BAB 10

Romance Completed 12236

Mukaku terasa sebal. Pipiku membahang panas. Aku mula rimas. Aku lihat sekilas Encik Ricky yang duduk di sebelahku. Sedikitpun dia tak memandangku. Semua mata yang ada di situ memandangku dengan pandangan pelik. Tak kurang jugak ada yang ketawa melihatku. Masa aku mula-mula masuk hotel hall ni lagilah, semua orang ketawa. Macam aku buat lawak kat maharaja lawak mega pulak. Arghhh malunya! Encik Ricky memang gila! Ada ke dia suruh aku pakai pakaian gaun pengantin warna putih dengan skirt kembang macam ala-ala cinderella tu. Lepas disuruhnya aku pakai ‘crown’ di kepalaku.

Bukan setakat tu saja, dia suruh make up artist dia mekapkan muka aku setebal yang boleh. Pipiku yang sedia merah semakin merah dengan bedak. Gincu merah tebal membaluti bibirku kini. Sebijik macam pelakon opera! Geramnya! Macam mana aku boleh biarkan je dia hukum aku. Kenapa aku tak angkat kaki je tadi balik rumah! Buang masa je kerja dengan orang gila macam ni! Arghh..menyesal! Sepatutnya awal-awal aku dah berhenti kerja dengan Encik Ricky. Kalau tak, jiwa raga aku tak kan terseksa macam ni.

“Haii, are you Sam?”

Firdaus tiba-tiba datang menegurku .

“Yes.”

Jawabku

“Hey sis, apa mimpi awak pakai macam ni?”

Firdaus ketawa.

“Cantik kan aku dressing dia?”

Encik Ricky menyampuk dengan nada sinis.

“Owh my God. She’s awesome! Cantik sangat.”

Kata Firdaus lagi sambil ketawa. Hai, Firdaus pun satu kepala ke? Kurang asam!

“Tengoklah siapa yang dressing dia…hahaha.”

Encik Ricky ketawa jahat. Aku menjeling tajam kepadanya namun sikit pun dia tidak hiraukan jelinganku sebaliknya terus ketawa. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak cakap apa-apa.

“Tapi, aku pelik jugak. Apa mimpi kau bawak bodyguard kau dinner sekali?”

Soal Firdaus hairan.

“Aku nak dia buat pengakuan pasal kejadian kat Mid Valley hari tu.”

Jawab Encik Ricky sambil memandangku. Aku membuang pandang.

“Owh, tapi tak perlulah suruh dia dressing macam ni…pakai biasa-biasa dah la.”

Firdaus seakan mahu membelaku.

“Ini hukuman dia sebab buat aku malu!”

Tegas Encik Ricky.

“Tapi…”

“Dijemput Ricky Hadi dan Cik Samsiah untuk tampil ke hadapan untuk membuatkan satu pengakuan yang bakal menggemparkan kita semua!”

Kata-kata Firdaus terhenti apabila tiba-tiba pengacara majlis menjemput kami ke pentas. Jantungku mula berdegup kencang. Ya Allah, apa aku nak buat ni! Apa aku nak cakap? Tubuhku mula seram sejuk. Ohh tidak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience