Prolog Four - Aira's Story

Fantasy Completed 35006

"Ayah... Aira bawakan ayah makanan. Ayah makan ya." Aira menyuap ayahnya yang terlantar sakit di atas katil. Ayahnya menghidapi sakit strok sebelah badan. Uminya sudah dua tahun meninggalkan ayah dan dia sejak ayahnya jatuh sakit. Dengar khabar uminya sudah berkahwin lain dan bakal melahirkan bayi baru. Aira sangat merindui uminya. Uminya sudah tidak lagi menjenguk dia. Hiba hatinya.

"Aira... mana makanan? Pakcik lapar lah." Setelah selesai Aira menyuap ayahnya, pak ciknya, Khairi memanggilnya dan bertanyakan tentang makanan.

"Ada pak cik. Sekejap ya Aira ambilkan." Sepantas kilat Aira mengambil sepinggan nasi goreng bersama ayam goreng lalu diletakkan atas meja kemudian dia menuangkan air teh ke dalam gelas.

"Pak cik... makanan sudah Aira sediakan." Pak cik mengangguk sambil tergelak.

"Wah wah, lajunya dia macam tornado. Terima kasih.." pak cik Aira seorang petani. Setiap pagi tepat jam 7 pagi dia akan bergerak pergi ke sawah dan kemudian ke ladang. Pak cik Aira membuat pelbagai pekerjaan. Aira pula bersekolah sehingga tingkatan 3 sahaja. Kemudian dia, tidak bersekolah lagi kerana tidak mencukupi wang. Dia berfikir untuk mencari pekerjaan tetapi dihalang oleh pakcik. Kata pak ciknya dia masih boleh menyara anak saudaranya, Aira dan adiknya, Harrid.

"Ayah kamu tidur ke?" Aira melihat pak cik makan. Berselera sungguh.

"Mungkin pak cik. Aira baru sahaja suap ayah makan dan memberinya ubat. Tadi ayah dah boleh gerakkan tangannya. Aira gembira sangat. Ayah akan sembuh tak lama lagi." Pak cik Aira tersenyum.

"Baguslah macam tu. Tadi pak cik pergi tengok-tengok rumah. Dan pak cik berkenan dengan rumah itu. Jenisnya teres dan harganya RM5000. Tuan rumah itu namanya Encik Faridh, dia baik dan dia menyuruh pak cik bayar dengan hanya RM5000, harga asalnya RM11000." Aira ternganga. Mahalnya harga asal rumah itu.

"Ye ke pak cik? Bila kita mahu pindah?" Pak cik Aira meneguk beberapa kali air teh yang dituang oleh Aira tadi.

"Lusa kita pindah. Rumah itu semua sudah lengkap dengan pelbagai perabot. Tak usah beli. Bilik pun ada 4. Bilik air 2. Cukuplah untuk kita bertiga." Aira mengangguk.

- - - - - - -

Seminggu kemudian,,

"Aira, pak cik mahu ke pekan sekejap. Kamu ada apa-apa pesanan?" Aira memberi senarai barang untuk dibeli di pekan nanti.

"Okey baiklah. Pakcik pergi dulu. Kunci rumah ni ya." Setelah pak cik beredar bersama motorsikalnya. Aira menolak kerusi roda ayahnya untuk menonton televisyen bersama-sama.

"A...Aira... a...yah... nak... makan... la..par.." Aira mengangguk lalu ke dapur mengambil semangkuk bubur daging yang dimasak tadi. Laju betul Aira.

"Hari ni menu ayah, bubur daging. Aira buat khas untuk ayah. Heehee... ayah makan ya." Pak Harrid makan dengan begitu tekun sekali. Dia suka apabila anaknya sendiri menyuapnya makanan.

Dulu, sewaktu Aira masih kecil, Pak Harrid sangat menyayanginya bagaikan menatang minyak yang penuh. Dia berjaya mendidik Aira menjadi anak yang baik dan menghormati orang tua.

"Ayah... sebenarnya Aira rindu umi. Umi dah dua tahun tak jumpa Aira. Apa salah Aira, ayah?" Pak Harrid menunduk.

"Kenapa umi begitu ayah... ayah baik sahaja dengan umi. Sejak ayah sakit, umi asyik marah-marah ayah sahaja. Aira kadangkala sedih melihat umi. Sekarang umi sudah berkahwin lain dan bakal ada bayi baru. Umi sudah lupakan Aira dan bahagia bersama keluarga baru." Aira menangis. Pak Harrid mengusap tangan Aira kemudian mengesat air mata Aira yang berjuraian.

"A...ayah ada... Aira ada... ayah... ayah... sayang Aira.. Aira jangan... sedih... nanti... ayah pun...sedih..." aira senyum memandang ayahnya.

"Maaf ayah. Aira teremosional pula tadi. Aira janji aira tak sedih-sedih lagi yeh. Sayang ayah. Ayah Aira yang terbaik di dunia. Terima kasih ayah." Aira memeluk ayahnya erat kemudian dia menyambung menyuap ayahnya bubur daging tadi.

- - - - - -

Malam itu, Aira memasak telur masak kicap bersama sayur kangkung ikan masin. Air pula, air milo ais. Pak cik dan ayahnya sedang menonton berita di kaca televisyen.

"Pak cik, Ayah marilah makan malam. Aira sudah sediakan." Aku memanggil pak cik dan ayah untuk bermakan malam bersama.

"Amboi... sedapnya bau... terliur pak cik. Tak sabar ni." Aira tersenyum.

Setelah selesai makan malam, pak cik mengajak Aira berbincang sedikit di ruang tamu. Hati Aira berdebar-debar, tiba-tiba sahaja pak cik mahu berbincang.

"Pak cik dah daftar kamu ke akademi ini. Pak cik dan ayah kamu dah bersetuju. Kami nak Aira berjaya. Baca ni nak." Aira menyambut huluran kertas daripada tangan pak ciknya.

"Maze Academy. Jauhnya pak cik. Aira tak biasa jauh-jauh macam ni. Aira tak biasa nak berpisah dengan ayah." Kata Aira dengan suaranya sedikit bergetar menahan sebak.

"Kamu kena berdikari Aira. Kamu sudah 17 tahun. Ayah dan pak cik akan menjenguk Aira sekali sekala tak usah Aira risau. Aira masuk ya. Yuran masuknya pun tidak perlu bayar. Mereka memerlukan keistimewaan seseorang sahaja. Elaun bulanan juga diberi. Jadi Aira masuk sahaja dengan tanpa bayaran.” kata pak cik.

"Ayah.... Nanti Aira rindukan ayah..." Aira menangis.

"Aira... anak ayah.... kamu... masuk ya... ayah sentiasa... ada dengan... Aira." Aira diam. Aira mengangguk perlahan.

"Kamu akan masuk lagi 2 minggu dari sekarang. Nanti pak cik tolong kamu belikan sedikit barang keperluan. Kamu jangan risau. Dan ini, telefon bimbit pak cik belikan untuk kamu. Simpan dan jaga elok-elok. Mahal juga pak cik beli ni." Aira terkejut apabila pak ciknya menghulur kotak handphone kepadanya.

Aira masuk ke dalam biliknya. Malam ketika itu masih lagi muda. Aira duduk di atas katilnya sambil bermain-main dengan tapak tangannya. Kemudian dia memetik jari kanannya, Aira sedikit menjerit kerana ada tornado sedang berpusing laju di atas tapak tangannya lalu Aira mengosok-gosok telapak tangannya. Tornado tadi hilang. “Apa tadi tu. Argh… imginasi aku ni kuat sangat. Merepek je. Mungkin tadi khayalan sahaja.”

Hidupnya bakal berubah tak lama lagi. Aira berasa gementar dengan dunia barunya. Ada ke orang yang sudi berkawan dengannya? Macam mana dekat sana? Hm....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience