Sinopsis

Fantasy Completed 35006

Zayra @ Zayra Mawar Binti Muhammad Zayyan, berusia 18 tahun, dan seorang yang pendiam dan tidak begitu yakin dengan dirinya sendiri. Zayra terpilih untuk masuk ke Maze Academy yang didaftarkan oleh ibu kandungnya, Haira Yusuf.

Aryyan @ Beena Aryyana Binti Muqlis Ibrahim, berusia 18 tahun, dan seorang yang agak pendiam juga tetapi aktif dalam bidang pertahanan dan sukan. Aryyan terpilih ke Maze Academy kerana kakak tirinya, Sofia yang mendaftarkan namanya ke akademi tersebut.

Naurra @ Raisyyah Naurra Binti Ahmad Raizal, berusia 17 tahun, dan seorang yang periang dan kadangkala cepat marah. Naurra sendiri yang mendaftarkan dirinya ke Maze Academy kerana dia marah sangat pada ibu dan bapanya kerana mengabaikannya sejak dia mendapat adik kembar. Semuanya salah dia.

Aira @ Rasyida Humairah Binti Abdul Harrid, berusia 17 tahun, dan seorang yang serious. Aira terpilih ke Maze Academy ini kerana pak ciknya, Khairi yang mendaftarkannya dengan alasan dia perlu berdikari.

Boleh ke mereka berlawan dengan orang yang lebih berkuasa? Kuasa? Mungkin tidak wujud tetapi ada.

Genre – Fantasi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience