BAB 13

Romance Completed 12236

“Awak dah buat laporan polis pasal kes Ricky tu?”

Soal Firdaus sebaik sahaja kami keluar dari wad Encik Ricky.

“Sudah…tapi kes ni rumit sikit lah.”

Jawabku.

“Rumit kenapa pulak?”

Soal Firdaus ingin tahu.

“Yelah sebab nombor plat yang saya nampak hari tu nombor plat palsu. Lepas tu kat tempat parking kereta masa kejadian tu berlaku tak ada CCTV. Jadi tak tahu siapa yang terlibat dalam kes ni sebab semuanya pakai topeng…Itu yang susah sikit.”

“Rumit tu..Pelik betul lah. Siapa yang try nak culik Ricky ye?”

Firdaus mula mengerah otak. Aku pun sama.

“Awak tahu tak siapa-siapa yang tak suka dengan Ricky?”

Soalku.

“Tak tahu pulak. Setahu saya Ricky baik dengan semua orang. Dengan pihak media pun dia tak ada masalah. Saya pun tak pasti siapa nak kenakan dia.”

Jawab Firdaus. Jawapan yang langsung tak membantu.

“Susahlah macam ni. Tapi kalau kita biar penjenayah ni terlepas, saya takut mereka akan menyerang Encik Ricky lagi. Bahaya tu…Mana tahu kali ini diaorang bawak pistol.”

Aku meluahkan kegusaranku.

“Itulah masalahnya. Harap-harap pihak polis dapat buat siasatan dengan cepat lah. So, macam mana Ricky sekarang, ok?”

“Setakat ni dia ok..maybe boleh discharged esok.”

Jawabku sedikit ceria. Entah kenapa aku berasa sungguh gembira apabila Encik Ricky disahkan keluar hospital esok. Semakin hari aku semakin mesra dengannya dan tiba-tiba terbit perasaan sayang padanya.

“Baguslah macam tu.”

Jawab Firdaus ringkas. Wajahnya turut berubah ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience