Chapter 1 - The Beginning

Fantasy Completed 35006

"Welcome to the Maze Academy. I'm Miss Lady Dayana Royals, welcome to all the newbies for this year. I hope you can cooporate with your permanent group. Please refer to the paper board at the cafeteria to know who is your group leader. That all informations that I can gave to all of you. Please be good and enjoy. Thank you." Lady Dayana menuruni anak tangga pentas satu demi satu. Para pelajar masih kekal berdiri di dalam dewan itu. Setelah wisel dibunyikan para pelajar diminta bergerak ke bilik masing-masing mengikut nombor yang sudah diberi sebelum masuk ke dewan tadi.

"Aduh.. manalah bilik A3712 ni." Aku yang sedang tekun mencari bilik tiba-tiba terlanggar seseorang tanpa sengaja.

"Eh, maafkan saya. Saya tak sengaja. Awak okey?" Gugup aku apabila terlanggar seorang pelajar perempuan yang berpakaian agak gaya gengster. Semuanya serba hitam. Mukanya juga kelihatan garang.

"Tak apa. Aku yang tak nampak tadi. Kau cari bilik mana? Aku tak jumpa dari tadi." Lega aku apabila budak perempuan tu tak marah aku.

"Ni saya tengah cari bilik nombor A3712." Aku menunjukkan helaian kertas kepadanya.

"Oh ye ke... kita sebilik." Wah belum apa-apa dah jumpa kawan baru. Sukanya. Kami berjalan hingga ke tengah-tengah koridor.

"Akhirnya jumpa pun. Fuh..." kata aku lalu membuka pintu dengan kunci yang diberikan tadi. Tatkala kawan baruku mahu menutup pintu tiba-tiba ada dua orang pelajar perempuan menjerit sambil berkata...

"Jangan tutup pintu dulu. Kejap. Kejap." Dua orang budak perempuan berlari mendapatkan aku.

"Ya... kamu berdua sebilik dengan saya?" Mereka berdua mengangguk. Aku mempelawa mereka masuk ke dalam bilik.

"Ahh... penatnya. Sudahlah kena marah sebab terlambat sampai tadi." Mengadu mereka.

"So what your name? Call me Zayra." Aku bersalam-salaman dengan mereka.

Sekarang aku sudah kenal ahli kumpulan aku sendiri. Aryyan. Naurra. Aira. Aku dan Aryyan sebaya manakala Naurra dan Aira muda setahun daripada kami.

"Katil Queen ni seorang satu. Aku nak sini." aku mengambil katil yang berada di tengah-tengah ruangan bilik. Aryyan di sebelah kananku manakala Naurra dan Aira disebelah kiriku.

"Wahhh! Diorang dah sediakan pakaian cantik-cantik untuk kita. Alatan make-up pun ada sekali." Kata Naurra dengan teruja.

"Haa... bagus betul. Tak payah aku pening kepala nak fikir pakai baju apa." Kata Aryyan.

"Tapi... baju yang ni siap dah tersedia nama kita pada setiap helaian baju. Setiap kita lain-lain warna baju." Kata Aira pelik.

"Mungkin baju formal kita. Untuk latihan?" Kata Naurra.

Aku membelek baju yang dikatakan oleh Aira. Baju formal aku itu berwarna Violet. Cantik. Baju t-shirt berkolar berlengan panjang dan kainnya sangat lembut berwarna violet cair dicampur sedikit dengan warna merah jambu kemudian seluarnya jenis jeans berwarna violet gelap dan mempunyai tali pinggang berlogokan huruf Z. Nama aku Zayra. Jadi, huruf tu ikut huruf depan nama aku. Tudung pula jenis instant shawl yang sudah siap dililit.

Aryyan, semua jenis pakaiannya sama seperti aku kecuali logo tali pinggang berhuruf A dan pakaiannya berwarna Biru. Naurra pula logo tali pinggangnya berhuruf N dan pakaiannya berwarna Merah Jambu dan Aira pula tali pinggangnya berlogo huruf H dan pakaiannya berwarna Merah Lembut.

"Jomlah sedia apa yang patut. Kejap lagi kita kena jumpa ketua kita. Pakai baju formal tu." Suruh Aryyan. Aku terus mencapai tuala yang sudah tertulis namaku "Zayra" pada tuala tersebut.

30 Minutes Later,,

"Perghh... cun betul baju formal kita. Jomlah kita pergi kafeteria, lapar. Kemudian, kita tengok dekat kertas yang Lady Dayana cakapkan tadi." Kata aku kemudian mengunci pintu bilik dan memastikan ia terkunci ketat.

Izzora Cafeteria,,

"Sedapnyaa bau. Macam-macam jenis makanan. Memang pecah perutlah aku. Habis plan diet aku." Kata Aryyan. Aku tergelak.

"Eh, ikut menulah bukan ambil sesuka hati. Aduh, spoil." Kata Aryyan. Menu pada tengahhari ini adalah Rice and Chicken/Lamb Chop dan Fresh Watermelon/Apple/Orange Juice.

"Korang dua nak apa? Biar aku dengan Aryyan ambilkan sekali." Kami memilih tempat yang berada di hadapan pentas kecil kafeteria.

"Aku nak chicken chop dengan apple juice." Pesan Naurra.

"Aku pula nak lamb chop dengan orange juice." Pesan Aira.

"Okey, 2 chicken chop, 2 lamb chop, 2 watermelon juice, 1 apple juice dan 1 orange juice. Tunggu sini ya." Aku dan Aryyan berlalu mendapatkan makanan tengahhari. Kena beratur panjang. Macam nak beli makanan dekat kantin sekolah pulak. Aduh... dahlah perut bukan main berkeroncong. Macam-macam lagu ada. Rentak Rock, Jazz dan banyak lagilah. Nampak sangat kelaparan aku ni.

Selesai makan tengahhari, kami ke "Information Board" untuk mengetahui siapa ketua kumpulan kami. Kami mencari-cari namanya...

"Nih... Firash Zafa nama dia, bilik dia dekat Blok Zamrud III, nombor bilik 672." Kata Aira.

"Pergh... bergaya betul ketua kita ni. Bukan main lagi." Kata Aryyan sambil tergelak melihat gambar ketua kumpulannya.

"Okey-okey jom." Aku mengajak mereka ke Blok Zamrud III sebab aku tidak mahu lewat. Kang tak pasal-pasal kena bebel free...

Kami sampai di Blok Zamrud III, kami masuk ke dalam lif kemudian aku menekan butang nombor 2. Tingg... senang sahaja mahu mencari bilik bernombor 672. Kerana biliknya terletak betul-betul di barisan pertama setiap bilik. Kami berempat mengetuk pintu bilik tersebut.

Pintu itu dibuka oleh seseorang tetapi bukan Firash...

"Haa, nak cari siapa?" Tanya jejaka tersebut.

"Um... nak cari ketua kitaorang, Firash Zafa. Dia duduk bilik ni ke?" Tanya Aryyan dengan muka bersahaja.

Tiba-tiba ada seorang jejaka lagi berlari datang ke arah kami, haaa ni baru Firash Zafa...

"Eh korang ya. Haa... masuk-masuk. Sorry aku tengah susun barang." Kami masuk ke dalam bilik mereka, bersepahnya tahap gaban. Ish...ish...

"Nama korang apa? Umur?" Tanya Firash. Peramah juga Firash ni. Bercakap macam dah kenal lama.

"Aku Zayra, ni Aryyan, Naurra dan Aira. Aku dan Aryyan sebaya 18 tahun. Aira dengan Naurra 17 tahun." Firash mengangguk.

"Aku Firash Zafa, panggil je Fir,umur 20 tahun. Yang ni Adam, Zac dan ini Zumar. Kami berempat sebaya. Kita akan jadi satu kumpulan. Korang dah sedia ke?" Kami mengangguk tanda kami sudah bersedia.

"Jom. Wei, Adam kau bawak barang yang kita dah siapkan tadi." Adam mengangguk.

Kami dibawa ke padang besar yang dilengkapi dengan alat-alat yang hendak digunakan. Kemudian, Fir berkata...

"Okey, dengar baik-baik. Kita akan bermain dengan kuasa kita guna pedang ni." Selamba sahaja Fir mengeluarkan pedangnya daripada sarung yang dijahit tepi baju formalnya.

"Kitaorang tak ada pun pedang." Fir terkejut lalu memandang aku.

"Takkan tak ada. Ohh.. aku lupa. Tarik tepi baju korang tu sikit." Aku terus menarik sedikit kain tepi bajuku lalu aku nampak pedang aku yang sangat cantik. Bersinar dan ada kilat-kilat disekeliling tempat pemegangnya.

"Okey. Naurra sini. Aryyan dengan Zac, Aira dengan Adam dan Zayra dengan Zumar. Kita cuba lawan pakai pedang. Kita tengok skill korang macam mana." Gulp, aku tak pernah main dengan pedang. Macam mana nak tunjuk skill aku. Aduihh...

"Zayra, sedia?" Tanya Zumar, dia sudah bersedia dengan pedangnya. Aku terketar-ketar mengangkat pedang tanda aku sedia.

Zum... zum... zumm... (bunyi pedang)

"Aduh..." aku terjatuh ke tanah, perut aku sakit terkena mata pedang Zumar.

"Zayra, awak okay tak? Maafkan saya. Saya ingat awak boleh tepis. Sini." Zumar memapah aku dan membawa aku duduk di bangku berdekatan dengan padang tersebut.

"Apalah, lembiknya lahaii... tepis tu pun tak boleh." Perli Adam. Aku diam sahaja.

"Kot ya pun. Tak payahlah mulut tu nak memerli kawan aku." Marah Aryyan.

"Wei, Fir kan aku dah cakap. Mesti dorang ni lembik semacam je. Nama pun perempuan. Bengang je aku time warden bagi kita senarai nama grup kita.” Geram Adam.

"Adam, tak boleh cakap macam tu. Kita kena ajar dorang. Kalau tak macam mana kita nak menang dalam permainan tu nanti. Ni baru level one beb." Kata Fir bengang dengan sikap Adam yang tidak membantu langsung.

"Korang sambunglah berlatih. Aku bawa Zayra ke bilik rawatan." Zumar memapah aku. Lemah lembut je cara Zumar ni. Buat aku terharu. Ada juga lelaki yang macam dia ni. Bukan macam Adam tu mulut lepas je.

Di bilik rawatan, ada seorang kakak merawat luka pada perutku sementara Zumar menunggu aku diluar. Setia betul dia. Luka aku sudah siap dibalut kemas oleh kakak Fina.

"Adik, baik-baik berlatih lepas ni. Kalau boleh suruh si Zumar tu ajar teknik berlawan dulu. Tak adalah kamu cedera. Kakak pun dulu macam kamu, tak ada skill main pedang. Kakak takut masa masuk sini. Memang banyak cabaran. Sekarang kakak kena jadi medic je. Dah 17 tahun kakak tinggal sini. Sudah 9 tahun juga kakak tidak berjumpa dengan mak ayah. Mereka tak suka kakak. Kata mereka kakak pembawa malang keluarga mereka, sebab tu kakak ke sini. Tapi lain pula jadinya." Kesian kak Fina ni. Nasibnya hampir sama dengan aku. Tapi sampai sekarang aku tak tahu kemana ayah menghilang.

"Apa yang jadinya kakak?" Tanya aku. Riak muka Kak Fina berubah.

"Tak ada apalah. Okey, siap sudah balut luka kamu. Baik-baik ya." Aku mengangguk sambil tersenyum. Pelik jugak kak Fina berubah riak mukanya bila aku tanya tadi.

"Zayra, dah rasa okey?" Tanya Zumar. Aku senyum.

"Dah... kak Fina tu suruh awak ajar saya tekniknya dulu baru boleh lawan." Zumar mengaru kepalanya sambil tersenyum.

"Ye betullah tu. Maaf ya Zayra. Fir lah suruh lawan dulu." Serba salah Zumar.

"Tak apa. Saya okey dah ni." Aku senyum.

"Sebab ni salah saya, mari kita pergi makan laksa depan sana tu. Saya belanja. Awak nak tambah banyak kali pun tak apa." Zumar menarik tangan aku dan kami pergi ke laksa yang dijual di hadapan blok sana.

Aku memesan laksa istimewa begitu juga dengan Zumar. Mak cik yang menjual laksa itu lama dia memandang Zumar.

"Mak... sedaplah laksa ni." Terkejut aku apabila Zumar memanggil mak cik itu "Mak". Zumar memandang aku.

"Mak, ni kawan baru Mar. Dia satu kumpulan dengan Mar. Nama dia Zayra." Aku senyum lalu bersalam dengan mak Zumar.

"Sopannya kamu. Baguslah Mar. Baik-baik kawan dengan anak dara orang ya." Zumar mengangguk. Setelah selesai makan, Zumar memeluk erat maknya kemudian kami pergi ke padang untuk menyambung latihan. Kali ini Zumar mengajar aku teknik menggunakan pedang.

"Wah! Bestnya ada orang dah ajarkan tekniknya. Kita ni tak ada orang nak ajar lagi." Naurra menyakat Fir. Fir tergelak sambil mengaru kepalanya. Aku tersenyum.

Selesai berlatih, kami meminta diri untuk merehatkan badan. Zumar sempat lagi memberi aku jajan, katanya supaya aku tak bosan dekat dorm.

"Untunglah, hari pertama terus dapat boyfriend. Dapat jajan lagi. Kongsilah dengan kitaorang." Gelak besar Aryyan. Suka sangat dia menyakat aku.

"Aku kawan jelah. Ish korang ni. Ya, kita kongsi banyak ni haa.. satu plastik." Kami gelak. Malam itu kami tidur pada jam 12 malam. Esok kami kena bangun jam 5 pagi. Ada kelas latihan dengan Prof. Alaxander.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience