semuanya terdiri daripada perempuan. Hish! Apa la. Bikin malu kaum je! Apa yang mereka suka sangat dengan mamat poyo ni ha?! Aku cepat-cepat menghadang mereka dari menyerbu Encik Ricky. Namun asakan mereka terlalu kuat hingga menyebabkan aku hilang keseimbangan badan. Tidak semena-mena aku terjatuh ke belakang namun cepat-cepat tubuhku disambut dan dirangkul oleh seseorang. Orang itu memeluk erat tubuhku. Aku terus mendongak melihat gerangan orang itu. Hah! Encik Ricky! Gila! Macam mana dia boleh peluk aku??? Aku cepat-cepat menolak tubuhnya namun belum sempat aku buat apa-apa Encik Ricky kehilangan keseimbangan badan dan tanpa kuduga aku terjatuh dan terduduk di atas perutnya.

“Arghhh!!!”

Encik Ricky menjerit nyaring. Dia menyeringai kesakitan. Aku panik. Orang ramai mula menyerbu kami.

“Encik Ricky, sorry! Saya tak sengaja!”

Aku mula kalut. Cepat-cepat aku papah lengannya untuk bangun.

“Hoii mak cik! Ganasnya kau!”

Marahnya sambil menggosok perutnya. Dia cuba bangkit perlahan-lahan. Pengawal keselamatan yang ada di situ turut membantu. Orang ramai mula bising.

“Sorrylah Encik Ricky , saya betul-betul tak sengaja…”

Aku tidak putus-putus meminta maaf. Namun, Encik Ricky membalasnya dengan jelingan tajam. Kelihatan dia cuba menghamburkan kemarahannya tapi bila melihat banyak mata-mata orang di situ, dia terus bangkit dengan kasar dan berjalan masuk ke dalam mall tanpa menghiraukan aku yang terkebil-kebil di situ. Alahai…macam mana boleh jadi macam ni?

Semua tu berlaku dengan sekelip mata tanpa sempat aku halang. Kenapa la kau ni bengap sangat ni Sam! Aku menampar pipiku beberapa kali. Seorang kanak-kanak perempuan sedang memandang aksiku dengan pandangan pelik. Aku tersenyum kelat sambil menberikan isyarat ‘peace’ padanya. Aku cepat-cepat masuk ke dalam, mengekori Encik Ricky dan pelakon-pelakon lain ke ruangan promosi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience