BAB 2

Romance Completed 12234

Aku memerhatikan bangunan tinggi apartment di hadapanku. Hish, peliknya bakal majikan aku ni. Orang biasanya nak temuduga biasanya di pejabat, ini kat apartment. Lain macam pulak aku rasa. Sebenarnya, hari ini aku datang untuk temuduga sebagai bodyguard untuk artis mana entah. Aku pun tak kenal. Tapi yang aku peliknya dari tadi aku dok terpacak kat sini, aku tak nampak sorang pun yang nak datang temu duga macam aku. Itu yang aku musykil nih. Sesekali aku membetulkan sut hitam yang aku pakai yang labuhnya hingga ke paras lutut. Rambut pendekku aku sikat rapi. Aku memerhatikan diriku di cermin yang terdapat di lobi apartment tersebut. Fulamak! Smart gila aku. Macam Angelina Jolie pulak. Haha, siot! Aku mula syok sendiri.

“Are you Cik Samsiah?”

Aku tersentak apabila ada suara garau seorang lelaki menegur. Aku terus berpaling ke arah lelaki muda itu. Eh, siapa pulak mamat ni? Gaya pakaiannya macam ahli korporat je aku tengok.

“Ye..saya. Encik ni siapa?”

Soalku ingin tahu.

“Owh, saya Firdaus..orang yang call awak untuk temuduga semalam.”

Jawabnya ikhlas sambil tersenyum.

“Lah ye ke..sory lah saya tak tahu. So, kat mana temuduga?”

Soalku laju.

“Tak payah temuduga , awak dilantik menjadi bodyguard hari ni jugak.”

Balasnya.

Aku terlopong. Biar betul!

“Eh, betul ke ni Encik Firdaus?!”

“Ye betul lah. Tak payah panggil Encik Firdaus, panggil Firdaus je…”

Katanya lagi sambil tersenyum manis. Hurmmm…macho jugak mamat ni. Tapi apa-apapun aku cukup gembira. Tak sangka aku dapat kerja hari ni. Alhamdulillah..rezeki.

“So, awak boleh kerja tak hari ni Cik Samsiah?”

Soalnya lagi.

“Bukan Cik Samsiah, panggil saya Sam je. Bolehh..saya setuju je…No problem!”

Jawabku penuh bersemangat. Fridaus ketawa kecil.

“Oklah, nanti saya bawak awak jumpa Encik Ricky Hadi, majikan awak…..”

Kata Firdaus.

“Aik, bukan awak ke majikan saya?”

Aku terkejut.

“Yup, bukan saya. Saya cuma pengurusnya je. Awak kena jadi bodyguard untuk Encik Ricky Hadi, tak kenal ke? Dia kan pelakon terkenal di Malaysia dan Singapura.”

“Ooooo..maaflah saya tak kenal.”

Jawabku selamba.

“Eh yeke? Pelik, biasanya semua orang tahu pasal pelakon hebat macam dia.”

Firdaus kelihatan sedikit terkejut.

“Betul..saya tak kenal dia..Dekat 5 tahun saya belajar kat London. Dah lama tak ambil tahu perkembangan artis kat Malaysia nih.”

“Owh tak apalah, nanti saya kenalkan Sam dengan dia ye.”

“Ok..no problem!”

Jawabku bersemangat.

Encik Rikcy Hadi?? Nama apakah itu? Pelik semacam je bunyinya. Ricky macam nama orang putih, tiba-tiba ada Hadi kat hujung macam nama melayu. Hurmm..ni lah yang dikatakan melayu + orang putih celup kot. Macam-macam lah. Sepelik manapun nama majikanku itu, dia tetap akan jadi majikanku. Tapi yang aku hairannya, apasal dia mahu bodyguard eh? Kalau nak kata dia tu artis perempuan tu boleh terima la, ni artis lelaki. Hish, penakut betul lah. Apa-apa je lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience