Prolog Three - Naurra's Story

Fantasy Completed 35006

"Bosannya dekat rumah ni. Asyik terperap je. Kalau keluar dari bilik ni mesti ada je cari kesalahan aku. Menyampah aku sejak ada adik ni. Kembar lagi." Naurra mencapai tab lalu membuka lagu-lagu kegemarannya.

|Midnight, you come and pick me up, no headlights
Long drive, could end in burning flames or paradise
Fade into view, oh, it's been a while since I have even heard from you
I should just tell you to leave cause I
Know exactly where it leads but I
Watch us go round and round each time

You got that James Dean day dream look in your eye
And I got that red lip classic thing that you like
And when we go crashing down, we come back every time
Cause we never go out of style
We never go out of style

You got that long hair, slicked back, white t-shirt
And I got that good girl fig and a tight little skirt
And when we go crashing down, we come back every time
Cause we never go out of style
We never go out of style.|

"Naurra, kau buat apa dalam bilik tu... ibu nak pergi beli barang dengan ayah. Kamu jaga Nasha dan Nalia. Mereka sedang tidur tu." Sepantas kilat Naurra menyimpan tabnya lalu keluar dari bilik.

"Kau jaga betul-betul. Kalau adik-adik mengadu dekat ibu apa-apa siap kau. Kau nak apa? Ibu belikan sekali." Naurra menggeleng. Tak ada apa dia ingini selain kasih sayang ibu dan ayahnya dulu.

"Tak nak apa-apa ibu. Lamakah ibu pergi?" Naurra melihat adik kembarnya tidur lena sekali.

"Dalam sejam ibu dan ayah akan balik. Dah, ibu pergi dulu." Puan Raina keluar dari rumah lalu masuk ke dalam perut kereta.

Naurra ke dapur lalu membuat susu untuk kedua-dua adiknya. Rai'ka Nasha dan Rai'ka Nalia, yang berusia 5 tahun.

"Kakak... Nalia nak susu." Terkejut Naurra tiba-tiba adiknya, Nalia bangun meminta susu.

"Ya. Kejap. Kakak buat ni. Nasha dah bangun juga ke?" Nalia geleng. Maknanya Nasha masih tidur.

"Jom pergi depan. Ni susu." Kelihatan Nasha masih lena tidur. Nalia duduk di atas sofa lalu menghisap botol susunya.

Tiba-tiba Nasha bangun lalu menangis...

"Kenapa Nasha? Siapa buat kau?" Nasha memeluk Naurra.

"Ada hantu........ Asha takut..." meremang pula bulu romaku apabila Nasha menyebut tentang hantu.

"mana ada hantulah sha... nak susu tak? Kakak dah buatkan ni." Naurra memberi botol susu kepada Nasha. Nasha baring semula dan menghisap susunya.

"Kakak, adik nak makan maggi." Naurra memandang Nalia. Nalia ni memang suka jenis makan maggi tetapi ibu melarangnya.

"Tak boleh." Senang sahaja jawapan Naurra.

"Alaaa... nak jugak... nak maggi!!" Nalia menjerit sekuat hatinya.

Pangggg....

"Kakak jahat! Sakitlah... adik nak maggi je. Kakak kedekut." Naurra memang pantang kalau bantah cakapnya.

"Kakak minta maaf. Meh sini." Naurra menarik Nalia ke dalam pangkuannya.

"Ingat tak pesan ibu... ibukan tak kasi Nalia makan maggi. Maggi tu tak elok. Kalau kakak gantikan maggi dengan nuggets boleh?" Pujuk Naurra. Nalia menangis sekuat hatinya.

"Nalia nak maggi!" Naurra hilang sabar dengan sikap adiknya yang tidak faham bahasa.

"Eeii.. kau ni Nalia. Aku pujuk baik-baik pun kau tak nak. Kan ibu tak kasi makan maggi!" Tiba-tiba sedang Naurra memarahi adiknya, ibunya sudah balik terus melihat Nalia menangis teresak-esak.

"Kenapa ni?! Naurra... Nalia..." Nalia terus berlari mendapatkan ibu.

"Ibu... kakak tampar Nalia. Sakit bu..." ibu memandangku dengan begitu tajam sekali.

"Kenapa kau tampar Nalia? Tangan kau tu ringan je nak tampar anak aku." Naurra diam. Nasha pula dari tadi baring sahaja.

"Dia nak maggi. Naurra tak kasi. Dia nak jugak sambil menghentak kaki." Jawab Naurra.

"Nalia minta je. Sebab Nalia lapar. Kakak buatkan susu je. Makanan tak ada. Nalia nak maggi tak kasi...." ngadu Nalia.

"Sebab maggi je, kau tampar Nalia. Memang cari nahas kau. Dah kau pergi masuk bilik, jangan harap kau dapat makan malam ni.” Nalia memandang aku sambil tersenyum lebar. Memang pandai budak ni berlakon. Aku memang takkan anggap kau adik aku. Benci.

Naurra masuk ke dalam biliknya, pintu dikunci lalu dia menghempas dirinya di atas katil sambil air matanya berjuraian. Dia pelik. Kenapa ibu dan ayahnya berubah? Suka marah marah dia. Pilih kasih. Ibunya selalu cari kesalahan dia manakala ayahnya pulak sudah tidak melayani dia.

"Tak apa... sayanglah lebih Nasha dengan Nalia tu. Aku nak keluar dari sini." Naurra mencapai tabnya lalu melihat ada satu pesanan ringkas daripada seseorang.

Kami pihak daripada Maze Academy ingin menjemput anda untuk mendaftar ke Maze Academy dengan hanya melayari . kami harap anda akan mendaftar dan sertai kami di Maze Academy.
Terima kasih.

"Maze Academy... macam best je. Nak tengoklah laman webnya." Naurra membuka laman web tersebut menggunakan tabnya. Satu persatu dia membaca isi kandunganya.

"Okeylah akademi ni. Tapi dia nak keistimewaan seseorang. Apa yang istimewa aku ada? Aku trylah. Yuran tak payah bayar. Elaun bulanan RM900. Okey ah aku daftar. Aku nak blah dari sini. Biar aku berdikari sendiri." Naura bermonolog.

Malam itu, Naurra tidak turun makan kerana dia didenda tidak boleh makan malam oleh ibunya. Naurra tidak kisah. Makan malam dia harini hanya biskut, roti dan air kotak yang sudah dia simpan dalam begnya. Buat persediaan katanya sebab dah selalu kena denda macam ni.

"Aku harap sangat pihak akademi tu pilih aku untuk masuk dekat situ. Aku tak ada tempat lain nak pergi dah." Naurra menutup tabnya lalu mengemas apa yang patut untuk membuat persediaan. Duitnya tidak berapa banyak untuk ke akademi itu. Dia hanya mempunyai RM300. Dia mengorek-gorek lagi duit tabungnya. Dia takut pihak akademi tu akan suruh bayar yuran pendaftaran je. Macam mana? Akhirnya jumlah duit yang dia ada adalah sebanyak RM650. FUH....

Selepas selesai mengemas, Naurra cuba melelapkan matanya. Tapi tidak boleh, bila dia menutup matanya seperti ada cahaya laser yang menyakitkan matanya. Naurra bangun lalu dia mendengar lagu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience