BAB 14

Romance Completed 12236

Hari ini, Encik Ricky mengajak aku dan Firdaus berjalan-jalan di Genting Highland. Mulanya kami melarang keras dia keluar rumah kerana Encik Ricky baru saja keluar dari hospital beberapa hari lepas. Mungkin badannya masih lemah. Namun mamat tu degil, dia nak jugak pergi jalan-jalan. Katanya dah lama tak release tension. Sebelum ni, waktu lapangnya banyak dihabiskan di set penggambaran. Maklumlah pelakon filem nombor satu Malaysia katakan. Dalam diam, aku curi-curi menonton filem-filem yang pernah dilakonkannya sebelum ini. Wahh, boleh tahan jugak bestnya. Patutla semua perempuan tergila-gilakan Encik Ricky. Bakat lakonannya cukup mantap yang aku rasa boleh lagi untuk diasah hingga ke peringkat antarabangsa.

“Heh, yang kau tersenyum-senyum sorang-sorang ni kenapa?”

Tegur Encik Ricky tiba-tiba. Firdaus kini hilang entah ke mana. Cuma tinggal aku berdua saja di taman tema.

“Tak ada apa-apalah..tak boleh ke saya senyum?”

Soalku cuba menutup rasa gugup. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni perasaanku lain macam je dengan mamat ni. Tak pernah aku rasa macam ni. Aku pun tak faham dengan perasaan aku sendiri.

“Tak salah..aku lagi suka tengok kau senyum. Cantik.”

Kata Encik Ricky membuatkan aku tersipu malu.

“Hai, puji saya ni, macam ada maksud tersirat je.”

“Maksud tersirat apa pulak? I’m serious..kau sangat cantik bila kau senyum.”

Katanya lagi dengan nada yang cukup lembut di telingaku. Pipiku membahang panas. Hatiku mula tidak keruan apabila melihat Encik Ricky merenung wajahku.

“Tapi lagi cantik kalau awak pakai pakaian perempuan.”

Sambung Encik Ricky.

“Kenapa, tak ok ke saya pakai macam ni? Tak kisahlah tak cantik, janji smart…”

Aku membelek pakaian yang tersarung di tubuhku. Jaket jeans dengan t-shirt merah di dalam dengan seluar jeans lusuh jenis straight cut punya.Ok apa aku pakai macam ni. Smart apa.

“Tak la maksud aku, kau ni sebenarnya perempuan yang sangat cantik, tapi kalau kau pakai pakaian perempuan bertambah-tambah cantiklah.”

Encik Ricky mengulangi kata-katanya. Aku mengerutkan kening. Ni macam kutuk aku indirectly je.

“Maksud awak nak suruh saya pakai gaun macam awak beli hari tu? Oh no..no..never! Saya dah serik dah pakai macam tu..rimaslah!”

Tawa Encik Ricky meledak.

“Cantik apa kau pakai macam tu. Semua orang puji tau!”

“Hah, banyak sangatlah pujinya. Malu gila tau kena pakai macam tu untuk dinner. Tak ubah macam pengantin. Awak ni memang jahatlah! Sengaja nak kenakan saya ek!”

Aku merengus geram.

Bila teringat pasal tu, hati aku tiba-tiba jadi panas.

“Dah siapa suruh langgar rules 100 tu…kalau kau nak kena lagi boleh je..”

“Tak nak lah!”

Tegasku.

Sekali lagi Encik Ricky ketawa menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Comel!

“Sam.”

Panggilnya lembut membuatkan hatiku berdebar-debar.

“Ye..”

Jawabku dengan suara sedikit bergetar. Hish, aku ni kena sampuk ke apa? Asal dia cakap lembut je, aku mula jadi tak keruan. Apasal ek?

“Awak ada boyfriend?”

Soalnya.

Sekali lagi aku memandang pelik kepadanya. Soalan apakah ini?

“Ada..kenapa?”

“Hah, betul ke? Siapa?”

Encik Ricky sedikit terkejut mendengar jawapanku.

“My Honda Blackbird..dialah boyfriend saya yang pernah awak patahkan cermin sisinya..”

Jawabku sinis. Kelihatan Encik Ricky menarik nafas lega.

“Dan kerana boyfriend kau itu lah , kau sanggup ‘merompak’ aku ek?”

Jawab Encik Ricky sambil ketawa lagi.

“Haha..Encik Ricky ingat lagi ek pasal tu?”

“Of course la..mana boleh lupa perempuan yang berani mati tumbuk muka aku, lepas tu dengan muka tak malunya rampas dompet aku dengan kejamnya…”

Jawab Encik Ricky seakan memerliku.

“Hello..dah tu siapa suruh tak nak bayar ganti rugi untuk motor saya. Bikin panas je tau!”

Marahku.

“Ok..ok..dah lah. Tu cerita lama. Yang penting sekarang aku nak mintak maaf dengan kau sebab dah banyak sakitkan hati kau selama ni.”

Tuturnya ikhlas. Aku termangu. Pelik betul aku tengok perubahan sikap Encik Ricky. Dia jarang marah sekarang. Adakah ini disebabkan aku selamatkan dia hari tu? Mungkinlah..

“Kenapa diam..kau tak maafkan aku ke?”

“Eh, tak lah…saya dah lama maafkan Encik Ricky. Don’t worry..Saya pun nak mintak maaf jugak atas semua salah saya kat Encik Ricky selama ni..”

“It’s okay..I don’t mind…yang penting kau happy…Kalau kau happy..aku pun happy…I like this feeling…”

Balasnya lembut.

Aku terkesima.Matanya yang redup memandang dalam ke dalam anak mataku menyebabkan aku seperti dipukau lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana dingin di sini terasa begitu hangat apabila berhadapan dengan Encik Ricky. Aduhai..ni buat aku lemah ni. Tolonglah Encik Ricky, jangan buat aku sampai jadi wap okay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience