Chapter 5 - New Hard Challenge

Fantasy Completed 35006

Sejam kemudian, kapal terbang persendirian Lady Dayana selamat mendarat di airport. Kami juga selamat sampai dan kemudian kami menaiki bas untuk ke Maze Academic.

10 minit kemudian, kami sampai di Maze Academy. Besar. Sangat besar bangunannya. Seperti bangunan shopping compleks di Mid Valley. Kami masuk ke dalam dan lihat... Pummm! Seperti rumah Agam. Memang begitu canggih.

"Z3 group are attend. I'm Fera Alled, Assistant President Derose Hermoine. Please follow me." Arah Fera. Kami membuntuti Fera sehingga ke bilik President Derose Hermoine.

"Oh! Welcome my Z3. Come and sit here. I will love to talk to all of you." Kami duduk berhadapan dengan President Derose.

"As you know, I'm President Derose Hermoine. The All Leader Of Maze Academy. I'm half Britain and half Malaysian. I was grow up here with my dad so I can't speak malay correctly. So please forgive me." Pembuka bicara President Derose dengan bahasa Inggerisnya yang sangat pekat.

"Okay. Since I know you eight in the group always cooperate each other. I choose you all to be part of the real Maze Academy. Tomorrow it will begin. So be ready." Hah? Apa yang nak berlaku? Apa yang nak bersedianya? Apa akan jadi esok? Hmm... banyak betul persoalan aku. Aku memandang ke arah Fir. Fir hanya diam sahaja. Mungkin gementar juga seperti aku.

"You will be seperated. Boys will be stay at 012 and Girls at 013. You all may go. Thank you" kami bergerak keluar dari bilik President Derose. Fera menunjukkan bilik kepada kami berempat.

Bilik disini memang besar. Siap ada televisyen yang besar. 3D lagi. Laptop seorang satu. Bilik air seorang satu. Katil dan almari seorang satu. Memang semuanya lebih lengkap.

"Aku nak mandi. Berpeluh. Berminyak." Kata Naurra. Aryyan juga turut mahu membersihkan tubuhnya. Aku rebah di atas katil sambil memejamkan mata lama. Kemudian perlahan aku membuka kelopak mataku lalu memandang sekeliling bilik.

"Besar juga bilik ni kan, Zayra." Kata Aira. Aku mengangguk perlahan. Aku bangun lalu pergi menekan suis butang "On" laptop.

- - - - - - -

"Sedapnya sarapan pagi ni!" Kata Aryyan. Zac yang duduk di sebelahnya tersenyum angguk.

Pagi itu kami bangun seawal jam 5 pagi untuk mempersiapkan diri. Tepat jam 6.30 pagi kami turun untuk bersarapan. Lagi 15 minit upacara pemilihan akan bermula. Aku pun tak tahu apa yang akan dipilih? Tak faham... hm....

Ding....

"Good morning my dear girls and boys. Today, is the big day for me. I will choose four groups to survive out there with the others. Let me roll up." President Derose mengambil empat keping kertas yang ada di dalam balang besar.

"Group A7. Group X2. Group L6 and Group Z3. Congratulations. It will begin tomorrow. Thank you for your attendents." President Derose turun dari pentas dan kemudian kami bersurai. Pagi itu kami berlatih memanah, kemudian berlatih menggunakan kuasa dengan handal dan akhir sekali berlatih menggunakan pedang. Memang sangat memenatkan. Lagi-lagi kena berlatih dengan Senior-senior yang sangatlah berlagak lagi bengis. Haish.. spoil betul.

- - - - - - -

"Ahhhh... mengantuknya...." Aku baring di atas katil. Sangat mengantuk. Aku memegang handphone lalu cuba menelefon ibu.

"Hello. Zayra sayang?" Akhirnya ibu menjawab panggilanku.

"Ibu!! Zayra rindu ibu. Ibu sihat? Kakak-kakak sihat?" Kata aku dengan teruja.

"Zayra... ibu dan kakak-kakak semua sihat. Zayra macam mana dekat sana? Baik-baik sahaja? Hari tu ibu ada datang ke sana tapi pengawal tak bagi ibu masuk katanya memang dilarang. Ibu rindu sangat dengan anak ibu. Rajinlah telefon ibu ya sayang." Dalam diam aku menangis mendengar rayuan ibu. Ibu pernah datang? Tak pernah aku tahu. Sedihnya. Andai aku tahu ibu datang mesti aku ikut ibu balik ke rumah. Tapi sekarang aku sudah tiada di sana. Aku di tempat jauh. Jauh sangat dari rumah. Perlukah aku beritahu ibu....

"Zayra sihat bu. Ramai kawan. Huhu. Ibu tolong jaga diri ya. Zayra tersangat rindu dekat ibu. Ibu sayang.... ibu..." aku mengesat air mataku. Aku mengawal suara aku supaya ibu tidak perasan yang aku menangis.

"Ibu... maafkan Zayra. Zayra kena pergi sekarang. Nanti Zayra call ibu ya. Zayra kena sorok-sorok handphone Zayra. Takut kena rampas." Beritahu aku.

"Baiklah sayang. Okey, baik-baik ya. Sayang anak ibu." Talian dimatikan. Aku menangis sepuas-puas hatiku. Aira perasan aku menangis.

"Zayra.. kenapa menangis ni?" Aku diam. Sebak hatiku bila dengar suara ibu.

"Aku telefon ibu. Ibu angkat panggilan aku. Aku rindu dia. Aku dengar suara dia buat hatiku sebak." Aira duduk disebelahku lalu aku memeluknya.

- - - - - - -

Keesokannya, kami bergerak dengan menaiki keretapi mewah serba serbi lengkap dengan keperluan. Kami akan sampai destinasi dalam masa 7 jam. Jauh juga tempatnya daripada akademik. Aku duduk disebelah Zumar. Zumar sedang membaca komik memandang aku sambil tersenyum.

"Baiklah. Saya Miss Charlotte. Saya mahu kamu semua berkenalan dengan grup-grup yang lain. Sila pergi ke bilik sebelah sana." aku dan ahli kumpulanku yang lain pergi ke bilik tersebut lalu duduk di atas sofa.

Semua diam. Tak ada siapa yang mahu mulakan perbicaraan ataupun perkenalan. Semuanya kelihatan sombong je. Tiba-tiba seorang lelaki berdehem...

"Hai. Aku Aiden Ford. Ketua Grup X2. Ni Dian, Fifi, Hana, Leia, Zuff, Akip dan Dazz. Selamat berkenalan." Perkenal Aiden pada kami semua. Kemudian, Fir bangun memperkenalkan kami berlapan.

"Hai selamat berkenalan kepada semua. Saya ketua grup Z3, nama saya Firash, ni Adam, Zac, Zumar, Zayra, Aryyan, Naurra dan Aira." Fir kemudian duduk semula. Aiden berjabat tangan dengan Fir.

"Hyep. Aku ketua grup L6. Faqil. Ni member aku Opie, Jai, Shah, Kyla, Nana, Erin dan Zalwa. Harap yang lain dapat jadi member kitaorang jugak." Faqil senyum sambil memandang ke arah aku. Tertunduk aku. Malu orang tak kenal sangat pandang. Hehe.

"Aku ketua grup A7. Aku Kyle. Ni Zee, Dico, Cop, Sasha, Firra, Khayla dan Rina." Muka Kyle agak bengis orangnya. Tak seperti ketua yang lain.

Keretapi masih bergerak dengan laju. Sekarang kami sedang menjamu selera bersama-sama. Aku, Aryyan, Naurra dan Aira berborak-borak dengan kumpulan yang lain. Perempuan.

"Sedaplah nama awak Zayra. Orangnya pun cantik. Dah ada boyfie ke?" Tanya Leia dari grup X2. Leia memang seorang yang peramah.

"Haha... tak adalah. Tak ada boyfie pun. By the way, thanks." Aku tergelak.

"Eh, awak ada boyfie laa.. tu nama dia apa tadi? Zumar?" Apabila Leia menyebut nama Zumar, Zumar memandang kami. Alamak aihh malunya. Kalau dia dengar.

"Ya? Kenapa panggil?" Tanya Zumar lalu duduk di sebelahku.

"Tak adalah. Awak ni sesuai jadi boyfie Zayra." Dup! Ah sudah... aku terkedu. Lidah tak boleh nak berfungsi. Zumar tergelak.

"Yeke? Zayra ni jual mahal sikit. Saya nak jadi boyfie tapi dia reject saya." Pang! Kali ni rasanya jantung nak tercabut. Bila masa aku reject, ish Zumar ni. Aku menjeling Zumar. Zumar terus tergelak. Begitu juga dengan Leia.

"Jahatlah korang dua ni, menyakat." Leia mengusap-usap belakangku. Konon nak pujuklah tu. Ceh!

"Attention please! Please come in to the hall. We have an information to tell about the game tomorrow." Miss Charlotte memberi pengumuman lalu kami semua masuk ke dalam dewan. Ada lagi 4 jam untuk kami sampai.

"Nah, sorrylah ya. Tadi Zumar gurau je. Jangan marah, sayang." Er, sayang? Aku pandang sahaja coklat yang Zumar mahu beri padaku.

"Alaa ambillah puteri Zayra." Aku nak tergelak tetapi ditahan lalu aku ambil.

"Haa macamtulah buah hati Zumar." Eee... dah kenapa dengan Zumar ni. Sejak bila suka berjiwang. Stress aku.... aku diam je. Fokus mendengar info daripada Miss Charlotte.

"By tomorrow you have a New Hard Challenge against all of you in group. The game for tomorrow, chance for winning is only about in 6 hours. And then the winners will have a dinner with President Derose. And the time next game will be longer to win. Only one group will stay alive at the end of the games. You will be compete with hundred groups. You may use all the things that you want and this game don't have any rules. So beware and good luck." Info tersebut membuatkan aku takut. Kenapa satu grup je yang akan ada bila game yang terakhir? Mana yang lain akan pergi? Jangan kata mereka kena mati! Oh tidak! Kami kena saling berlawan-lawanan, berbunuh-bunuhan hanya untuk menang dan hidup. Oh tidak... aku tak boleh buat macam tu. Dalam grup tu semua ada perempuan yang ramai pregnant. Takkan aku nak bunuh. Takk!!

Setelah selesai Miss Charlotte memberi info, dia menyuruh kami bersurai. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik air. Fir yang nampak kelakuanku seperti itu membuatkan dia pelik.

Aku kunci pintu bilik air. Aku meramas kepalaku sehingga tudungku dalam keadaan tidak stabil. Aku tak nak bunuh orang!!! Akademik apa yang aku masuk ni! Oh tidakkkk! Aku menjerit.

"Zayra, kenapa ni?" Zumar mengetuk pintu bilik air. Aku diam.

"Zayra..." sekali lagi Zumar memanggil namaku.

"Ya Mar... Zayra okey je. Pergi jelah dulu. Tunggu dekat tempat tadi nanti saya datang." Perlahan sahaja suara aku memberitahu Zumar.

"Baiklah. Cepat keluar. Mar ambilkan makanan untuk Zayra tau." Zumar berlalu pergi.

Aku menangis sepuas hatiku. Aku tak nak bunuh orang. Aku nak ibu... aku nak balik...

Ibu.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience