Chapter 7 - Practise Start

Fantasy Completed 35006

"Kita mulakan dengan Zac." Suruh Fir. Zac memejamkan matanya lalu dia menghasil satu kiub ais gergasi.

"Mantap Zac. Bagus." Puji Fir. "Sekarang giliran Adam." Adam berdiri disebelah Zac lalu dia mengeluarkan kuasanya Api. Habis satu badannya berapi. Zac berundur setapak supaya tidak terkena marak api Adam yang membara.

"Kuasa Adam dan Aira boleh bergabung. Nanti jadi lagi besar kuasanya. Api Tornado." Aira tersenyum nakal ke arah Adam.

"Giliran Naurra. Laser Eyes. Tunjukkan bakat anda." Naurra berdiri di tengah-tengah lalu me-laser ke arah kiub ais gergasi buatan Zac tadi. Berlubang ais kiub.

"Tebalkan lagi garisan laser itu Naurra. Marah lagi marah! Musuh sedang serang kau bertubi-tubi. Marah mereka!" Jerit Fir memberi semangat kepada Naurra. Akhirnya Naurra dapat mengeluarkan kuasanya dengan lebih baik.

"Aira kau tak perlu cuba. Kau hanya bergabung dengan Adam." Aira angguk.

"Aryyan giliran kau. Apa yang kau fikir sekarang. Guna kuasa cahaya kau. " Tanya Fir.

Aryyan mengeluarkan kuasa cahaya birunya lalu dilepaskan ke arah atas ais kiub gergasi. Semakin cair jadinya ais kiub tersebut.

"Aryyan kau boleh gabung dengan Hana. Cahaya Suria." Aryyan memandang kerek ke arah Hana. Hana diam sahaja.

"Macam mana nak lawan nanti, dengan perut boroi dia tu. Nanti ada anak lagi." Selamba sahaja Aryyan bercakap. Hana membisu.

"Hish kau ni Aryyan." Jeling aku. Aryyan diam sahaja sambil membuat muka tak bersalah. "Giliran Zayra." Aku bangun.

Aku memejamkan mata aku lalu aku... "Glows!" Terkeluar cahaya dari tangan Zayra. "Dynamite" terkeluar percikan-percikan dynamite dari tapak tangan Zayra.

"Okey. Giliran saya. Tapi...." fir terdiam. "Kenapa Fir?" Tanya aku.

"Ada sesiapa yang berani jadi mangsa Fir?" Semua memandang satu sama lain.

"Zayra, kau jadilah. Kau boleh sembuh sendiri." Aku angguk.

"Faint!" Aku seperti terhempap batu dan aku pengsan.

"Uish, pengsan Zayra." Fir mengaru kepalanya. "Zayra..."

Tak sampai 3 minit aku bangun. Lalu aku tergelak.

"Kuat juga kuasa kau Fir. Sakit kepala aku." Fir tersengih. "Maaf."

Tiba-tiba sedang kami tekun berlatih ada satu suara bergema..

"Hello. I'm President Derose. I will open the big gate on the wall at 7pm and I challenge you to escape from this HUGE WALL. Ha ha. Thank you."

"Gila! Aku nak balik!!!" Kyle dari kumpulan A7 sangat marah sehingga mengeluarkan kuasanya. Ahli-ahlinya yang lain hanya duduk diam.

"Kita kena bergabung bersama-sama supaya dapat keluar dari sini." kata Fir. Apa plan Fir kali ni?

"Apa plan kau Fir?" Tanya Aryyan..

"Jom ikut aku." Kami mengekori langkah Fir.

"Kyle..." panggil Fir. Kyle memaling muka bengisnya ke arah Fir. "Apa kau nak? Nak balas dendam?" Tanya Kyle agresif.

"Bertenang Kyle. Aku datang ke tempat kau ni nak ajak berdamai. Kita tak boleh berlawan mengikut President Derose tak guna tu. Kita kena bersatu untuk keluar dari sini." kata Fir dengan tenang. Kyle terdiam. "Baiklah. Kita bersatu. Aku nak keluar dari sini. Aku nak kahwin. Aku nak ada anak. Aku nak masa depan. Bukan macam ni." Sekali lagi dia meramas rambutnya.

"Kita kena bersatu dengan L6 juga, Faqil." Kata Fir.

"Korang tunggu sini. Biar aku dengan Aryyan ajak." Aku menawarkan diri lalu aku dan Aryyan pergi ke arah kumpulan L6.

"L6..." Panggil aku. Faqil memandang aku.

"Ya Zayra." Hish dia ingat nama aku. "Um.. kami nak ajak berdamai. Nak keluar dari sini, umm kan?" Faqil diam lama lalu dia bangun dan mengajak ahlinya ke tempat perbincangan.

Kami berbincang bersama di bawah pokok yang besar yang agak tersorok sikit. Kyle, Faqil dan Fir agak tekun dalam perbincangan ini.

"Pintu tu akan buka pada pukul 7 malam ini. Kita kena sedia. Mungkin ada benda akan masuk. Ataupun kita cari jalan keluar." Kata Faqil. Aku lihat muka Faqil pucat seperti dia menahan sakit.

"Kita bersurai dan lengkapkan diri masing-masing." Arah Kyle.

"Aduh..." aku terdengar Faqil mengaduh perlahan, aku mendekatinya dan aku ternampak bajunya berdarah.

"Faqil... awak okey ke? Nak saya tolong." Aku menghulurkan tanganku kepadanya lalu dia memegang tanganku dengan erat.

"Aku... cedera sebenarnya. Aku ingat aku dah ikat dengan kain ni darah berkurang rupanya tidak. Menambahkan sakit adalah." Faqil memegang perutnya. Aku menyelak sedikit bajunya, besar juga lukanya.

"Marilah saya tolong rawatkan luka awak. Saya ada kuasa menyembuhkan." Aku memanggil Adam untuk menolongku. Faliq baring di atas sofa. Aku membawa kain yang sudah aku basahkan lalu letak diatas perut Faqil yang luka. Faqil mengaduh sekali lagi tetapi kali ini kuat.
"Glows By The Heart, Please heal Faqil's injury." Perlahan-lahan kuasaku menyerap pada luka Faqil. Dan lukanya hilang dan tiada sedikit parut pun. Faqil memandang aku.

"Terima kasih. Perut aku rasa tak sakit dah. Selesa." Kata Faqil. Aku mengangguk lalu tersenyum.

BOM.... TIT.... TIT....

"Ada benda masuk! Sekarang jam 6:59 petang! Pintu tu dah terbuka." Jerit Dico kumpulan A7.

"Sedia. Zayra!" Jerit Adam. Aku terkial-kial mengambil pedangku.

"Tolong!!! Arhhhh...." jerit Sasha. Aku terus mengeluarkan kuasaku. "Dynamite Power." Benda itu pecah, Sasha jatuh terjelepok di atas tanah.

"Pintu tu dah tutup semula. Pintu tu bukak selama 10 minit sahaja." Kata Kyle.

"Kita kena bersedia sekarang dan itu mungkin pintu keluarnya." kami semua bersurai dan masing-masing mula berlatih.

Aku duduk di tepi pokok keseorangan. Selalunya Zumar akan datang dan menemaniku sekiranya aku keseorangan.

Aku rindu Zumar. Apa dah jadi pada dia? Takkan dia berubah kepada jahat. Aku sayang dia. Zumar....

- - - - - - -

"Lepaskan aku! Apa kau nak buat dengan aku?" Sekali lagi Zumar ditumbuk oleh pengawal President Derose.

"Bertenang Zumar Al-Hadad. Saya cuma beri awak peluang untuk jadi orang kuat saya. Awak kena juga kalau tidak..." President Derose menunjuk Zumar gambar Zayra kepadanya. Zumar meronta-ronta.

"Sebenarnya saya ada kerja untuk awak. Saya tak suka Zayra Mawar. Sama sekali tak suka. Sebab dia paling BERKUASA dari kita semua. Saya tahu awak sebenarnya nak kuasa yang lebih mantap bukan? Itukan impian awak Zumar?" Zumar diam.

"Kalau nak tolong saya bunuh Zayra. Dan awak akan dapat ni bersama saya." President Derose menunjukkan krystal itu kepada Zumar. Tergamam.

"Tolong ya Zumar." Rayu Derose. Zumar memejamkan matanya... dia sayang Zayra, tak mungkin dia mengkhianati kumpulannya sendiri....

"Zayra......"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience