BAB 5

Romance Completed 12236

“Apasal slow sangat kau bawak kereta ni?”

Soalnya memecah kedinginan dalam keretanya.

“Saya kan pemandu berhemah, mesti kena bawak slow..”

Jawabku selamba.

“Pemandu berhemah ke penakut? Ye lah orang asyik bawak motor buruk je kan. Mana tahu nak drive kereta sangat…”

Katanya sinis. Haii, ini dah lebih ni. Hina ‘boyfriend’ aku.

“Encik Ricky boleh tak jaga sikit mulut tu. Motor tu saya baru beli tau. Mana ada buruk!”

Marahku.

“Hai marah nampak! Kau dah lupa ke..Rule number 40 mengatakan seorang bodyguard kepada Encik Ricky Hadi tak boleh marah majikan walaupun dengan sepatah perkataan.”

Balas Ricky tegas.

Aku terdiam. Gila! Rule gila! Macam mana lah aku boleh tandatangan kontrak gila tu dengan Encik Ricky! Dalam kontrak tu ada dekat 100 rules bodoh yang aku kena ikut sepanjang jadi bodyguard Encik Rikcy. Rules yang aku paling geram, ‘seorang bodyguard tak boleh pergi toilet sehingga mendapatkan keizinan daripada Encik Rikcy Hadi’. Gila apa?! Kalau aku cirit-birit macam mana?

“Kenapa kau diam? Tak suka dengan rules aku?”

Soalnya serkap jarang. Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.

“Tak lah..suka sangat…..sampai rasa panas betul kat hati ni…”

Jawabku sinis. Dia tergelak kecil.

“Kau ingat…kalau kau langgar salah satu rules tu, aku hukum kau.”

“Tak payah hukum, pecat je saya terus!”

Jawabku geram.

Tak habis-habis dengan rules tak guna tu!

“No..no! Aku tak kan pecat kau sampai bila-bila pun!”

“Hah! Encik Ricky dah gila ke? Tak kan saya nak kerja dengan Encik Ricky sampai tua?”

Kata-kata Encik Ricky benar-benar membuatkan darahku mendidih.

“Kan tu dah termaktub dalam rules number 96…”

“What?!”

Biar betul! Tak silap saya, tak ada pulak saya baca pasal rules tu.

“Kenapa? Tak suka?”

Soalnya menduga. Sengaja memancing kemarahanku.

“Yes! Of Course!”

“Ada aku kisah kau suka ke tak? Dah namanya bodyguard kepada Encik Ricky Hadi, pelakon terkenal tanah air..kau kena ikut semua rules tu tahu tak?!”
Tegasnya.

Wajahku semakin kelat. Arghhh, kenapalah aku boleh terjerat dengan semua ni! Kerana kegeraman yang amat, aku menekan pedal minyak sekuat hatiku sehingga meter kelajuan mencapai 150-160 km/j.

“Woii mak cik! Pelankan la sikit kereta! Kau nak mati ke?!”

Encik Ricky menjerit ketakutan. Namun aku semakin memecut laju.

“Kenapa tak suka?!”

Soalku sinis.

“Yes! Of Course! Kalau kau nak mati, baik kau mati sorang je. Aku tak nak mati lagi!”

Jeritnya seperti terkena serangan histeria. Wajahnya pucat lesi. Haha, tahu pun takut! Tadi kutuk aku sangat! Aku buat tak peduli. Aku masih memecut laju dan sampai di destinasi yang di tuju, aku membrek mengejut menyebabkan muka Encik Ricky terhantuk sedikit pada dashboard kereta. Dahinya luka kecil. Opss..terlebih sudah! Hehe..

“Encik Rikcy, kita dah sampai.”

Kataku selamba. Dia memandangku geram sambil memegang dahinya.

“Hoi! Kau ni memang kurang ajar ek! Kau nak buat aku mampus ke?!”

Tengking Encik Rikcy kuat.

“Apa pulak kurang ajar Encik Rikcy. Sekarang tepat jam 8 pagi kita sampai sini. Encik Ricky dah lupa ke, Rules number 57: ‘seorang bodyguard perlu menghantar Encik Rikcy Hadi ke tempat yang dituju tepat pada masanya, tidak boleh lewat walaupun seminit’.”

Balasku laju.

Encik Ricky terdiam seketika. Hah! Kan dah terkena sendiri.

“Ok fine!!”

Marahnya sambil terus membuka kasar pintu kereta dan meninggalkanku yang sedang ketawa terbahak-bahak di situ. Padan muka!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience