Chapter 6 - Game On!

Fantasy Completed 35006

Dang... dang...

Tembakan demi tembakan kedengaran. Kami terus berlari. Banyak letupan di sebelah sana. Ramai ahli kumpulan yang lain sudah mati. Sekarang sudah tinggal 70 kumpulan daripada 100 kumpulan. Aku tak sampai hati nak berbunuh-bunuhan. Tapi nak buat macam mana aku sudah salah masuk akademik. Ibu mesti sangkakan akademik ni tempat untuk menuntut ilmu padahal akademik ni untuk ajar jadi jahat!

"Zayra hati-hati!" Jerit Naurra. Aku hampir terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam.

"Rara awak okey? Awak buat saya risau." Tanya Zumar. Sekarang Zumar sudah memandai-mandai panggil aku Rara. Haishh...

"Okey je Marmar." Zumar terkejut lalu ketawa.

"Awak ni ingat saya lantai ke?" Kami tergelak. Kami menyambung perjalanan kami.

Kami berhenti di tepi pokok yang rendang. Pokok tersebut dekat dengan jalan raya yang agak sunyi dan kereta yang tiada penghuni banyak di atas jalan raya. Aku sedang makan biskut yang diberi oleh Aryyan.

"Zayra... aku bosanlah dengan akademi ni. Kenapa dia ajar kita bunuh-bunuh ni?" Aryyan meramas rambutnya.

"Aku pun tak tahu......" tiba-tiba kumpulan X2 datang ke arah kami.

"Bagi makanan! kalau tak sorang-sorang aku bunuh." Kata ketua X2, Aiden. Aku memandang ke arah Hana dan Leia, aku hampir tidak kenal mereka kerana mereka sangat lain. Kasihan aku melihat keadaan Hana yang perutnya sedang membesar. Aiden adalah suaminya.

"Bertenang Aiden. Bertenang. Kami beri korang makanan. Jangan risau. Tapi tolong jangan bunuh kami." Aiden menangis lalu menjatuhkan senjatanya. Aku dan Naurra terus mendapatkan Leia dan Hana. Keadaan mereka sangat lemah.

"Dorang dah mati. Mati!" Teriak Aiden. Selepas kami memberi makanan kepada mereka. Fir bertanya kepada Aiden di mana ahli kumpulannya yang lain.

"Takpe Aiden. Mereka dah lepas dari akademi yang jahanam ni. Tinggal kita sahaja." Kata Adam.

"Lepas ni korang bertiga ikut kami." Kata Fir.

Hana dan Leia nyenyak tidur di atas kain yangku bawa. Aku memeriksa keadaan Hana dan Leia. Mereka baik-baik sahaja cuma kurang tenaga. Aiden juga baru sahaja melelapkan mata.

"Kita kena sentiasa berjaga-jaga. Always! Jangan sorang pun berpisah! Faham?!" Pesan Fir.

- - - - - - -

"Sekarang ni game semakin susah. Kita kena pandai guna kuasa kita. Kita dah tak ada masa lagi. Ada lagi 4 jam untuk kita dapatkan krystal itu." Kami berlari dan terus berlari.

"Ha ha ha! Tak semudah itu korang boleh dapatkan krystal itu. Aku yang dapat dulu. FREEZE!" Kata Kyle dari kumpulan A7 sambil ketawa jahat. Kaki aku kaku tidak dapat gerak.

"Ahhh... sejuknya..." Aira memegang kakinya yang membeku. Kami kebuntuan idea. Kuasa! Hah! Kuasa Naurra boleh membantu.

"Naurra, laser eyes now!" Naurra terkedu.

"Kalau aku laser , aku takut terkena kaki korang sekali. Aku tak dapat nak mengawal." Kata Naurra terketar-ketar.

"You can do it, Naurra! Please! We need to hurry or we will trap here FOREVER!" Kata Fir. Naurra memejamkan matanya lalu dia me-laser kaki aku dan aku dapat menggerakkan kakiku semula. Aku terus mendapatkan Hana. Selepas Naurra me-laserkan kesemua kaki, kami terus menyambung perjalanan kami. Sampai di satu tempat yang agak sunyi.

"Tu... ada benda bersinar di sebalik batu dinding. Cepat bertindak!" Arah Zumar. Aku berlari mendapatkan krystal itu. Tiba-tiba bahagian belakangku sangat sakit.

"Zayra!!!" Jerit Aira. Belakangku ditikam oleh Leia. Aku tidak sempat mencapai krystal itu. Aku terdengar Leia berbisik pada telingaku.

"Maaf, Zayra." Aku terduduk. Naurra me-laser ke arah Leia. Leia rebah terbaring di sebelah aku.

"Zayra, kau okey?" Aku memegang belakangku, darahku dah berkurang. Aku melihat Leia mati terbaring. Sedih. Aku terus mencapai krystal tersebut.

"Letakkan krystal tu! Kalau tak aku... bunuh kau." Aiden mengeluarkan kuasanya. Iaitu, elektrik.

Aira melindungi kami dengan mencipta Tornado besar yang menyebabkan kumpulan-kumpulan yang lain tidak dapat mendekati kami.

Aku menekan satu butang pada krystal dan krystal itu mengeluarkan cahaya yang agak menyilaukan mata kami dan tiba-tiba angin sangat kencang.

"Sebut kod dimensi dia!" Jerit Fir ke arah aku. Aku terkial-kial mahu membaca kodnya. Cahayanya membuat aku susah untuk baca kodnya.

"Krypton... Mazers.... 000" jerit aku sambil membaca kod dimensi dan tiba-tiba semuanya hilang. Malah kami tidak ada tenaga untuk menggerakkan tubuh kami sendiri. Aku rebah jatuh. Terkulai. Dan semuanya gelap......

- - - - - - -

Pak pak...

"Congratulations to Z3. Welcome back." Aku perlahan-lahan menggosok mata lalu aku ternampak President Derose sedang berdiri di hadapanku.

"President Derose..." aku memandang disekeliling bilik itu. Fir, Zac dan Adam sedang duduk diam di atas katil manakala Aryyan, Aira dan Naurra duduk di atas lantai. Mana Zumar?

"Mana Zu..." percakapanku dipotong oleh President Derose.

"Dia ada di bilik ujikaji." President Derose senyum sinis. Bilik ujikaji? Untuk apa? Tetapi soalan itu hanya ditanya di dalam hatiku sahaja. Mulutku sangat lemah untuk membuka dan bertanya.

"Bring them to the basement room and LOCK them." Aku terkejut.

"Lepaskanlah!" Marah Aryyan.

Kami dibawa ke bilik bawah tanah lalu dikurung disitu.

"Apa salah kami?! Kitaorang dah dapatkan krystal tu." Kata Zac.

"Krystal inilah akan menguatkan kuasa aku dan akademik ini akan lebih maju!" President Derose ketawa jahat.

"Zumar pula akan menjadi orang kuatku. Korang semua ni tak boleh diberi muka sangat. Selamat Tinggal!" Ahh... apa pula akan berlaku selepas ini. Zumar mengkhianati kami sekumpulan? Kenapa dia? Orang yang aku sayang. Kenapa mesti Zumar. Perlahan aku jalan di dalam bilik yang besar ini. Ianya bukan bilik! Seperti penjara yang besar buat kami. Bertembok-tembok besar sekelilingnya.

"Zayra... perut aku sakit. Tadi mereka suntik sesuatu pada perut aku." Mengaduh Adam sambil memegang perutnya. Mukanya kelihatan pucat. Aku terus mendapatkannya.

"Zayra... sini." Fir menemui tempat yang sesuai untuk kami istirehat di dalam penjara bertembok tinggi ini. Aku menangis sekuat hatiku. Apa yang akan berlaku kali ni? Kenapa President Derose jahat begitu? Apakah misi jahat dia? Kenapa Zumar menjadi mangsanya? Aku meramas kepalaku. Boleh jadi gila aku sekiranya tidak keluar dari akademik ini.

"Aku nak keluar... nak keluar. Nak balik..." Tangis Aira. Aku memeluk Aira dengan erat.

"Kita akan cuba keluar dari sini. Nampaknya bukan kita sahaja ada di penjara ini." Aku ternampak ramai kumpulan yang lain sedang berkumpul.

"Korang..." tiba-tiba aku dengar suara Hana...

"Jangan dekat dengan kami!" Tengking Naurra pada Hana. Hana menangis.

"Saya dah tak ada kumpulan. Tolong. Maafkan saya. Saya tak ada sesiapa lagi yang boleh teman saya." Kata Hana.

"Ahhh... macam la kitaorang tak tahu kau ada muslihat jahat lagi bila bersama kami." Marah Naurra lagi.

"Betul. Saya tak tipu. Saya tak ada muslihat jahat. Aiden dah tak ada. Leia pun sama. Tolong... saya merayu." Hana sudah melutut dihadapan kami.

"Hana, mari sini. Kami maafkan awak. Awak masuk dalam kumpulan kami." Kata Fir. Fir memang seorang pemaaf. Aku diam. Hana mendekati aku. Dia memegang tanganku lalu memelukku dengan erat. Aku perlahan-lahan balas pelukkannya.

"Last warning. Kalau kau tipu lagi. Memang tak ada peluang untuk kau." Ugut Naurra. Hana mengangguk perlahan sambil menundukkan kepalanya.

"Fir... Zayra lapar. Perut sakit sangat." Aku menahan perutku yang sedang memulas-mulas kelaparan. Fir memandang sayu ke arah aku lalu dia memberi seorang satu coklat.

"Ini beg Zumar. Zumar rajin bawa banyak makanan. Zayra, awak peganglah beg Mar. Jaga beg kesayangan dia ni." Aku mencapai beg Zumar lalu memeluk beg tersebut. Rindu dekat Zumar yang selalu menyakatnya. Mana dia? Janganlah dia berpihak kepada yang jahat.

"Zayra, kita kena keluar dari sini juga. Selamatkan Zumar dan balik kepada yang asal. Dan berpindah jauh dari sini." Aku angguk perlahan.

"Kita kena berlatih gunakan kuasa kita. Boleh kita lakukan?" Semua mengangguk semangat.

"Hana, apa kuasa awak?" Tanya Fir.

"Kuasa saya Sumber Suria." Jawab Hana.

Fir mengangguk. Fir menyuruh kami berehat sementara tunggu waktu untuk berlatih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience