BAB 11

Romance Completed 12236

Huh, lega sikit rasanya! Akhirnya pengakuan yang Encik Ricky mahu, dapat aku buat dengan mudah. Tapi, yang tak boleh tahannya aku terpaksa menebalkan muka aku untuk bercakap di depan kamera dengan pakaian dan make up yang macam orang tak berapa betul. Kalau bukan Encik Ricky yang paksa aku, haram aku tak nak buat semua tu. Aku akan pastikan ini adalah the 1st and the last dia kenakan aku. Kalau dia berani buat aku macam ni lagi, siaplah! Dia belum kenal lagi sepakan maut aku. Hummpphhh!!

“Thanks Sam..you did a very good job!”

Encik Ricky tiba-tiba memuji. Erk, apasal mamat ni berubah angin pulak ni.

“Hah, itu pun sebab Encik Ricky yang paksa!”

Gertakku.

Eleh, buat-buat baik konon. Aku memutar ligat stereng untuk masuk ke ruangan parkir apartmentnya.

“Dah tu , siapa suruh kau buat kesalahan. Next time, kalau kau buat lagi aku akan hukum kau lebih berat dari ni tahu!”

Suaranya kembali tegas.

“What ever! Saya tak kisahpun. Hukum lah kalau berani. Next time kalau Encik Ricky buat macam ni lagi, siaplah!”

“Haii berani kau ugut aku! Mengikut rules number 67..seorang…”

“Stop it! Hentikanlah rules bodoh tu! Kalau Encik Ricky tak puas hati lagi, pecat je saya!”

Pintasku geram.

Yelah, mana tak geramnya..balik-balik dengan rules tak guna tu. Naik rimas aku dibuatnya.

“Hello mak cik, rules tu kau dah setuju kan? Kau sendiri yang tandatangan kontrak bodoh tu. Kau dah tak boleh tarik balik tahu!”

“So what! Ada aku kisah? Banyak lagi lah kerja yang aku boleh buat dari jadi lembu kau!”

Bahasaku mula berubah. Aku betul-betul marah ni. Mamat poyo ni sememangnya poyo & berlagak gila. Bikin aku panas je! Aku segera keluar dari keretanya sebaik sahaja kereta itu selamat diparkir. Encik Ricky turut keluar.

“Kau ni kan, mulut memang laser betul lah. Nama je perempuan, tapi kasar! Macam lelaki!”

“Suka hati aku lah nak kasar ke apa. Apa kaitan dengan kau?”

Marahku.

“Boleh tak dalam satu hari kau cakap elok-elok sikit dengan aku?”

“Untuk apa? Kalau kau sendiri pun tak reti nak berlembut dengan bodyguard kau..kau nak aku berlembut dengan kau. Jangan mimpilah!”

Aku membalasnya kasar. Kepala Encik Ricky mula berapi menahan marah.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan serangan dari 3 orang lelaki berjaket hitam dan bertopeng. Mereka cuba menyerang Encik Ricky. Tubuh Encik Ricky ditendang kasar dengan sekelip mata. Dia menyeringai kesakitan.

“Hoi, korang siapa?!”

Encik Ricky menjerit nyaring memecah kesunyian tempat parkir kereta. Dia panik. Lelaki tersebut cuba menarik Encik Ricky ke dalam van yang sudah sedia menunggu di situ.

“Woi kau nak bawak Encik Ricky ke mana tu?!”

Giliran aku pula melaung hebat. Aku mengangkat skirt gaunnya hingga ke paras lutut. Dengan sepantas kilat aku terbang dan menghadiahkan sepakan layang ke arah dada lelaki bertopeng yang memegang Encik Ricky. Pegangannya terlepas dan Encik Ricky jatuh tergolek di situ.

“Hei perempuan, boleh tak lu jangan ganggu kerja kitaorang!”

Marah lelaki bertopeng tersebut. Dia cuba menyerangku bertalu-talu namun aku lebih pantas mengelak. Dengan sekuat hati aku menendang perut dan dagunya sehingga dia jatuh tersungkur. Dua orang lagi lelaki bertopeng turut menghantar serangan balas kepadaku namun senang saja aku patahkan serangan mereka. Aku membelasah mereka habis-habisan sehingga mereka tidak larat lagi mahu bangun. Namun, tanpa sempat aku halang, mereka segera berlari masuk ke dalam van tersebut. Tak sempat aku kejar, van tersebut berlalu dengan pantas. Huh, pengecut!! Aku sempat membaca nombor plat van tersebut.

“Encik Ricky tak apa-apa ke?”

Aku berlari mendapatkan Encik Ricky yang terbaring lesu di penjuru keretanya. Aku sedikit kalut melihat keadaan Encik Ricky begitu. Mukanya lebam sedikit.

“Aduhhh..sakitnya perut aku!”

Encik Ricky mengerang kesakitan.

“Boleh jalan ke ni Encik Ricky? Kalau tak saya boleh papah…”

“Tak apa..tak apa..aku boleh jalan…”

Encik Ricky cuba bangkit namun tidak berjaya. Dia akhirnya jatuh kembali.

“Hish, bagi la saya tolong Encik Ricky. Cepat pegang bahu saya. Saya bawak Encik Ricky pergi hospital sekarang.”

Tegasku.

Dia akur. Perlahan-lahan dia memaut bahuku dan aku memapahnya ke kereta.

Kesian pulak aku tengok Encik Ricky nih. Lepas satu-satu problem timbul. Aku hairan betul lah, apasal ramai sangat orang busuk hati dengan Encik Ricky nih? Apa lah yang hebatnya mamat ni sampai semua orang nak buat jahat dengan dia? Nasib baik aku ada, kalau tak mungkin Encik Ricky sudah selamat diculik oleh penjenayah yang tak tahu asal usul tu. Hish, siapa ya agaknya mastermind dalam kes ni? Hurmmm…Apa-apapun aku kena laporkan perkara ni pada pihak polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience