BAB 15

Romance Completed 12236

Hari ini aku datang kerja awal dari biasa. Semangat betul aku hari ni. Ye lah, hari ni aku akan terima gaji pertama aku dari Encik Ricky. Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku kerja dengan dia. Pelbagai kenagan pahit manis aku lalui bersamanya. Dalam diam rupa-rupanya aku jatuh cinta padanya. Aku tak tahu bila perasaan ini hadir, tetapi yang aku perasan, bila aku bersamanya, aku rasa bahagia sangat. Dia layan aku dengan cukup baik sekarang. Tapi, aku tak tahu apa perasaannya padaku. Adakah dia jugak ada rasa yang sama seperti yang aku rasa? Tapi nak ke jugak dia dengan tomboy macam aku? Mesti dia suka perempuan yang elegan dan seksi macam ex-girlfriend dia tu kan? Tapi aku tak mampu nak jadi macam tu. Aku tetap akan jadi diri aku sendiri. Aku berserah saja, kalau dia suka aku, syukurlah tapi kalau tak, aku tak kisah. Betul ke aku tak kisah? Aku keliru.

“Hai Sam, awal datang.”

Sapa Firdaus yang kebetulan naik Lift sama denganku.

“A’ah..terbangun awal hari ni, itu yang datang awal sikit.”

Jawabku sambil tersengeh.

“Tapi, Ricky dah keluar awal-awal lagi. Dia tak beritahu awak ke?”

Soal Firdaus hairan.

“Tak ada pulak dia beritahu saya apa-apa. Dia keluar pergi mana? Seorang saja?”

Soalku ingin tahu.

“Owh..dia keluar dengan Lucy. Katanya nak cari barang-barang untuk perkahwinan diorang minggu depan.”

Laju Firdaus menjawab.

Aku tersentak. Apakah aku tidak salah dengar ayat hujung tu?

“Encik Ricky nak..nak kah..kahwin? Maksud awak, dengan Lucy?”

Soalku tergagap-gagap. Saat itu aku rasakan duniaku bergegar. Pandanganku gelap seketika.

“Yup..Eh, tak kan tu pun Ricky tak beritahu?”

Soal Firdaus semakin hairan dengan reaksiku. Saat itu air mataku mula bergenang tapi aku tahan supaya tidak tumpah membasahi pipiku. Berita yang aku dengar cukup menyakitkan. Ahh aku memang bodoh! Aku tak patut ada perasaaan bodoh ni pada Encik Ricky. Dia lelaki perfect, semestinya dia mahukan wanita perfect macam Lucy. Aku cuma bodyguardnya yang langsung tak cantik dan menarik. Arghh..wake up Sam! Kau sedarlah diri kau siapa..Cermin diri kau sikit. Orang macam kau ni tak layak untuk lelaki macam Encik Ricky. Tak layak! Langsung tak layak!

“Sam, are you okay?”

Soalan dari Firdaus mematikan lamunanku.

“Saya okay. Terima kasih sebab beritahu saya…Saya minta diri dulu ye.

Jawabku sebak sambil cepat-cepat melangkah keluar dari lift tersebut. Namun, tanpa ku duga Firdaus menarik lenganku untuk masuk kembali ke dalam lift. Dia cepat-cepat menutup pintu lift. Aku tergaman dengan tindakannya yang tak pernah ku duga.

“Awak kenapa Firdaus? Lepaskan saya lah!”

Jeritku.

Dia cepat-cepat melepaskan pegangannya.

“Sorry, saya tak sengaja, saya cuma nak tolong awak.”

Jawabnya dengan nada cukup bersalah.

“Nak tolong apa pulak ni?”

Soalku kurang mengerti. Aku mula rasa tidak sedap hati apabila melihat Firdaus mula mendekatiku. Aku menjauhinya sedikit demi sedikit.

“Saya tak nak tengok awak sedih. Saya tahu awak suka Ricky kan?”

Soal Firdaus menduga. Aku tersentak.

“Awak ni kenapa Firdaus? Bila masa pulak saya suka Encik Ricky? Jangan nak mengarut!”

Marahku.

Entah kenapa aku benar-benar marah bila mendengar nama Encik Ricky sekarang.

“Awak jangan nak tipu saya lah. Dari pandangan awak, saya tahu awak suka dia kan?”

Soalnya tidak berpuas hati.

“Habis tu kalau saya suka dia, apa kaitannya dengan awak?!”

Soalku dengan suara bergetar. Pandangan Firdaus semakin tajam memandangku. Mamat ni apa hal? Gerun pulak aku tengok.

“Kalau awak suka dia, lebih baik awak lupakan dia!”

Tegasnya.

“Kenapa?”

Aku semakin hairan dengan kata-kata Firdaus.

“Sebab Ricky bukan lelaki yang baik. Untuk pengetahuan awak, Lucy bukan perempuan pertama yang dia pernah tiduri. Ramai lagi perempuan cantik lain yang dia pernah tidur. Jadi, saya tak nak awak masuk perangkap dia jugak!”

Aku terlopong mendengar kenyataan dari Firdaus. Benarkah?

“Tak! Awak tipu!”

Aku menggeleng-geleng kepala tidak percaya. Tak mungkin Encik Ricky macam tu. Walaupun aku baru je menjadi bodyguardnya selama sebulan, tapi aku cukup kenal perangai sebenar Encik Ricky. Aku yakin dia tidak seperti yang Firdaus katakan.

“Sam, saya kenal dia lebih lama dari awak. Saya dah berkawan dengan dia dekat 10 tahun. Saya lebih kenal dia!”

Firdaus cuba meyakinkan aku.

“Ok. Jadi kenapa awak beritahu saya semua ni?”

“Sebab saya tak nak awak terperangkap..”

“Awak jangan risaulah Firdaus, lepas ni saya akan pergi dari sini dan mulai hari ni saya mahu berhenti jadi bodyguard Encik Ricky!”

“Jangan! Jangan berhenti!”

Firdaus mulai cemas.

“Kenapa pulak?”

“Sebab saya tak nak berpisah dengan awak.”

“Maksud awak?”

“Sebab saya suka awak. Dah lama saya sukakan awak dari hari pertama saya jumpa awak.”

Kata Firdaus sambil terus menarik tanganku kedalam genggamannya. Mataku buntang. Benarkah apa aku dengar ni?

“Stop it Firdaus! Jangan nak bergurau macam ni boleh tak?!”

Marahku sambil menarik kasar tanganku dari genggaman tangannya.

“I’m serious. I love you Sam!”

Katanya lagi dan kali ini dia cuba memelukku namun aku lebih pantas menolak kasar tubuhnya hingga terkena dinding lift. Pintu lift terbuka dengan tiba-tiba.

“Don’t touch me! Kalau kau sentuh aku lagi nahas kau!”

Aku memberi amaran keras. Aku terus mengorak langkah keluar dari lift tersebut meninggalkan Firdaus yang tiba-tiba ketawa besar. Aku semakin berang. Gila! Firdaus memang gila! Aku tak sangka Firdaus yang aku sangkakan baik dan berbudi bahasa selama ini boleh berubah perangai menjadi begitu tak senonoh.

Apa yang berlaku sekarang sebenarnya? Kenapa tiba-tiba Firdaus berubah begitu? Macam mana pulak tak ada angin tak ada ribut, tup tup Encik Ricky tiba-tiba mahu melangsungkan perkahwinannya dengan Lucy tanpa pengetahuanku? Arghh malas lah aku nak fikir! Mungkin betul lah apa yang Firdaus cakap, Encik Ricky memang playboy. Dia buat baik dengan aku semata-mata nak rampas mahkotaku. Aku memang bodoh sebab percayakan lelaki seperti itu! Aku bodoh sebab dengan senangnya aku jatuh cinta pada Encik Ricky. Bodoh! Aku memang bodoh! Macam mana aku boleh terjerat dengan perasaan bodoh macam ni??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience