Chapter 3 - Zayra is Dead?

Fantasy Completed 35006

"Permainan untuk Level Two akan mengambil masa lima hari untuk kita kutip mata skor sebab itu kita bawa bekalan. Dalam masa lima hari apa-apa boleh terjadi. Kita kena selalu berjaga-jaga." Pesan Fir. Hari ini aku tidak semangat untuk bermain dengan permainan ini. Hati aku kosong. Apabila lihat muka Adam aku rasa sedih. Hati aku sayu. Memang aku ni lembik.

Kami berjalan... berjalan dan terus berjalan di dalam hutan yang dikelilingi pokok kehijauan dan ada akar yang hidup. Haiwan liar seperti ular, kucing dan lain-lain juga ada, kami terpaksa berjalan perlahan-lahan dan kadangkala menyorok supaya haiwan tersebut tidak mengejar kami.

Kami masuk ke dalam sebuah gua yang agak kecil tersorok di belakang batang pokok yang besar dan tinggi. Aku duduk untuk menghilangkan penat.

"Apa kau ni Zayra? Main langgar-langgar aku. Tak nampak ke?” Aku tak sengaja terlanggar badan Adam kerana gua ini agak sempit. Kelihatan badan Adam sedang terbakar membara. Aku terkejut.

"Adam kau gila ke? Kau nak bunuh Zayra ke? Dah la. Bentang kain dah nak senja ni. Kita rehat, esok subuh kita bergerak semula.” Aku mengambil tempat yang jauh sedikit daripada mereka tetapi Zumar mengikut sahaja mana aku bentangkan kain untuk dibuat alas tidur nanti. Aku memandang Zumar. Zumar senyum melihatku.

Fir dan Zac memasang unggun api kecil untuk memanaskan sedikit kerana di luar agak sejuk. Sedang semuanya berehat, aku terdengar bunyi.... "ssssttt" aku sangkakan ular. Aku bangun lalu aku mahu pergi ke arah mereka yang sedang berehat dikeliling unggun api.

"Kenapa Zayra?" Tanya Aryyan.

"Aku terdengar bunyi bising dekat luar." Mereka pun dengar.

"Standby with your sword." Bisik Fir kepada kami. Unggun api dipadamkan. Tiba-tiba aku ternampak ada satu anak panah berwarna hitam sedang terbang dekat ke arah Adam. Aku cepat pergi ke arah dan menjerit.... “Glows By My Heart And Protect Adam From The Black Arrow.”

"Adam... elak!!" aku menghalang anak panah tersebut daripada terkena tubuh Adam sebaliknya aku yang kena, aku terus terkulai. Pandanganku gelap....

"Zayra!! Tu anak panah beracun." Zumar terus mencabut anak panah tersebut daripada belakang Zayra. Adam tergamam. Terkaku. Dia tak sangka Zayra menyelamatkan nyawa dia daripada anak panah beracun itu.

"Racun tu dah masuk ke dalam badan dia. Dia boleh mati!" Semua cemas. Fir menyuntik ubat pada pergelangan tangan Zayra tapi gagal. Ubat tersebut tiada memberi apa-apa perubahan terhadap Zayra. Urat tangan Zayra sudah hitam-kehitaman. Racun itu sudah menguasai badannya.

"Puas hati kau Adam? Puas tak?!!" Tengking Zumar. Adam terdiam. Diam seribu bahasa. Dia sangat terkejut.

"Asal kau diam?! Kau sukakan. Kau selalu kutuk dia. Kau puas hatilah sekarang.” Adam mengalir?an air matanya.

"Mar sabar." Zac memeluk Mar supaya dia bertenang. Muka Zayra sudah pucat lesi. Naurra dan Aira menangis. Aryyan meletakkan kepala Zayra di atas ribanya.

"Badan Zayra tak sejuk. Masih panas seperti suhu biasa. Mungkin dia masih hidup cuma racun membuatkan dia lemah." Kata Aryyan. Zumar setia duduk di tepi Zayra.

"Biar aku cu...cuba panaskan sikit badannya." Kata Adam yang mahu memegang tapak kaki Zayra terus ditepis oleh Zumar.

"Tak payah! Kau jangan nak sentuh-sentuh dia. Sebab kau dia jadi macam ni." Marah Zumar masih tidak reda lagi.

5 minit. 10 minit.... kemudian. Aku tersedar dengan sendirinya. Aku sangat terkejut. Ahli kumpulanku semua memandangku dengan cemas....

"Kenapa korang pandang aku macam aku buat salah besar?" Tiba-tiba aku teringat tentang anak panah hitam tadi terus aku memandang ke arah Adam.

"Zayra.... macam mana kau boleh sedar sendiri? Ramai yang dah kena anak panah beracun ni mereka terus mati sebab racun ini terlalu kuat." Tanya Fir.

“Aku tak tahu, aku rasa badan aku tak ada kena apa-apa. Kenapa aku pengsan?” Aryyan melihat belakang badanku.

"Luka yang dia terkena dekat belakang ni dah tak ada. Bersih, sikit parut pun tak ada." Kata Aryyan. Mereka terkejut.

"Ye ke? Aku ada luka dekat belakang ni?" Aryyan mengangguk.

“Zayra, kuasa kau bukan setakat itu je. Kau ada kuasa menyembuhkan. Kata Zumar. Aku memandang terkejut ke arah Zumar.

"Kau boleh pulih cedera kau dengan sendirinya. Dan mungkin kau juga boleh pulihkan cedera orang lain." Aku tergamam.

“Wah, best Zayra ada kuasa menyembuh.” Sorak Aryyan, Naurra dan Aira.

“Lega awak selamat Zayra!" Zumar yang dari tadi keadaan marah terus menjadi gembira apabila Zayra masih hidup dan memperolehi kuasa. Adam masih berdiam diri sahaja. Dia sangat rasa bersalah kepada Zayra.

"Kita berehat. Sekejap lagi kita akan bergerak. Makan untuk tambahkan tenaga." Masing-masing pergi ke beg untuk mengeluarkan bekalan makanan.

- - - - - - -

Kami menyambung perjalanan kami. Hari ini sudah hari kedua kami berjalan. Aku tak nampak satu kumpulan pun yang lain. Seperti kami sahaja ada di dalam permainan kali ini.

30 minit kemudian, kami sudah terkeluar dari hutan dan kami tiba di persisiran pantai gergasi. Fir mengarahkan kami untuk sentiasa dalam kumpulan.

Tiba--tiba.........

"Ombak gergasi datang! Pegang tangan kuat-kuat! kalau terlepas kita terpisah!" Jerit Fir. Angin tiup dengan begitu kencang..... kami membuat bentuk bulatan dan berpegangan tangan. Dan aku menyebut, “Glows By My Heart And Please Save Us.”

Kami ditolak kuat oleh gergasi ombak tu dan tiba-tiba ombak besar tu surut dan kami berhenti di tengah-tengah yang dikelilingi bangunan mewah. Kuasa aku membuatkan kami masih bersama. Semasa kami ditolak ombak gergasi, kuasa imginasiku melindungi kami semua.

"Kuasa kau lagi up lah Zayra!" Kata Aryyan. Aku tersenyum. Aku lihat Adam sepanjang perjalanan ni dia diam sahaja. Aku selalu perhati dia pandang aku je bila aku pandang dia, dia pandang tempat lain.

"Adam... kau okey? Nak ni?" Aku memberinya gula-gula getah. Teragak-agak Adam mengambilnya.

"Te...terima kasih Zayra. Um.. Zayra... aku..." aku memandangnya sambil tersenyum.

"Tak apa. Aku tak ambil hati. Kitakan satu grup. So geng lah kan." Adam senyum kepadaku. Akhirnya aku dapat berbaik dengan Adam.

"Terima kasih selamatkan aku." Aku angguk.

"Korang! Aku jumpa ni dekat sana tu...." Naurra dan Aira memberi sebuah kotak kepada Fir. Dan... tiba-tiba ada cecair berwarna hitam mengalir deras membanjiri bandar ini. Kami terus berlari masuk ke dalam bangunan dan pergi ke aras yang lebih tinggi.

"Zayra!!" Zumar menjerit kerana kaki kirinya terkena cecair hitam. Kakinya melecur.

"Mar!" Aku terus mendapatkannya.

"Cecair tu dah surut ke bawah." Kata Zac.

"Sakitnya..." Zumar memegang kuat tanganku. Kasihan dia mengigil-gigil menahan sakit...

Fir menolong merawat luka Zumar menggunakan kit keselamatan yang dibawa siap dari dorm.

"Kita stay sini buat sementara. Bagi Zumar rehat." Kami akur dengan arahan Fir.

Aku duduk disebelah Zumar yang sedang berehat,

"Mar... nak minum?" Zumar memandang aku lalu mengangguk. Aku memberi dia minum seteguk air lalu aku menyuruhnya tidur.

"Fir, perlu ke kita bukak kotak ni?" Fir mengangguk.

"Kotak ni boleh beri kita klu barang yang perlu kita dapat." Fir membuka kotak tersebut lalu terkeluar pancaran cahaya biru dan kami lihat satu gambaran menunjukkan barang yang perlu kami dapatkan untuk kami terus kekal untuk permainan seterusnya.

"Tak jauh dari sini! Dalam 2 kilometer. Esok pagi kita gerak. Sekarang kumpul tenaga dan rehat secukupnya. Kita hanya ada 2 hari lagi untuk kita balik." Semuanya mengambil tempat untuk tidur.

Malam itu, aku tidak boleh tidur kerana aku melihat Zumar mengigil-gigil kesejukan dan menahan sakitnya. Aku pergi mendapatkan dia. Aku menyentuh dahinya. Panas. Dia demam. Aku mengejutkan dia lalu memberinya minum air dan sedikit ubat tahan sakit. Aku cuba meletakkan tanganku pada kakinya lalu memejamkan mataku. Aku mahu kakinya sembuh tapi kenapa tidak menjadi? Adakah kuasa aku untuk menyembuhkan kecederaan aku je? Mustahil. Aku mesti tolong Zumar. Aku menyelimutkan Zumar supaya dia tak kesejukkan. Aku berbisik pada diriku... "Zayra minta maaf sebab tak dapat nak sembuhkan kaki Zumar..." Aku baring semula ditempatku. Aku cuba memejamkan mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience