Chapter 8 - Zayra or Crystal?

Fantasy Completed 35006

"Penatnya... rasa macam sekejap je tidur." Mengeliat Aryyan. Jam menunjukkan pada angka 8 pagi. Aryyan bangun ternampak Zayra sedang mengelamun jauh di tepi kolam kecil.

"Zayra... kau kenapa? Semenjak dua menjak ni kau selalu mengelamun sorang-sorang. Kau ada masalah?" Tanya Aryyan sambil memeluk bahu Zayra. Aku menundukkan sedikit kepalaku.

"Aku rin...du Mar. Mana dia?" Jawab aku. Aryyan diam. Mungkin dia pun tak tahu jawapan di mana Zumar pergi.

"Oh, maafkan aku. Aku lupa pasal dia takda dengan kita sekarang ni. Dia okey je tu. Janganlah kau risau. Diakan kuat. Macam hero Superman." Lawak Aryyan. Aku tersenyum. Aryyan menepuk bahuku.

"Dah jomlah. Kau pergi bersihkan diri kau tu dan tukar baju." Aku mengiyakan.

Selesai aku menyalin baju, aku terdengar Faliq,Kyle dan Fir sedang berbincang sesuatu. "Baiklah semua. Minta perhatian sekejap." Panggil Faliq.

"Kita akan keluar dari sini hari ni juga, pukul 7 malam ni. 6:50 petang kita tunggu di depan pintu tu. Semua bawa barang-barang keperluan. Jangan tinggal satu pun. Kemudian, pintu tu hanya dibuka 10 minit. Kita tak boleh lambat untuk keluar. Kita kena pasang perangkap supaya kita dapat keluar dengan cepat. Faham? Jadi kita mula sekarang." Beritahu Kyle. Kami semua bergerak untuk memasang perangkap.

Selama 4 jam memasang perangkap, barulah siap perangkapnya. Aku berehat bersama Adam dan Aryyan. Naurra, Aira dan Zac tidur kerana kepenatan. Manakala Fir duduk bersama Kyle dan Faqil.

Jam menunjukkan pukul 5:30 petang. Aku mengemas barang-barangku lalu aku menggalas beg Zumar.

"Zayra, laparlah." Ngadu Aryyan. Aku mengeluarkan sebungkus roti lalu makan bersama.

"Korang jom! Standby dalam kumpulan masing-masing. Pastikan barang tak ada yang tertinggal. Pastikan ahli semuanya ada. Jangan ada yang berpisah. Dan periksa perangkap tu sekarang!" Arah Kyle. Aku rasa dah macam dekat kem tentera. Gaya Kyle sebiji ketua tentera nak berperang.

Ting...ting...ting...

6:59 petang, pintu terbuka perlahan tetapi selama seminit menunggu tiada apa-apa pun yang keluar dari pintu itu. Ada lagi 9 minit untuk kami berlari keluar. Kami terus berlari apabila mendapati tiada apa-apa yang berlaku.

"Cepat-cepat!" Perlahan sahaja suara Kyle kerana takut ada apa-apa berlaku nanti. Mereka diarah bercakap secara perlahan dan berbisik.

Pintu tu sudah ditutup semula. Kami berjalan perlahan. Banyak betul lorong-lorong, tidak tahu mana satu jalan keluarnya. Kami mengekori Kyle yang berada di hadapan.

"Arghhh!" Satu percikan cecair hitam terpercik pada muka Fir. Fir meronta-ronta kesakitan sehingga dia jatuh terjelepok.

Aku berlari mendapatkannya,"Fir... Fir kenapa ni?" Aku memegang tangan Fir, Fir mengenggam tanganku sangat kuat. Aku melihat muka Fir melecur seperti terkena Asid.

"Fir, bangun. Zayra, cuba sembuhkan..." aku cuba untuk menyembuhkan luka pada wajah Fir tetapi gagal. Seolah-olah aku tiada mempunyai kuasa apa-apa.

"Korang, aku tak boleh nak keluarkan kuasa, macam kena sekat." Kyle mendekatiku.

Dia juga cuba mengeluarkan kuasanya tetapi gagal juga. "Korang standby dengan pedang. Kuasa kita disekat disini. Zayra, nah basahkan dan lekapkan pada muka Fir." Aku melekapkan kain basah pada muka Fir, Fir meronta sedikit lalu aku memapahnya.

Langkah demi langkah kami berjalan, begitu banyak lorong yang kami masuk. Akhirnya sampai di satu tempat yang sangat lapang. Hanya ada pasir dan tembok-tembok nipis. Disebalik tembok mungkin ada jalan keluar.

"Fir, kau okey? Sakit sangat?" Tanya aku, Fir angguk perlahan. Kasihan melihat dia. Adam pula yang menolong memapahnya.

"Aku rasa ada pintu keluar disini. Di sebalik tembok." Tiba-tiba ada ribut pasir gergasi muncul. Kami berlari sekuat hati. Dan tiba sahaja disebalik tembok besar itu. Ada satu jambatan besi menerusi pintu besi gergasi. Mungkin itu jalan keluarnya.

Tit...tit...tit...

"Benda tu!" Jerit Sasha. Benda tu berada dibelakangku. Aku terus memedang kepala benda tu. Benda tu datang dengan banyak. Aku menyuruh Zac membuka pintu gergasi itu.

"Pintu ni perlukan kod. Aku cuba nak baca kodnya." Aku mengangguk lalu terus berlawan.

"Fir!!!" Benda tu cuba membunuh Fir. Fir pula mata sebelahnya tidak nampak dan aku terus memanjat belakang benda tersebut dan memedangnya. Aku mendapatkan Fir.

"Adam belakang kau!" Jerit aku malangnya Adam tercampak ke dalam gaung tetapi Adam sempat menahan dirinya daripada terjatuh.

"Adam capai tangan aku. Jangan tengok bawah." Ada banyak lagi benda tu sedang memanjat naik ke atas. Adam mencapai tanganku dan terus aku menariknya ke atas.

"3762000" Zac menekan butang-butang nombor disitu akhirnya pintu itu terbuka. "Pintu dah terbuka.." jerit Zac.

"Masuk cepat! Lari...." arah aku. Kami berlari masuk ke dalam pintu gergasi itu.

Keluar sahaja dari pintu itu kami terus tercengang. "Ini Maze Academic. Kita balik ke sini semula. Oh tidak..." kata Faqil.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi tepukkan daripada belakang kami. President Derose.... bersama Zumar dan Miss Charlotte.

"Tahniah sayang! Berjaya keluar dari Maze tadi tu. Best tak main game tadi?" Selamba sahaja President Derose. Aku memandang Zumar. Zumar seperti sudah bertukar menjadi jahat. Aku terkedu.

"Guards, ikat mereka ditempat saya cakapkan tadi." Kami diikat. Aku meronta-ronta sambil menjerit kemudian Zumar mendekatiku lalu pipiku ditampar. Aku terus pengsan.

- - - - - - -

"Well well... Zayra and her BIG GROUPS. Welcome back home darlings. Are all of you having fun? Playing the games... running..." President Derose tergelak. "Oh don't cry Sasha. Don't cry." Terus President Derose menggunakan kuasanya sehingga membuatkan Sasha mati.

"Sashaa!!" President Derose ketawa jahat. "Opss sorry!" Gedik Derose. Aku sangat marah kerana dia membunuh kawanku.

"Saya tak mahu bunuh semuanya sekali kerana yang lain ni agak berharga dan mungkin boleh menjadi orang kuat saya seperti Zumar." Aku memandang Zumar. Sayu rasanya. Dia mengkhianati kumpulannya sendiri.

"Seorang sahaja yang saya tak mahu dia hidup. Sebab sekiranya dia hidup nanti kuasanya semakin kuat. Zumar mari sayang." Zumar sudah bersedia dengan satu alat senjata yang besar lalu dia memandang aku.

"Zayra... I hate you so much darling. So so much. Sorry. Your love has betray you. Zumar kill her." Terkejut aku.

"Mar jangan. Dia kawan kita. Kau gila Mar!" Marah Fir.

"Zumar, Zayra or the Crystal?" Zumar memejamkan matanya.

"Hurry up please!!" Tengking Derose.

Aku menangis. Aku dah bersedia. "Mar kalau kau bunuh Zayra. Bunuh kitaorang sekali." Kata Adam. Zumar tersentak.

"Okeylah Zumar. Mereka pun nak mati bersama dengan Zayra. Jadi lepas bunuh Zayra awak bunuh mereka ya." Zumar terkejut. Seperti baru tersedar daripada khayalan.

"Zumar... awak tahu tak macam mana tekan senjata ni? Lupa ya saya ajar tadi. Macam ni..." Sedas peluru menembak pada perutku. Aku mengaduh kuat.

"Zayra!" Fir meronta.

"Zayra! Tahan..." jerit Aryyan.

Sedas lagi tembakan pada dadaku dan aku terus terkulai. Pandanganku semakin kabur.

"Zumar apa yang kau diamkan?!" Jerit Aryyan. "Kau memang pengkhianat! Zayra sayangkan kau, cintakan kau!" Zupp... ayat Aryyan membuatkan Zumar teringat pada pertama kali dia berjumpa dengan Zayra.

FLASHBACK

"Sebab ni salah saya, mari kita pergi makan laksa depan sana tu. Saya belanja. Awak nak tambah banyak kali pun tak apa." Zumar menarik tangan aku dan kami pergi ke laksa yang dijual di hadapan blok sana.

Aku memesan laksa istimewa begitu juga dengan Zumar. Mak cik yang menjual laksa itu lama dia memandang Zumar.

"Mak... sedaplah laksa ni." Terkejut aku apabila Zumar memanggil mak cik itu "Mak". Zumar memandang aku.

"Mak, ni kawan baru Mar. Dia satu kumpulan dengan Mar. Nama dia Zayra." Aku senyum lalu bersalam dengan mak Zumar.

"Sopannya kamu. Baguslah Mar. Baik-baik kawan dengan anak dara orang ya." Zumar mengangguk. Setelah selesai makan, Zumar memeluk erat maknya kemudian kami pergi ke padang untuk menyambung latihan. Kali ini Zumar mengajar aku teknik menggunakan pedang.

------

"Eh, awak ada boyfie laa.. tu nama dia apa tadi? Zumar?" Apabila Leia menyebut nama Zumar, Zumar memandang kami. Alamak aihh malunya. Kalau dia dengar.

"Ya? Kenapa panggil?" Tanya Zumar lalu duduk di sebelahku.

"Tak adalah. Awak ni sesuai jadi boyfie Zayra." Dup! Ah sudah... aku terkedu. Lidah tak boleh nak berfungsi. Zumar tergelak.

"Yeke? Zayra ni jual mahal sikit. Saya nak jadi boyfie tapi dia reject saya." Pang! Kali ni rasanya jantung nak tercabut. Bila masa aku reject, ish Zumar ni. Aku menjeling Zumar. Zumar terus tergelak. Begitu juga dengan Leia.

"Jahatlah korang dua ni, menyakat." Leia mengusap-usap belakangku. Konon nak pujuklah tu. Ceh!

"Nah, sorrylah ya. Tadi Zumar gurau je. Jangan marah, sayang." Er, sayang? Aku pandang sahaja coklat yang Zumar mahu beri padaku.

"Alaa ambillah puteri Zayra." Aku nak tergelak tetapi ditahan lalu aku ambil.

"Haa macamtulah buah hati Zumar." Eee... dah kenapa dengan Zumar ni. Sejak bila suka berjiwang. Stress aku.... aku diam je. Fokus mendengar info daripada Miss Charlotte.

REALITY

"Tak apalah Zumar. Biar saya yang tembakkan." walaupun pandanganku kabur aku tetap memandang ke arah Zumar. Aku tidak percayai Zumar membuat aku begini. Tiba-tiba....

BOMMM....

"Arghhh...." Derose terpelanting kebelakang dan senjatanya tercampak. Nampaknya Adam sangat marah. Badannya dipenuhi dengan marak api yang sangat membara. Tali yang mengikat tangannya kini sudah cair akibat apinya. "Kau jangan buat aku hilang sabar." Adam berkata kepada Zumar. Zumar terdiam. Terus Zumar berlari mendapatkan aku yang kini sudah tiada rasa apa-apa. Zumar membuka ikatan pada tanganku dan terus memangku yang terkulai.

"Maknanya Zumar pilih Zayra. Ha ha ha... Sorry to say Zumar. You didn't get the crystal." Derose ketawa jahat. Adam membaling kuasa apinya ke arah Derose tetapi tiada apa-apa yang terjadi padanya. "Itu je boleh buat? kesiannya..." Derose gelak kuat. Adam membara. Naurra me-laser ke arah ikatan-ikatan rakan-rakannya. Aira berdiri disebelah Adam lalu memberi isyarat kepada Adam supaya bergabung kuasa dengannya.

"Bertahan semua. TORNADO API akan muncul." Aira memberi amaran. Api dan Tornado bertemu lalu menarik Derose masuk ke dalam Tornado Api itu. "Arghhhh tidakkkk!" Derose menjerit. Aryyan memanggil Hana untuk bergabung kuasa dengannya. Cahaya Suria ditambah lagi pada Tornado Api sehingga MELETUP KUAT! Derose hilang. Adam terduduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience