Last Chapter - Peaceful

Fantasy Completed 35006

Aku tersedar apabila terdengar bunyi kipas helikopter yang berpusing kuat. Aku membuka perlahan kelopak mataku. Aryyan dan Fir duduk disisiku. Aku bangun perlahan-lahan, tiada rasa sakit langsung pada luka-lukaku. "Zayra...." aku seperti kenal suara itu. Sangat kenal. Aku memandang wajah yang memanggil namaku. Zumar.

"Zumar..." Mataku berkaca apabila melihat wajahnya.

"Maafkan Mar. Maafkan Mar." Terkejut aku apabila Zumar memelukku erat.

"Kau tak layak dimaafkan..." Marah Aryyan. Aku hanya diam sahaja. Aku terdengar tangisan Zumar.

"Aku sayangkan kau..." Perlahan sahaja suara Zumar mengungkapkan kata sayang itu. Aryyan membalas.

"Kalau sayang, time tu juga kau pilih dia dan bukan krystal tu." Aryyan mendengus. Aryyan menarik aku menyuruh duduk disebelahnya.

"Kita dah sampai. Turun." Suruh Faqil.

Kami balik semula ke Maze Academy. Ramai polis sedang menjalankan tugas di hadapan akademi. Lady Dayana ditangkap, begitu juga dengan konco-konconya. "Ini Zayra Mawar ke?" Tanya salah seorang polis itu kepadaku. Aku mengangguk.

"Saya Inspektor Daffar, sila ikut saya bersama dengan rakan-rakan kamu..." Aku angguk perlahan.

- - - - - - - -

Di balai polis

Sampai sahaja di hadapan bangunan Balai Polis. Kelihatan Ibu dan kakak-kakakku berada disitu. Aku berlari mendapatkan mereka. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. "Ibu!!! Kakak!" Aku memeluk mereka.

"Anak ibu... maafkan ibu. Ibu tak tahu akademik itu sebenarnya pengasasnya orang jahat." Ibu mengusap kepalaku. "Haira...." Ibu terkejut apabila seseorang memanggilnya.

"Zayyan? Kenapa kau datang sini? Sudah sudahlah kau buat aku derita." Marah ibu kepada lelaki yang bernama Zayyan tu.

"Berilah aku peluang. Aku dah insaf. Aku berada dalam penjara ni banyak pengajaran yang aku dapat. Tolong Haira. Maafkan aku." Rayu Zayyan. Ibu diam sahaja.

"Ini Zayra ke?" Aku angguk perlahan. Zayyan terus memelukku. Tergamam aku.

"Maafkan ayah, nak." Zupp... ayah? Ni ayah aku? Tak sangka aku dapat jumpa dengan ayah.

"Zayda,Zayna,Zayfa... maafkan ayah nak." Kakak-kakak juga diam sahaja apabila dipeluk oleh Ayah.

"Saya cuba beri peluang pada awak." Sekian lama ibu diam, ibu berkata pada ayah.

"Terima kasih Haira. Terima kasih sayang..." Ayah memeluk kami berempat.

"Zayra..." Aku memandang kearah suara yang memanggilku.

"Ya Mar..." Zumar mendekatiku. "Kau masih marah ke?" Aku senyum.

"Siapa cakap Rara marah pada Marmar?" Zumar memandang mukaku.

"Betul? Mar minta maaf. Sayang Zayra." Aku senyum simpul. "Amboi... ada orang dah maafkan. Bukan main senyum simpul." Aku memandang ke arah Aryyan. Aku ketawa.

"Zayra, ni parents aku." Aku bersalam dengan ibubapa Aryyan.

- - - - - -

Aku balik ke rumah. Dah lama aku tak balik ke rumah. Rindu sangat. Kali ni ayah juga balik ke rumah. Kata ayah makan malam nanti dia mahu belanja makan. Seronok sangat bila ibu dan ayah dah berbaik.

Tring...

"Helloo..." aku menjawab panggilan telefon. "Ni aku Aryyan. Hehehe. Aku baru je sampai rumah. Esok kita lepak reramai jom dekat rumah aku." Aku tersenyum. "Okey set. Nanti mesejlah detailnya." Aku mematikan talian.

- - - - - - - -

Malam itu, ayah bawa kami ke restoran berdekatan dengan rumah kami. Aku memesan nasi goreng pattaya bersama air milo ais. "Zayra, sedap makanan kamu?" tanya ayah. Aku angguk lalu tersenyum. "Terima kasih, ayah.." Ayah mengangguk.

Selesai makan malam bersama, ayah ajak pulang ke rumah. Dalam perjalanan untuk pergi ke kereta, ada sekumpulan lelaki gengster mendekati ayah. "Woah.. Acai sudah keluar dari penjara. Kenapa lu tak datang jumpa bos? 7 tahun lu meringkuk dalam itu penjara ahh... lu tahu hutang lu sudah banyak oohh... bila mau bayar?" Ibu dan kakak-kakak menarik aku kebelakang. Ayah memandang kami menyuruh kami pergi dari sini.

"Ini isteri lu ah? Anak-anak lu semuanya perempuan ah? Banyak kasihan... tapi isteri lu mantap. Boleh kasi jual RM80k. Lu tak mau? Boleh langsai lu punya hutang." Aku tergamam.

"Long, gua bayar nantilah. Gua baru keluar. Mana ada duit. Kerja pun tak ada. Bagilah gua sebulan dua nak langsaikan hutang gua." Kata ayah. "Lu kata sebulan dua, lu pastikah? hutang lu rm3juta." terkejut ayah.

"tapi aku pinjam rm10k. kenapa sampai rm3juta?" Suara ayah dalam ketakutan. "Bunga maa..." jawab ah long cina tu.

'Kalau lu tak mau bayar sekarang. Wa ambik lu punya isteri dengan anak-anak kasi jual." anak-anak buah ahlong itu sudah mendekati aku, ibu dan kakak-kakak. Aku menghalang.

"Jangan long. Tolong gua merayu. Jangan apa-apakan mereka, mereka tak ada kena mengena." rayu Ayah.

"Ayah!" Kakak Zayda menjerit memanggil ayah. Anak buah AhLong itu sudah menarik kakak masuk ke dalam van mereka. "Jangan usik kakak aku!" Aku sangat marah dan kuasa aku bertindak dengan laju. Aku mengeluarkan kuasa cahaya aku lalu membaling kepada anak-anak buah AhLong itu. Mereka tercampak, terjelepok di atas tanah. Badan aku dikuasai cahaya yang sangat terang. AhLong itu lari lintang-pukang begitu juga dengan anak buahnya.

"Ibu.. ayah.. kakak... jangan takut. Ni Zayra." Ibu memeluk aku dengan erat.

"Ma...macam mana kamu boleh buat begitu?" tanya Ayah.

"Zayra dapat masa masuk akademi tu." Ayah diam.

Keesokannya...

Aku sampai di hadapan rumah Aryyan dengan memandu kereta. "Aryyan... aku dah sampai..." Malam itu aku mengenakan baju t-shirt lengan panjang bersama vest jeans hitam dan seluar jeans. "Haa... jumpa pun rumah aku. Ingatkan tak jumpa langsung. Kau lambat Zayra..." Aku tersengih.

"Sorry lah. Aku first time bawa kereta. So terhegeh-hegeh sikit nak bawa. Maaflah lambat. Semua dah sampai?" Aryyan angguk. Kelihatan Zumar sedang duduk bersama Adam di atas sofa. Ah, dah tiga hari tak berjumpa.

"Sorry korang lambat." Zumar memandangku lalu tersenyum. Aku membalas senyumannya.

"Jom makan! Aku masak istimewa untuk korang." Kami tergelak. "Apahal gelak? sepak kang." Marah Aryyan. "Tak percaya aku kau masak..." Gelak Adam. Aryyan mencubit Adam sekuat hatinya. Adam mengaduh.

"Sedapnya... pandai kau masak Ary." Pujiku. Aryyan tersenyum bangga.

Selesai kami makan, tiba-tiba elektrik di rumah Aryyan terpadam. Adam mengeluarkan kuasanya iaitu Api supaya kami nampak.

"Ha ha ha! tak semudah itu korang boleh hapuskan aku." Kata Dayana sambil ketawa. "Macam mana kau boleh terlepas? Bukan kau ditangkap." Tanya aku. "Polis semua tu lembik macam korang juga. Lagi-lagi ada krystal ni. Memang kuasa aku bertambah kuat." Beritahu Dayana sambil menunjukkan krsytal yang sedang bercahaya terang. Macam mana dia boleh dapat krsytal tu sedangkan..... krsytal tu dah hilang bersama Derose.

"Aku nak bunuh siapa yang khianat kakak aku dulu. Kemudian baru yang lain." Sekali lagi Dayana ketawa jahat.

"Zayra, maafkan aku ya. Terpaksalah aku bunuh dia." Zumar diangkat ke udara dan Zumar tidak dapat bernafas kerana dia dicekik oleh kuasa Derose. Kami pula kaki tidak boleh bergerak.

"Mar!" Jerit aku melihat Zumar meronta-ronta. "Kasihan dia. Oh my love, selamatkanlah aku." Derose geli hati.

Aku memejamkan mataku...
"Glows By My Heart, Please Protect My Friends From Dayana."
Kuasaku mengangkatku ke udara dengan sinaran cahaya yang sangat terang. Seluruh badanku bercahaya. Aku melemparkan kuasaku pada Dayana. Dayana ketawa.

"Tu sahaja kau mampu buat?" Aku memejamkan mataku sekali lagi. "Glows Glows, Bring My Powerful Power To Defend Derose."

Derose tercampak manakala Krystal itu terjatuh berguling di tepi Aryyan. Aryyan mengeluarkan kuasa cahayanya lalu memecahkan krsytal itu. Serpihan-serpihan pecahan krystal itu pergi ke arah aku, Aryyan, Naurra, Aira, Fir, Adam, Zumar dan Zac.

"Kita akan dapat kuasa baru." Kata Fir.

"Oh tidakkk!!!" Jerit Derose. Seluruh badannya menjadi debu. Derose mati dan debunya berterbangan ditiup angin.

Aku terduduk kerana kepenatan mengeluarkan kuasa yang besar. Aku memegang belakang tengkukku, ada parut. Serpihan kaca krystal itu sudah masuk ke dalam badan kami. Aku terus mendapatkan Zumar lalu memangkunya.

"Mar..." aku memegang wajahnya. "Glows By My Heart. Please Heal Zumar."

Aku membuka perlahan kelopak mataku. Titisan air mataku jatuh pada wajah Zumar lalu air mata itu bercahaya.

"Rara..." aku tergelak lalu mengesat air mataku.

"Jangan tinggalkan Rara." Aku memeluk Zumar. Zumar tersenyum membalas pelukkanku.

Kami ketawa. Dan kami bangga dapat mengalahkan Dayana yang kejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience