BAB 16

Romance Completed 12236

Entah kenapa tiba-tiba aku berasa tidak sedap hati. Fikiranku hanya tertumpu soal Firdaus dan Encik Ricky. Tiba-tiba aku terfikir, kenapa Firdaus dedahkan semua keburukan Encik Ricky padaku sekarang. Kenapa tidak dulu? Apa motif dia? Setahu aku Firdaus tu kawan baik Encik Ricky. Aku mula meragui kebenaran kata-kata Firdaus tentang Encik Ricky. Betul ke Encik Ricky macam tu. Aku masih ragu-ragu. Walaupun tadi, aku betul-betul marah apabila mengetahui perangai sebenar Encik Ricky tapi setelah apa yang berlaku antara aku dengan Firdaus, aku mula fikir bukan-bukan. Entah-entah selama ni Firdaus yang merancang untuk menjatuhkan Encik Ricky? Hish, tak kan lah!

Dengan serta-merta aku membawa motorku kembali ke apartment Encik Ricky. Sesampai di sana aku cepat-cepat naik ke rumah Encik Ricky. Aku cuba menekan loceng pintu rumahnya namun belum sempat aku berbuat begitu, tiba-tiba aku mendengar seperti ada kaca pecah dari dalam biliknya. Hah! Apa yang berlaku. Hatiku semakin berdebar-debar. Aku yakin Encik Ricky ada di dalam. Aku meraba poket seluarku. Huh, nasib baik aku bawak kunci pendua pintu rumahnya.

“Tolonglah jangan bunuh aku!!”

Kedengaran suara Encik Ricky terjerit nyaring sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumahnya.

“Aku dah lama nak bunuh kau. Kerana kau, aku selalu tak dapat apa aku nak! Kau dah rampas hak aku!”

Tegas satu suara lagi.

Itu macam suara…Firdaus! Aku terus meluru masuk ke bilik Encik Ricky. Benar! Memang Firdaus dengan Encik Ricky saja yang berada di situ. Firdaus sedang menghalakan pistol revolvernya ke arah Encik Ricky yang sudah diikat kemas di katilnya.

“Firdaus! Hentikan semua ni!”

Jeritku tiba-tiba membuatkan mereka berdua tersentak.

“Wow..nice..Heroin kau dah datang. So sweet…”

Kata Firdaus sinis. Kali ni muncung pistolnya dihalakan ke arahku. Aku mengangkat tangan.

“Firdaus..please! Jangan buat macam tu. Aku tahu kau bukan orang jahat. Aku tahu kau baik. Orang baik macam kau tak boleh terlibat dengan jenayah…Baik kau menyerah.”

Aku cuba berdiplomasi dengannya. Namun kata-kataku hanya disambut dengan gelak tawanya. Aku menelan air liur.

“Yes! Aku memang baik! Tapi kenapa kau tak suka aku? Kenapa?! Aku layan kau dengan baik selama ni tapi kenapa kau tak boleh terima cinta aku? Kenapa Ricky jugak kau suka?!”

Firdaus menengkingku kuat.

“Firdaus..aku suka kau. Tapi aku suka sebagai kawan je. Tak lebih dari tu. Walaupun aku tak cinta kau, tapi aku akan anggap kau kawan aku terbaik hingga akhir hayat aku.”

Aku cuba memujuk lagi. Muncung pistolnya semakin dekat dengan kepalaku. Aku masih tidak berganjak. Kakiku kaku seperti diikat.

“Arghhhh!! Penipu! Aku tak nak jadi kawan kau! Aku nak jadi kekasih kau! Tapi kau tak nak kan?!”

Tengking Firdaus kuat di telingaku. Aku tersentak.

“Firdaus, tolong jangan apa-apakan Sam. Kalau kau nak bunuh, kau bunuh je aku. Jangan kau bunuh dia!”

Ricky tiba-tiba mencelah. Aku memandang Ricky dengan pandangan sayu. Firdaus semakin kuat ketawa.

“Aku akan pastikan Sam mati! Biar puas hati aku. Biar aku tak dapat Sam, kau pun tak dapat. Selama ni kau dapat apa yang kau nak. Kau boleh jadi pelakon terkenal tapi sikitpun kau tak hargai aku. Kau rampas Lucy dari aku walaupun kau tahu aku suka dia dari zaman sekolah lagi. Sekarang ni kau nak rampas Sam dari aku pulak! Tidak! Aku tak kan biarkan kau dapat Sam. Aku akan pastikan dia mampus! Lepas tu aku akan bunuh kau!”

Kata Firdaus sambil diselangi dengan ketawa kuat. Aku mula kecut perut apabila kali ini dia memaut bahuku rapat ke dadanya dan muncung pistol berada tepat di tepi dahiku.

“Firdaus, tolonglah jangan buat aku macam ni. Kita kan dah lama kawan baik…tak kan kau nak bunuh kawan kau sendiri.”

Encik Ricky cuba merayu.

“Argghhh pergi mampuslah ! Aku bukan kawan kau! Aku cuma anjing kau je kan!!!”

Firdaus berteriak.

Kali ini dengan sepantas kilat aku memegang pergelangan tangannya dan menyiku kasar perut hingga dia jatuh terguling di situ. Aku cuba merampas pistol dari tangannya namun pegangannya cukup kuat. Kami bergelut kasar untuk merampas pistol tersebut. Firdaus cuba menumbuk mukaku namun aku lebih pantas mengelak. Kali ini aku mengambil peluang menumbuk tulang rahang pipinya dan menendang perutnya sehingga dia jatuh tersungkur. Tangannya aku hentak kasar sehingga pistolnya terlepas. Aku mengunci pergerakannya. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.

“Woii lepaskan aku lah!!! Bangang!! Lepaskan aku!”

Jeritnya kasar namun kunci pergerakannya sungguh kejap. Dengan sepantas kilat aku mengikat tangan dan kakinya dengan tali besar yang kebetulan ada di situ. Setelah dia sudah selamat diikat aku, terus mendapatkan Encik Ricky dan cepat-cepat membuka ikatan pada tangan dan kakinya.

“Encik Ricky tak apa-apa?”

Soalku cemas apabila melihat wajahnya yang lebam-lebam.

“I’m okay. Sam okay?”

Soalnya kembali sambil meraba wajahku.

“Saya okay Encik Ricky..don’t worry..Yang penting Encik Ricky selamat.”

“Thanks a lot Sam. Thanks, I love you.”

Aku terpana mendengar perkataan itu dari bibir Encik Ricky .Aku bermimpi ke ni?

“Woiii bangang! Lepaskan aku lah!!”

Jeritan Firdaus membuatkan kami berpaling serentak. Tak semena-mena Encik Ricky bangun dan menghadiahkan satu tumbukan padu pada mukanya.

“Ambik kau Firdaus! Aku tak sangka rupa-rupanya selama ni kau tikam aku dari belakang. Aku ingat kau kawan aku dunia akhirat, rupa-rupanya kau khianati aku! Hari ini aku akan pastikan kau masuk lokap! Baru kau tahu langit tu tinggi rendah!”

Wajah Encik Ricky mula membengis. Firdaus ketawa lagi. Psycho betul mamat nih! Waktu macam ni pun masih boleh ketawa. Hairan betul lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience