BAB 9

Romance Completed 12236

“Ini kau punya pasal! Tengok apa dah jadi!”

Tiba-tiba Encik Ricky mencampakkan akhbar hari ini kepadaku. Aku tersentak. Apa kes mamat ni! Aku tengah syok-syok main game di handphoneku, dia kacau pulak! Hish!

“Saya buat apa pulak ni?”

Soalku malas.

Semenjak kejadian di Mid Valley hari tu, dia tak habis-habis nak kenakan aku. Kali ni apa pulak?

“Kau baca ni! Kau memang sengaja nak rosakkan reputasi baik nama aku kan?!”

Tengking Encik Ricky. Hish mamat ni siot betul la! Boleh pecah gegendang telinga aku kalau hari-hari macam ni. Dengan malasnya aku membaca tajuk berita akhbar hari ni.

“Ricky Hadi Beraksi Tidak Senonoh!”

Aku membacanya kuat. Mataku terus membaca berita yang tertera di situ. Mataku dengan serta-merta buntang apabila membaca satu perenggan yang terpapar jelas di dada akhbar:

‘….Menurut sumber yang disahkan, Ricky Hadi dikatakan cuba memeluk wanita yang juga merupakan pengawal keselamatan peribadinya dari belakang semasa berjalan masuk ke dalam ruangan tengah Mid Valley. Bukan itu sahaja, pelakon terkenal tersebut juga dikatakan cuba memegang punggung wanita tersebut dengan sengaja. Namun, wanita tersebut lebih pantas menolak tubuhnya hingga terjatuh. Kejadian ini disaksikan oleh ratusan peminat yang berada di tempat kejadian. Perbuatan yang dilakukan oleh Ricky Hadi disifatkan sebagai tidak senonoh dan sebagai salah satu gangguan seksual kepada wanita tersebut. Secara tidak langsung perbuatan Ricky Hadi menjejaskan nama baik industri perfileman Malaysia…..’

“Sekarang puas hati kau!”

Bacaanku terhenti apabila Encik Ricky tiba-tiba menengkingku kasar.

“Apa maksud Encik Ricky? Bukan saya yang cakap macam tu. Newspaper ni yang tulis macam ni. Mana saya tahu!”

Balasku cuba mempertahankan diriku.

“Ye lah, yang kau pergi jatuh atas aku tu kenapa?”

“Mana lah saya dapat elak. Dah tu yang Encik Ricky peluk saya tu kenapa? Sengaja?”

“Oit mak cik, tak ada maknanya aku nak peluk kau. Dah la bau hapak!”

“Amboi, sedap je mulut Encik Ricky mengata saya je. Bau Encik Ricky pun busuk lah, lagi busuk dari tahi lembu tau!”

“Heh mak cik! Mulut kau tu jaga sikit ok!”

“Mulut Encik Ricky lah yang kena jaga! Mulut pun bau bangkai!”

“Sam! Kau ni memang dah melampau lah, kau dah langgar rules 99 yang mengatakan ‘seorang bodyguard yang sopan tak boleh mengeluarkan kata-kata kesat kepada Encik Ricky Hadi walau dalam keadaan apa sekalipun’. Kau dah lupa ke?”

“Encik Ricky yang mulakan dulu kan. So, saya tak salah lah!”

Aku masih cuba mempertahankan diriku. Huh, tak habis-habis dengan rules bodoh tu!

“Kau jangan nak menjawab boleh tak?! Kau dah buat dua kesalahan besar hari ni. Pertama kau dah buat aku malu besar. Ke dua kau dah kutuk aku. Jadi aku kena hukum kau kaw-kaw punya!”

Tegasnya.

Aku sedikit ternganga. E’eh aku pulak dipersalahkan ni apa kes?

“Hukumlah kalau tu buat Encik Ricky puas hati. Pasal kat Mid Valley tu kan saya dah cakap, saya tak sengaja. Then, saya tak tahu kenapa newspaper tu tulis macam tu. Yang ke dua, bukan saya yang kutuk Encik Ricky dulu okay! Encik Ricky yang mulakan dulu!”

“No excuse okay! Hukuman tetap hukuman. Jangan banyak cakap!”

Ok fine! So Encik Ricky nak saya buat apa sekarang?”

“Ok..untuk kesalahan yang pertama, aku nak kau buat pengakuan kat depan media yang aku tak buat benda tak senonoh kat kau masa dinner artis malam ni…untuk kesalahan kedua, aku nak kau pakai baju pengantin dan mekap tebal masa dinner malam ni..Hukuman ini adalah muktamad!”

Aku terlopong mendengar hukuman yang tak masuk akal dari Encik Ricky. Gila apa nak aku tayang muka aku kat depan TV dengan rupa macam tu! Dia ingat aku apa? Badut?

“No..no! Saya tak kan buat macam tu! Encik Ricky boleh hukum saya apa saja tapi bukan macam ni!”

“Kan aku cakap hukuman ini adalah muktamad. Kau tak boleh bantah. Malam ni sharp jam 9 malam, kita pergi dinner tu. Sekarang aku nak kau ikut aku cari baju pengantin tu and make up!”

“What?! Encik Ricky dah gila ke?!”

Aku mengetap bibir geram. Kurang asam punya mamat poyo!

“Kau nak kena hukum lagi ke? Kan aku cakap rules 99, tak boleh kutuk aku! Kau faham? Ke kau nak aku cakap bahasa tamil baru kau nak faham?”

“Tapi, Encik Ricky dah melampau tahu tak?!”

Aku masih tidak berpuas hati.

“Dah, jangan banyak cakap. Cepat bawak kereta pergi butik pengantin.”

Katanya sambil menghulurkan kunci keretanya kepadaku. Aku menjelingnya tajam. Kunci kereta aku rampas kasar.

“Ok, good girl!”

Katanya sambil tersenyum puas. Aku menghembus nafas kasar. Tak apa..tak apa..hari ni hari kau, esok hari aku. Siaplah kau mamat poyo! Akan aku kenakan kau habis-habisan bila tiba waktunya! Aku mula memasang dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience