BAB 17

Romance Completed 12236

Rupa-rupanya selama ni, segala kejadian buruk yang menimpa Encik Ricky semuanya gara-gara Firdaus. Segala cerita buruk tentang Encik Ricky dan soal perkahwinannya dengan Lucy hanya bohong semata-mata. Aku betul-betul tak sangka sampai macam tu sekali dendam Firdaus pada Encik Ricky. Sanggup dia mahu bunuh kawan sendiri semata-mata ingin balas dendam. Sungguh nipis iman dia sampai sanggup melakukan perkara terkutuk seperti itu.

Namun, jauh di sudut hatiku berasa sedih kerana kehilangan seorang kawan seperti Firdaus. Dia sebenarnya antara lelaki paling baik pernah aku jumpa tapi kerana dendamnya pada Encik Ricky, kebaikan itu telah tercemar. Inilah akibatnya bila kehebatan akal fikiran kita disalahgunakan untuk tujuan jahat. Aku sungguh kesal dengan apa yang berlaku. Sekarang Firdaus sedang di tahan di dalam lokap di balai polis berdekatan menanti hari perbicaraannya.

“Hai, jauh termenung. Ingatkan aku ke?”

Lamunanku mati apabila Encik Ricky menegurku tiba-tiba. Aku mencebik.

“Tak ada maknanya nak ingatkan Encik Ricky.”

“Dahla tu panggil aku Encik Ricky, panggil Ricky je. Atau abang Ricky..kan lagi manja tu.”

Kata Encik Ricky sambil mengenyitkan mata.

“Iyerrr..Abang Ricky. Uwek! Geli lah!”

“Amboi..manja apa panggil Abang Ricky.”

“Tak nak lah saya panggi macam tu. Tak pernah dalam hidup saya panggil orang abang tau, even abang saya sendiri pun tak panggil macam tu.”

“Tak apalah, biarlah aku jadi yang the 1st orang yang kau panggil abang. Ini termaktub dalam rules 102.”

“Haiiihh..bila masa pulak rules awak ada sampai 102 ni? Pandai je awak nak kelentong saya ek?”

Soalku sambil ketawa.

“Memang ada. Kau je tak tahu. Ada lagi rules 103, kau nak tahu?”

“Nak lah, apa dia?”

“Rules 103 menyatakan Samsiah mesti mengatakan ‘I love you’ setiap 15 minit kepada Encik Ricky Hadi tak kira di mana saja dia berada.”

“What???! Mana aci!”

Aku terkejut beruk mendengar rules yang tak masuk akal tu. Encik Ricky ketawa sakan.

“So, kalau saya tak nak buat, apa lah hukumannya?”

“Owh..hukuman bunyinya teramatlah berat tapi senang untuk ditunaikan especially dengan kau.”

“Yelah, apa lah hukumannya.”

“Hukumannya kau kena kahwin dengan aku dan kena lahirkan aku zuriat seramai 12 orang, 6 lelaki, 6 perempuan. Ok kan?”

Mataku membulat mendengar kata-kata Encik Ricky.

“Gila!!”

Jeritku.

Encik Ricky semakin galak mentertawaku. Wajahku sudah masam mencuka. Namun jauh di sudut hatiku terasa teramat bahagia kini. Huhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience