BAB 6

Romance Completed 12236

Aku memandang jam di tanganku. Sudah jam 11 pagi. Aku memandang Encik Rikcy Hadi dari jauh. Haihh, lamanya sidang akhbar Encik Ricky Hadi ni. Entah best ke tak filem terbaru dia tu. Tapi cara dia promosi tu macam hebat sangat je jalan ceritanya. Hurmm..kalau Encik Ricky Hadi berlakon, confirm cerita yang best jadi tak best. Menyampah! Depan orang boleh la dia pura-pura baik, senyum sana, sengeh sini tapi perangai sebenar memang hampeh. Tak ada budi bahasa langsung! Itulah yang dinamakan hipokrit!

“Hai Sam, how are you?”

Soal Firdaus tiba-tiba membuatkan lamunanku berhambur seketika.

“I’m fine. You? Sihat?”

Soalku laju.

Segak gila Firdaus hari ni. Bagiku Firdaus ni lagi handsome kot dari mamat poyo tu. Tapi Firdaus tak pernah pulak nak menyombong dengan aku.

“Sihat je. Macam mana so far? Ok ke kerja dengan Encik Rikcy?”

Soalnya ingin tahu.

“Ok je. Cuma penat.”

“Penat kenapa pulak. Ricky buli awak ke?”

“Lebih kuranglah.”

Jawabku selamba. Firdaus ketawa kecil.

“Awak sabarlah sikit dengan dia. Dia memang macam tu. Nampak je kasar tapi sebenarnya hati dia baik dan mudah lembut. Mungkin lama-lama dia ok lah tu dengan awak.”

Balas Firdaus.

Eh, ni nak promote Encik Ricky ke apa?

“Hurmm..tak kisah pun sebenarnya. Tapi saya pelik lah, kenapa Encik Rikcy nak cari bodyguard? Ada apa-apa berlaku ke?”

Soalku ingin tahu.

Tiba-tiba terasa seperti mahu mengorek rahsia Encik Ricky.

“Memang ada something happen..sebab tu dia sekarang fobia kalau pergi ke mana-mana seorang diri…”

“Something happen? Apa yang berlaku sebenarnya?”

“Pernah suatu hari last year, masa dia ke pasar raya sorang-sorang tiba-tiba ada seorang perompak bertopeng serang dia & hampir-hampir menembak kepala dia. Dia bergelut sakan dengan perompak tu. Tapi nasib baiklah polis cepat sampai. Kalau tak mungkin dia dah jadi arwah. Sebab tu dia sekarang fobia nak pergi mana-mana sorang-sorang. Dia suruh saya cari at least seorang bodyguard untuk jaga keselamatan dia, maklumlah diakan pelakon terkenal sekarang. Mesti ramai yang busuk hati dengan dia.”

Firdaus mula membuka cerita dengan bersungguh-sungguh. Aku mengangguk-angguk. Owh, macam tu alkisahnya.

“So, dah berapa ramai bodyguard dia sebelum ni?”

“You are the first.”

Jawab Firdaus sambil tersenyum. Aku memandangnya pelik.

“I’m the first? Betul ke ni? Kenapa? Bukan kejadian tu berlaku tahun lepas lagi ke?”

“Sebab dia tu cerewet sangat. Memilih. Semua bodyguard yang saya offer dia reject.”

“So, kenapa tiba-tiba dia terima saya pulak?”

Soalku lagi ingin tahu. Pelik betul lah Encik Ricky Hadi ni.

“Entah..saya pun pelik. Mungkin dia suka awak kot.”

Balas Firdaus sambil ketawa. Mataku buntang.

“Hah! Mengarut lah awak! Saya yakin dia terima saya jadi bodyguard dia sebab nak balas dendam! Kalau tak tak kan dia buat kontrak yang ada rules sampai 100. Huh!”

“Rules sampai 100? Macam mana tu? Cer citer sikit.”

Soal Firdaus hairan.

“Aik awak tak tahu ke?”

Aku menyoal balik.

“Yup, I don’t know. Tak pulak Ricky bagitahu saya…”

“Kalau awak nak tahu, rules yang dia buat tu memang paling gila pernah saya jumpa! Mengarut nak mampus! Saya rasa Encik Ricky ni gila lah!”

“Contohnya, rules yang macam mana?”

Soal Firdaus semakin ingin tahu. Namun, perbualan kami terhenti apabila mendengar orang berdehem di belakang. Kami berpaling serentak. Aik, bila Encik Ricky ada kat sini? Dia memandangku tajam macam nak telan orang je gayanya.

“Owh, ini kerja kau yer. Mengutuk majikan je kerja kau yer!”

Marah Encik Ricky. Alamak, dia dengar ek apa aku cakap tadi.

“Eh, mana ada mengutuk. Saya puji Encik Rikcy ni…”

“Poyo! Ingat aku tak dengar ke kau kutuk aku tadi. Apa kau cakap? Aku gila?”

“Mana ada.”

Aku tak mahu mengaku. Pandanganya semakin tajam menikam anak mataku. Apa? Ingat aku takut ke kau jeling macam tu? Aku cungkil biji mata tu baru tahu.

“Tak ada apa-apalah Ricky. Sam cerita pasal kawan dia je. Bukan kau.”

Firdaus membelaku.

“Ha’ah yelah tu. Dah la, daripada aku layan mak cik ni baik aku pergi makan. Firdaus, jomlah blah!”

Katanya sambil terus berlalu meninggalkanku dengan muka serius. Hai, tadi depan TV bukan main tersengeh-sengeh macam kerang busuk, sekarang depan aku, muka kelat semacam je. Pelik betul lah mamat ni! Aku memandang Firdaus. Firdaus sekadar menjungkit bahu. Akhirnya kami mengekorinya ke arah café berdekatan. Tak kuasa aku nak layan perangai dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience