BAB 1

Romance Completed 12236

Aku tersenyum-senyum sendirian. Hari ini aku cukup gembira dan bangga kerana akhirnya aku berjaya memiliki motorsikal Honda CBR1100XX Blackbird yang aku idamkan selama ni. Fuhh..bangga gila dapat bawak motor besar ni ronda-ronda KL. Mana tak bangganya, motorsikal ini tersenarai dalam top 10 motorsikal paling laju di dunia. Bukan senang mahu dapat motor ni tau. Tak sia-sia aku kumpul duit bertahun-tahun hasil kerja sambilanku semasa belajar di London dulu.

Sedang aku dok sibuk berangan, tiba-tiba datang sebuah kereta mewah BMW Z4 berwarna putih melintas laju di tepi motorsikalku. Tak semena-mena motorsikalku hilang kawalan lantas tanpa sempat aku menekan pedal brek, motorsikalku sudah selamat tersungkur di bahu jalan. Cermin sisi motorku patah dengan kejam. Arghhh!! Sial punya BMW. Kau dah rosakkkan ‘boyfriend’ pertama aku!! Kepalaku mula menggelegak kepanasan. Aku menjeling tajam dengan pandangan berapi ke arah kereta BMW yang diparkir tidak jauh dari tempat aku rebah. Pemandu kereta tersebut keluar dari kereta tersebut dengan muka tak bersalahnya. Dia buat-buat tak nampak aku yang keberangan di situ sebaliknya terus mengorak langkah untuk masuk ke dalam bangunan yang berdekatan. Kurang asam punya anak orang puteh ni!! Berani dia buat duno je kat aku di sini.

“Hoi bro!! Buta ke?!”

Laungku kuat. Dengan langkah ala-ala gengster aku melangkah kasar mendekati lelaki yang tak reti nak mintak maaf tu.

“Excuse me madam, what are you talking about?”

Soalnya tanpa rasa bersalah. Apa? Dia panggil aku madam?! Eii kurang ajar gila!

“Hei pak cik! Kau dah langgar aku, lepas tu kau boleh buat selamba je ye. Aku nak kau bagi aku ganti rugi sebab rosakkan motor aku!”

Hah, ambik kau. Dia sedikit ternganga mendengar tengkinganku. Aku mula bercekak pinggang.

“Hello..siapa yang salah. You tu yang bawak motor tak pandai. Memang patutlah kena langgar!”

Marahnya balik. Amboi..ber I, you la pulak. Geli aku dengan mamat perasan handsome ni.

“Woi, kalau dah salah tu mengaku je la! Tak payah la nak banyak songeh. Tak kira, sekarang aku nak kau bagi aku ganti rugi untuk baiki motor aku!”

Balasku geram.

“No..no..I tak kan bagi sesen pun duit I untuk motor buruk you tu. You ingat dengan buat-buat motor you jatuh, I nak bagi ganti rugi. Tu taktik lama la mak cik! Lakonan you langsung tak menjadi.”

Katanya sinis.

Amboi mamat ni, lasernya mulut. Ni aku pantang ni.

“Weyh, aku tak ada masa la nak berlakon ke apa! Kau jangan nak cari alasan bodoh la pak cik. Aku nak kau bagi ganti rugi untuk motor aku sekarang!”

Mataku mula menyinar menahan marah. Mamat perasan handsome tu tergelak sinis. Arghh..bencinya!

“Kalau I tak nak bagi, you nak I buat apa?”

“Aku akan rompak kau..”

Jawabku geram.

“Hahaha.. rompaklah kalau berani. Senang je, I lapor je kat polis. Biar polis tangkap perempuan kurang ajar macam you ni…”

Dia semakin galak mentertawakanku. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“Kau ni memang nak kena la! Aku tumbuk muka kau kang baru tahu…”

Jeritku sambil menggenggam penumbuk. Dasar lelaki tak tahu malu. Dahla langgar aku, lepas tu tak nak bayar ganti rugi pulak.

“Tumbuklah kalau you berani. Setakat badan kecik macam you ni I tak takut lah. Macam semut je I tengok…”

Dia ketawa lagi.

Dan..tawanya terhenti dengan serta-merta apabila satu tumbukan padu hinggap di tulang pipinya. Mamat tu menyeringai kesakitan sambil memegang pipi kirinya. Hah, ambik kau! Hina aku lagi! Jangan nak main-main dengan ratu taekwando macam aku nih.

“Sial kau perempuan!! Kau nak mampus ke?!”

Tengkingnya kuat.

Hah, tahu pulak nak cakap bahasa melayu penuh. Huh, padan muka! Aku tak puas hati lagi, dan kali ini aku menarik dompet dari poket di punggung seluarnya dengan kasar.

“Hoi, kau nak buat apa tu. Bagi balik dompet aku!”

“Aku nak ganti rugi aku!”

Jawabku sambil dengan selambanya mengambil semua duit dalam dompetnya. Puas hati aku! Biar dia rasa penangan berbisa dari aku. Tu lah siapa suruh main-mainkan aku.

“Kau!! Bagi balik duit aku lah mak cik!!”

Tengkingnya lagi.

“Nah, kau ambil dompet kau ni. Aku nak duit ni. Ini duit ganti rugi untuk kerosakan motor aku. Kau ingat murah ke nak baiki motor tu?!”

Jawabku tegas. Aku hulurkan dompet tu kepadanya dan dia merampasnya kasar. Wajah mamat tu mula memerah menahan geram.

“Mak cik! Kau tahu tak kau dah melampau?! Kau tahu tak apa akibatnya kalau melampau dengan aku?”

Soalnya geram.

“Tak tahu pun..aku pun malas nak ambil tahu wahai mamat perasan handsome!”

Kataku sinis.

“Kau!!”

Mamat tu kehilangan kata. Dia cuba menampar pipiku tapi aku lebih pantas memulas lengannya.

“Argghhh! Sakitla bodoh!”

Marahnya dalam kesakitan. Aku melepaskannya kasar.

“Dah la, aku malas nak bergaduh dengan kau. Yang penting aku dah dapat duit aku dan aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab ‘sudi’ bayar ganti rugi motor aku dengan ‘ikhlas’.”

“Oii mak cik, aku tak halal lah duit aku tu!”

Rengusnya geram. Aku ketawa sinis.

“Aku tak mintak kau halalkan pun. Oklah..babai..”

Balasku sambil terus berlalu dengan motorku meninggalkannya yang terkebil-kebil di situ.

“Ingat kau mak cik! Aku tak kan lepaskan kau sampai bila-bila!!”

Laungnya kuat apabila aku mula menjauhinya. Aku hanya membalasnya dengan isyarat ‘Peace’. Ada aku kisah??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience