Chapter 2 - Level One

Fantasy Completed 35006

Sudah tiga minggu berturut-turut kami berlatih bermain pedang. Akhirnya kami dapat menguasai penggunaan pedang tersebut dengan maksimum sekali. Aku sekarang sudah handal dan cekap dalam perlawanan pedang. Zumar banyak mengajar aku cara-cara penggunaan pedang dengan lebih bagus. Tatik-tatiknya dan macam-macam lagi. Tapi, kenapa akademik ini tidak seperti akademik atau kolej yang lain. Biasanya di kolej ataupun universiti bangun dari tidur sahaja terus ke kuliah tetapi kami tidak pernah ada kuliah. Hari-hari berlatih dengan bidang pertahanan. Aku rasakan lain macam di akademik ini.

"Zayra, jauh kau termenung? Ingat Zumar ke?" Nyakat Naurra. Aku menjeling ke arahnya.

"Mana adalah. Tengah berfikir." Naurra gelak.

"Kau fikir apa? Serius nampak?" Aku membetulkan posisi kedudukanku lalu memandang ke arahnya.

"Aku nak tanya kau, kau ada rasa lain tak pada diri kau sendiri?"

"Ada. Sejak masuk akademi ni…” ayat Naurra tergantung.

"Apa?"

"Aku rasa lain sebab tiap-tiap malam aku mesti mimpi ada cahaya dating dekat aku.” Ting! Mimpi aku dan Naurra sama. Sebijik!

"Itu aku tanya sebab mimpi kau dengan aku sekarang sama."

"Hah! Seriously sama? Takkan mimpi kita boleh sama kot. Apa maksud mimpi ni semua.” Aku meramas rambutku. Tiba-tiba Aryyan dan Aira masuk ke dalam bilik dengan keadaan tercungap-cungap.

"Korang... aku dengan Aira nampak...." saspen Aryyan.

"Apa?" Serentak aku dengan Naurra.

"Tadi Prof. Alax suruh kitaorang ambil barang dekat Galaxy Hall. Masa kitaorang pergi ambil. Kitaorang nampak ada beberapa budak tengah berlatih dengan kuasa dia. Dia boleh terapung. Ada budak tu boleh keluarkan elektrik dari tapak tangan dia." Aku tergamam. Naurra ketawa terbahak-bahak.

"Entah-entah........" ayat Aira dipotong oleh aku.

"Mungkin Fir boleh jelaskan apa yang telah terjadi.” Lantas aku mencapai tudung lalu menyarungnya dan kami berdesup pergi ke bilik Fir.

- - - - - - -

"Eh awalnya datang, latihan kita lagi sejam." Fir membuka pintu setelah kami mengetuk beberapa kali.

"Kitaorang nak tanya sesuatu. URGENT!" Riak muka Fir berubah.

"Hai Zayra" senyum Zumar bila melihat aku. Aku membalas senyumannya.

- - - - - -

"Umm… macam ni…. Kita semua masuk sini mesti ada…ada… kuasa.” Beritahu Fir. Sekali lagi Naurra ketawa sehingga meleleh air matanya.

“Kami serius. Kitaorang pun ada kuasa. Tapi jangan terkejut.” Kata Fir.

“Um, Zayra selalu mimpi ada cahaya datang. Dan ada suara sebut perkataan-perkataan ni. Glows By Your Heart and It Will Happen.” Zumar memandangku.

“Sebut semula, tapi tukar “your” jadi “my” dan buat apa-apa permintaan.” Suruh Zumar. Aku memandang Zumar lalu menyebut, “Glows By My Heart And Make Me Know What Happen To Me.” Ada satu cahaya datang dan aku memejamkan mataku. Ada satu suara kedengaran, “Your power is Light Electric.” Aku terkejut cepat-cepat aku membuka mata. Naurra, Aryyan dan Aira tercengang melihat aku.

“Serius aku dengar suara orang tu.” Kata Aryyan. Aku menutup telingaku. Rasa rimas dengan semua yang terjadi ni. “Sabar Zayra, itu permulaan. Kita kena terima semua ni.” Kata Fir.

“Apa kuasa korang? Aku semakin serabut sekarang ni. Baik korang cakap cepat.” Ngeluh Aryyan.

“Kuasa aku menghayalkan dan pengsankan orang dan boleh buat orang lupa.” Beritahu Fir.

“Aku kuasa Api. Datang bila aku marah dan geram.” Kata Adam.

“Kuasa aku Ais.” Kata Zac.

“Kuasa Mar boleh lari laju dan bertindak dengan pantas.” Aku memandang Zumar. Dasyatnya.

- - - - - - - -

"Good Morning to my Mazer Members. Are you ready for the level one for this year, espeacially my newbies. I hope all of you will survive till the end of the games. Have a luck." Lady Dayana terus menghilangkan diri sebelum permainan itu bermula lagi 15 minit.

"Okey, kamu berempat ingat. Stay close each other. Never separated. Ingat kita kena selalu berjaga-jaga." Pesan Fir selaku ketua. Aku sudah berasa sangat gementar dengan permainan ni. Pedang itu aku pegang dengan erat. Bila-bila masa sahaja bunyi wisel akan dibunyikan.

Prettt....

Kami berlari.... berlari.... berlari... sehingga sampai di satu tempat.

"Ambil beg hitam tu... perlahan." Suruh Fir kepadaku. Belum sempat aku mahu mengambil beg hitam tersebut sudah beberapa kumpulan yang lain datang memanah ke arah kami. Ada yang sudah mengeluarkan pedang.

"Attack!" Arah Fir. Aku berlawan. Tapi aku terjatuh ke dalam air laut kerana musuh aku itu menolak aku dengan kuat. “Glows By My Heart, Please Save Me!” Aku mengungkap kata kuasaku dan aku dapat mengapungkan sedikit badanku.

Aku mencapai batu untuk naik ke darat. Basah kuyup aku. Aku terus menolak musuhku tadi yang sedang cuba mengambil beg hitam itu sehingga dia terjatuh. Aku terus mengambil beg hitam tersebut dan tiba-tiba semuanya tidak bergerak. Kaku. Kecuali aku. Apa sudah jadi?

Tiba-tiba Lady Dayana muncul dengan tiba-tiba di skrin awanan. Skrin ini muncul dari awan...

"Zayra Mawar... kamu berjaya mengambil beg hitam tersebut. Sekarang, kamu sebut betul-betul nama ahli kumpulan kamu." Terkejut aku. Aku tergagap-gagap mahu membuka mulut.

"Firash Zafa, Adam Mikael, Zacki Erwan, Zumar Al-Hadad, Beena Aryyanna, Raisyyah Naurra dan Rasyida Humairah." Lady Dayana senyum.

"Bagus. Kamu memang ada sifat setiakawan yang kuat. Buka beg tu dan lihat...." Aku buka zip beg tersebut lalu aku melihat isi kandungan beg tersebut dan tiba-tiba.... penglihatanku kabur dan terus gelap pandanganku.

- - - - - -

"Zayra......" aku terdengar sayup suara Zumar memanggil aku. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Sakit. Berat kepalaku terasa.

"Korang..." aku melihat Naurra dan Aryyan duduk disebelah aku.

"Zayra okey? Risau Mar." Aku senyum lemah.

"O..key. Apa yang terjadi?" Tanya aku.

"Kita menang game tadi. Skor kita 20. Kita dapat masuk game seterusnya. Kau berehatlah Zayra. Minda kau masih lemah." Kata Fir.

"Kau tu lemah sangatlah Zayra. Kau tak sepatutnya terpilih masuk ke sini. Kuasa kau lemah. Patutnya kita boleh dapat lagi skor yang tinggi disebabkan kau pengsan kita kekurangan skor. Kalau tidak kita boleh setanding dengan kumpulan lain.” Kata-kata Adam membuatkan hati aku sebak. Luluh. Sedih. Aku diam sambil menangis.

"Adam! Kau memang melampau!" Zumar menolak Adam. Mereka hampir sahaja mahu belasah sesama sendiri.

"Tak payah bergaduh sebab aku! Ya, memang betul cakap Adam. Memang aku lembik. Sebab itu bapak aku cakap aku ni pembawa malang sahaja dekat dunia." Aku bangun, perlahan-lahan aku jalan keluar dan terus ke bilik aku. Naurra, Aira dan Aryyan mengikuti aku.

Aku menangis teresak-esak disebalik selimut. Adam cakap aku lembik. Ayah pun cakap aku ni pembawa malang. Memang aku ni....

"Zayra... kau nak makan tak? Ni kitaorang ada bungkuskan nasi dengan lauk ayam masak merah dan sayur kangkung. Kau nak makan?" Perlahan sahaja suara Naurra memujuk aku untuk makan. Aku bangun perlahan lalu aku menyambut bungkusan itu.

"Terima kasih." Tu sahaja mampu aku jawab.

"Esok kita ada game lagi. Level Two. Dan kitaorang kena biasakan kuasa ni untuk lawan musuh kita." Aku senyum tawar lalu baring semula dan memejamkan mataku.

Tapi gagal, aku tak dapat nak pejamkan mata. Telingaku terngiang-ngiang suara Adam yang menghina aku. Aku menangis lagi. Hati aku malam itu begitu sebak. Aku rindukan ibu dan kakak-kakak. Kenapa ibu hantar Zayra ke sini? Zayra nak balik. Zayra tak suka dekat sini, baik Zayra duduk rumah tolong ibu. Kenapa ibu daftarkan Zayra dekat sini? Tolong Zayra nak keluar. Tersedu-sedan aku menangis. Dalam fikiranku sekarang, aku mahu pulang ke rumah. Nak jumpa ibu... kak long... kak ngah... kak cik. Aku akhirnya tertidur kerana terlalu penat menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience