BAB 7

Romance Completed 12236

“Sayang…..rindunya I dekat you…mana you pergi? I call you asyik tak angkat je…sedih tau.”

Sapa seorang perempuan muda tiba-tiba yang tak tahu muncul dari arah mana. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Encik Rikcy yang sedang sibuk menjamu makanan tengah harinya di cafe. Siapa pulak minah ni? Aku melihatnya dari atas hingga ke bawah. Seksi gila! Apa hal pakai pakaian seksi maut macam ni? Ni mesti nak goda Encik Ricky!

“I busy lah. I’m so sorry okay. Bukan I tak nak jawab phone you, tapi time tu I tengah shooting.”

Jawab Encik Ricky lembut. Erk? 1st time aku dengar ayat manja dari Encik Ricky. Loya tekak aku dengar. Minah salleh celup yang berambut perang itu semakin tergedik-gedik. Dia mengusap bahu Encik Ricky perlahan.

“Tapi sayang, at least you pick up la phone tu sekejap. I rindu you tau. Malam-malam I tak boleh tidur sebab teringatkan you.”

Adehh manja gila suara minah ni. Eii..meremang bulu roma aku dengar.

“I miss you too honey. I sibuk pun I tetap ingat you tau. Mana boleh I lupa dengan awek cantik macam you.”

Balas Encik Ricky lebih manja. Uwekk! Geli tekak! Oh tidak…Dua-dua manusia depan aku ni sama gedik. Huh, menyampah!

“Kau ni kenapa? Kalau nak muntah pergi la toilet. Jangan muntah depan aku!”

Aku tersentak apabila Encik Ricky tiba-tiba mengegur. Ops! Dia nampak ke aksi spontan aku tadi?

“Mana ada..saya cuma gatal tekak lah. Tak tahu kenapa…”

Jawabku bersahaja.

“Sayang! Siapa perempuan ni? Bila masa pulak dia ada kat sini?!”

Minah salleh celup itu tiba-tiba angin. Eheh, dari tadi aku terpacak kat sini, baru nak tanya siapa aku! Buta ke apa?

“Owh..she’s my bodyguard. Namanya Sam lah kononnya, tapi nama kampung dia Samsiah.”

Kata Encik Ricky separuh mengejek. Aku menjegilkan biji mata. Kutuk aku nampak!

“Bodyguard????! You jangan buat lawak lah! Mana ada bodyguard perempuan.”

Minah salleh celup itu terkejut beruk .

“It’s true my dear…She’s my bodyguard.”

“Kenapa you tak bagitahu I. Ooo jadi selama ni you cuba elak dari jumpa I sebab berkepit dengan perempuan ni lah ye! Sampai hati you!”

Minah itu mula melenting. Apa hal minah ni? Tiba-tiba je angin.

“Apa yang you merepek ni. I dengan dia tak ada apa-apalah. She’s my bodyguard. That’s it! Tak lebih dari tu!”

Encik Ricky mula kalut meyakinkan girlfriend gediknya itu.

“You tipu! Tak kanlah perempuan cantik ni jadi bodyguard you. I langsung tak percaya tau!”

Erk? Cantik ke aku? Terima kasih lah, susah-susah je puji. Aku tersenyum-senyum sendirian.

“Betul lah sayang. I dengan dia tak ada apa-apa lah. Tak kan lah I nak kan perempuan kampung berkurap macam dia! Trust me honey!”

Encik Ricky belum puas memujuk. Amboi!!! Ini dah lebih!! Apa dia cakap? Aku perempuan kampung berkurap?! Tak guna!

“I tak percaya!”

“Ricky..sampai hati awak buat saya macam ni. Saya sayang awak lebih pada diri saya sendiri, tapi awak sanggup hina saya sebab perempuan lain. Sampai hati awak…saya sedih ni.”

Kataku dengan mendayu-dayu seperti dalam skrip drama melayu. Encik Ricky tergaman. Minah salleh itu semakin menyinga. Hah, kau ingat kau sorang je boleh berlakon, aku pun boleh lah!

“Sam! Apa yang kau merepek ni!”

Marah Encik Ricky.

“Ricky, I love you. Jangan buat saya macam ni…saya setia dengan awak, tapi kenapa awak buat saya macam ni? Huhuhu.”

Balasku sambil buat-buat mengesat air mata yang mengalir di pipiku.

“See Ricky!! You tipu I! I hate you Ricky! I hate you!! Mulai hari ni, our relationship is over!”

Jerit minah salleh itu macam orang gila.

“Lucy! Tunggu..dengar dulu apa I nak cakap!”

Laung Encik Ricky sambil terus mengorak langkah untuk mengejar girlfriend kesayangannya tu namun tidak sempat. Lucy sudah selamat masuk ke dalam keretanya lantas berlalu dari situ.

“Yes!!”

Aku terjerit kecil dan terus ketawa. Fuhh!! Tak sangka hebat jugak aku berlakon. Haha. Padan muka Encik Ricky! Siapa suruh kutuk aku. Kan dah kena penangan berbisa dariku.

“Kau buat apa tadi?! Kenapa kau cakap macam tu?! Kau gila ke?”

Marah Encik Rikcy sebaik sahaja dia kembali ke meja makannya.

“Tak, saya tak gila. Saya cuma buat kerja saya je…”

Jawabku selamba.

“Kau ni memang gila lah! Yang kau pergi cakap macam tu depan dia kenapa? Dia awek aku lah. Tengok, apa jadi sekarang! Dia dah tinggalkan aku tahu tak!”

“So what? Itu bukan masalah saya Encik Ricky. Soal cinta di luar bidang kuasa saya…”

“Sam! Kau ni memang dah melampau lah! Aku suruh kau jadi bodyguard aku je, bukan masuk campur urusan peribadi aku faham?!”

Amarah Encik Rikcy mula memuncak. Mukanya memerah. Namun, aku masih buat muka selamba.

“Encik Ricky dah lupa ke? Setahu saya dalam 100 rules yang Encik Ricky bagi masa saya sign kontrak tu tak ada pulak dinyatakan ‘seorang bodyguard tidak boleh mengganggu urusan peribadi Encik Ricky’. Betul tak? So, apa yang saya buat ni bukan satu kesalahan lah..”

Aku mula melemparkan paku buah keras kepadanya.

“Bukan satu kesalahan kepala hotak kau! Walaupun tak ada dalam rules, tapi kau faham-faham sendiri lah mak cik! Tak kan tu pun kena bagitahu!”

“Maaf lah Encik Ricky, saya cuma patuh pada 100 rules yang Encik Ricky tetapkan. Jadi, saya tak wajar dihukum kerana ini sebab itu bukan satu kesalahan seperti yang termaktub dalam undang-undang yang Encik Ricky tetapkan.”

Jawabku lagak seperti seorang peguam.

“Sam! Kau!”

Encik Ricky kehilangan kata. Dia mengetap bibirnya geram. Aku hanya membalasnya dengan senyuman melebar hingga ke telinga. Kau hilang awek, itu kau punya pasal. Tak dapek den nak menolong. Muahahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience