Prolog One - Zayra's Story

Fantasy Completed 35006

18 years before,,,

"Congrats, your wife just gave birth, a Girl." Zayyan tersentak. Dia mahukan anak lelaki. Lelaki. Dia sudah tidak mahu lagi anak perempuan, kerana dia sudah mempunyai tiga orang anak perempuan. Zayda, Zayna, dan Zayfa. Cukuplah dia mempunyai tiga orang anak perempuan. Takkanlah yang keempat ini juga anak perempuan.

"Memang membawa malang keluarga aku ni." Zayyan mendengus.

Zayyan masuk ke dalam wad bersalin isterinya, kelihatan isterinya sedang menyusukan si kecil itu. Zayyan rasa meluat melihat bayi perempuan itu.

"Abang, anak kita perempuan lagi. Apa nama dia?" Haira yang sedang menyusukan bayi keempatnya melihat suaminya yang dari tadi berwajah masam.

"Entah aku tak tahu. Aku nak anak lelaki. Aku tak nak budak perempuan ni. Bawa malang je." Haira terkejut dan secara automatiknya air mata dia berjuraian.

"How could you say like this, Zayyan? This is our daugther. One day, she can be our luck. Just like Zayda, Zayna and Zayfa." Haira menangis teresak-esak. Si kecil yang baru habis menghisap susu hanya diam sahaja. Matanya bulat melihat ibu dan ayahnya bergaduh.

"Awak tak ingat apa kata ayah saya semasa awak mengandung? Hah? Tak ingat ke?" Haira diam. Dia teringat kata-kata buruk daripada mulut ayah mentuanya.

Flashback...

"Haira, pastikan kau hamil anak laki-laki. Kalau tidak, hidup anak aku akan menjadi malang. Kau sudah beranakkan tiga orang anak perempuan. Sudah cukup malang untuk anak lelaki aku. Kalau kandungan kau kali ini anak perempuan juga, hidup kamu berdua bertambah malang. Malang seumur hidup." Zayyan meramas rambutnya, Haira pula menangis apabila ayah mentuanya berkata begitu ketika dia sarat mengandung anak keempatnya.

- - - - - - -

Sebenarnya, Zayyan berketurunan Cina. Ayahnya Cina dan emaknya, Melayu. Ayahnya yang sudah berusia 73 tahun itu masih mempercayai benda-benda karut kerana dahulu pekerjaannya adalah tukang tilik.

Haira dipaksa oleh ibu dan bapa angkatnya untuk berkahwin dengan Zayyan tetapi Haira tidak suka akan perwatakan Zayyan itu yang seperti bapanya mempercayai benda karut. Apakan daya, dia dipaksa. Sehinggalah dia sudah melahirkan empat orang anak perempuan,hatinya tidak pernah mencintai Zayyan.

"Aku tak mengaku budak malang ni anak aku. Aku nak anak lelaki yang boleh menggantikan aku. Aku sudah tua. Siapa yang boleh menggantikan aku." Amukan Zayyan mengejutkan Haira daripada lamunan.

"Anak kita ini tidak bersalah apa-apa, abang. Mungkin dialah anak yang berjaya pada hari akan datang. Masa hadapan bukan terletak di tangan kita, abang. Terletak di tangan Tuhan." Zayyan merengus dengan kuat lalu ditamparnya pipi Haira sekuat hatinya. Si kecil yang dari tadi diam terus menangis.

"Aku menyesal berkahwin dengan kau. Kau tidak boleh menunaikan permintaan aku mahukan anak lelaki. Semuanya perempuan. Perempuan!" Zayyan keluar dari wad. Haira memujuk si kecil supaya tidak lagi menangis.

- - - - - - -

18 years after,,,

"Zayra, please come down. Have a lunch with your sisters." Aku terkejut daripada lamunanku apabila terdengar ibu memanggil aku. Aku terus turun ke bawah.

Ya. Akulah Zayra yang dipanggil oleh ibu tadi. Zayra Mawar Binti Muhammad Zayyan adalah nama penuh aku. Aku anak keempat, bongsulah. Aku mempunyai tiga orang kakak. Zayda Mawar ialah Kak Long aku. Dia berumur 23 tahun. Zayna Mawar pula Kak Ngah. Umur dia 22 tahun. Dia ni istimewa, dia tak boleh bercakap. Dan, Zayfa Mawar ialah Kak Cik. Dia berumur 20 tahun. Dan akulah anak bongsu ibu, berusia 18 tahun.

"Ya ibu... Zayra datang ni." Terkocoh-kocoh aku menuruni anak tangga. Sampai sahaja aku di ruang makan, kelihatan kakak-kakakku sedang menolong ibu. Aku juga turut menolong ibu.

"Zayra, kau dah habis sekolah ni. Kau ada plan nak pergi mana?" Aku yang sedang khusyuk menikmati nasi goreng ayam buatan ibu memandang muka Kak Long aku lalu membuat gaya berfikir.

"Hm.... rasa-rasanya.... Zayra tak fikirkannya lagilah." Kak Long mengganguk.

"Kau kena fikirkannya cepat. Kau jelah satu-satu adik aku yang boleh berjaya. Tak macam kami bertiga, kan korang?" Zayna dan Zayfa mengangguk setuju. Tiba-tiba ibu menyampuk...

"Jangan cakap macam tu, Zayda. Anak-anak ibu berempat ni semuanya akan berjaya. Keistimewaan kamu bertiga takkan halang kejayaan kamu. Terutama Zayna. Zayna boleh berjaya sayang. Jangan fikir negatif pada diri sendiri." Zayna tunduk apabila ibu mengusap rambutnya.

"Betul kata ibu tu, kak long, kak ngah dan kak cik. Tak mestinya orang yang sempurna je yang akan berjaya. Kakak-kakak Zayra pun akan berjaya juga." Zayda senyum.

Aku lupa nak beritahu korang semua, kakak-kakak aku sebenarnya tiga-tiga istimewa bukan hanya Zayna sahaja. Zayda,biji mata kirinya berwarna putih dan dia susah untuk melihat sesuatu yang jauh. Dia hanya nampak yang dekat sahaja. Kadangkala, penyakitnya yang seakan buta akan datang secara tiba-tiba. Zayna pula tidak boleh bercakap dan Zayfa pula kaki kanannya tempang dan dia jarang bercakap. Memang susah nak dengar dia bercakap.

"Dah... habiskan makanan kamu. Selepas itu, kamu tolong ibu kemas rumah ya." Kami berempat mengganguk.

Beberapa minit kemudian, setelah aku selesai menjamu selera, aku menolong ibu mengemas di ruangan hadapan rumah bersama kakak-kakakku. Ketika aku menyapu, aku ternampak dari luar rumah ada seorang posmen sedang memasukkan surat ke dalam peti surat rumahku.

Setelah posmen itu pergi, aku pergi ke peti surat lalu mengambil surat tersebut...

Kepada : Haira Binti Yusuf
Daripada : Pengurus Pelajar Maze Academy.

"Haa.. maze academy? Ibu nak sambung belajar ke?" Aku masuk ke dalam rumah dan terus pergi mendapatkan ibu.

"Ibu, are you gonna continue your studies?" Ibu terkejut lalu mengambil surat tersebut.

"Oh its not for me. Its for you. I registered your name to this academy. I'm glad that you will be choose to be part of Maze Academy." Aku terkedu. Aku masuk Maze Academy. Tapi........

- - - - - -

Malam itu, aku tidak lena tidur. Aku asyik memikirkan tentang surat tersebut. Kenapa ibu menghantar aku ke sana? Ahhh... serabutnya....

Aku terus mencapai laptop aku lalu aku menaip laman web Maze Academy tersebut.

M.A.Z.E ACADEMY

MAZE ACADEMY ditubuhkan pada tahun 1990. Seramai 600,000 ribu pelajar terdaftar di akademi ini. Maze Academy tidak seperti akademi-akademi yang lain. Pelbagai pembelajaran yang akan diajar disini. Kemudahannya juga semuanya lengkap. Kami mengalu-alukan kedatangan pelajar yang mempunyai keistimewaan DAFTAR di sini.

YURAN tidak perlu bayar sesen pun! Jangan risau!

"Hmm menarik... tapi.... kenapa ibu masukkan aku dekat sini. Aku mana ada apa-apa keistimewaan. Pelik." Aku bermonolog. Aku menutup komputer ribaku lalu aku memaksa diriku untuk tidur.

Malam itu, aku bermimpi yang aku telah dikuasai dengan satu cahaya dan cahaya daripada krystal kaca tu berkata sesuatu , Glows By Your Heart and It Will Happen. Dengan lenanya aku meneruskan tidurku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience