Chapter 4 - New Location

Fantasy Completed 35006

Pagi itu, aku orang yang pertama bangun lalu pergi kepada Zumar. Zumar masih tidur. Aku memegang kakinya untuk memeriksa lukanya. Dan tiba-tiba luka pada kaki Zumar hilang. Tiada satu parut pun.

"Zayra..." Zumar tersedar.

"Eh Mar dah bangun. Sorry for awake you." Zumar bangun lalu melihat kakinya.

"Awak guna kuasa awak?" Aku angguk.

"Terima kasih Zayra." Zumar tersenyum. Aku membalas senyumannya.

"Grup... bangun. Kita kena bergerak sekarang." Semua terbangun apabila mendengar suara Fir.

Kami memulakan perjalanan ke arah barat. Tiba-tiba Fir berhenti secara mendadak sambil memegang tab peta dan berkata....

"Ada beberapa kumpulan sedang datang ke arah kita. Kita akan diserang oleh mereka. Kita kena lari cepat." Kami berlari sekuat hati tetapi kumpulan-kumpulan yang lain sudah sampai di belakang kami.

Ada taufan besar mengejar kami sekumpulan, kami terdengar jeritan daripada kumpulan yang lain,

"Jangan kau harap dapat menang lagi! Itu hak kami!"

Kami berlari sekuat hati dan Aira mengeluarkan kuasanya, dia mencipta hujan yang selebat-lebatnya dan jerebu tebal lalu menghantar ke arah kumpulan-kumpulan yang lain supaya mereka lambat untuk ke tempat tersebut.

Kami sampai di tempat yang dikatakan oleh Fir. Kami mencari-cari barang yang harus diambil untuk pulang ke akademi. Tiba-tiba mataku tertarik dengan sesuatu sinaran yang tidak jauh dari situ. Aku pergi ke arah sinaran itu lalu aku memanggil mereka.

"I think we got it!" Adam dan Zac terus mendaki batu-batu keras untuk mendapatkan barang disebalik sinaran itu.

"Kita dapat!" Zac menunjukkan barang yang dikehendaki itu, barang itu di dalam sebuah kotak besar. Tiba-tiba....

"Zac! Adam! Turun.... batu tu nak runtuh!" Jerit Naurra.

"Cepat turun!" Arah Fir. Adam dan Zac cuba untuk turun ke bawah. Sedang mereka mahu turun, kaki Adam tersepit dengan batu-batu berat...

"Kaki Adam tersepit batu!" Jerit Zac.

Terus aku meletakkan begku di atas tanah dan memejamkan mata. Lalu hatiku berkata....

"Glows By My Heart And Please Save Adam And Zac From This Disaster..."

Kaki Adam yang tersepit dapat diselamatkan oleh Zac lalu mereka turun dengan selamat. Kami terus berlari. Kumpulan-kumpulan lain juga berlari ke arah kami. Sedang kami berlari, kaki kami tiba-tiba kaku tidak boleh bergerak dan kapal angkasa Lady Dayana mendarat di atas tanah.

"Congratulation to group Z3... Come... " Kami menaiki kapal terbang persendirian Lady Dayana.

- - - - - - -

7 bulan kemudian,,

"Grup Z3 please come with me after finish your meal." Kami sedang makan di kafeteria tiba-tiba Lady Dayana memanggil nama kumpulan kami. Kenapa pula? Hm...

Selepas makan, kami terus pergi ke tingkat 3, pejabat utama Lady Dayana. Aryyan mengetuk pintu pejabat Lady Dayana.

"Please come dears." Kami masuk ke dalam pejabatnya dan duduk berhadapan dengannya.

"Why you call us, Lady Dayana?" Tanya aku dengan sopan.

"I called all of you to tell you this...." Lady Dayana memberi aku kertas lalu aku membacanya.

Send Group Z3 To The Real Maze Academy.

Please send group Z3 to the real Maze Academy tomorrow. President Derose wants to meet Z3. Send them at 2pm punctual. Thank you.

"Kami dihantar ke real Maze Academy?" Tanya Fir dengan suara yang agak terkejut. Mungkin dia tahu mengenai real Maze Academy..

"Yes. Saya akan hantar awak semua esok dengan kapal terbang persendirian saya. Saya memberi harapan pada awak. Tetapi...." ayat Lady Dayana tergantung.

"Apa dia Lady Dayana?" Lady Dayana memandang aku.

"Sekiranya awak tewas dalam permainan ni. Nama awak akan blacklist dan awak akan dipandang teruk oleh orang lain." Kami terkejut. Lady Dayana meminta kami semua bersurai.

Kami berkumpul di atas pondok pokok yang telah disediakan oleh pihak akademi. Kami berbincang tentang kata-kata Lady Dayana tadi.

"Macam mana, kalau kita kalah nama kita akan di-blacklist-kan dan orang lain akan pandang serong dekat kita." Kata Fir. Kami bingung. Takut juga kalau pekara itu terjadi.

"Korang tahukan slogan akademi ni, First Entered Never Get Out. Kalau dah masuk tu kita tak boleh nak keluar selagi misi mereka tak habis untuk gunakan kita semua yang ada di akademi ini. Kalau tidak memang tak aman hidup kita." Kata Zumar pula. Aku memandang dia.

"Dah tu, kita kena juga pergi ke real maze academy. Baru aku tahu rupanya disini hanya tempat latihan untuk permulaan. Siapa yang terpilih tu memang nasib dialah kan?" Kata Aryyan sambil bermain-main dengan cahaya kuasanya.

"Apa boleh kita buat. Kita dah terpilih. Marilah kita kemas baju. Esok mahu bertolak. Jangan tinggalkan satu barang pun dekat sini. Mungkin kita tak akan datang sini lagi." arah Fir.

Kami bergegas ke dorm untuk mengemas barang-barang. Esok kami akan berangkat ke tempat baru. Rasa gentar. Seperti cabaran baru yang besar akan sampai.

"Zayra... aku rindu famili aku." Kata Aira. Aku pun turut rindukan ibu dan kakak-kakak.

"Sama... dah 9 bulan tak jumpa mereka." Kataku. Aku mengalirkan air mataku.

"Kau tak ada handphone?" Tanya Aryyan. Tingg... ideaku datang.

"Terima kasih Aryyan. Ingatkan aku." Aryyan gelak.

Aku mendial nombor ibu tetapi gagal. Tiada siapa yang jawab. Aku telefon beberapa kali, pun tidak jawab. Telefon kakak pun sama. Aduhh... kenapa seorang pun tak jawab? Hati dah tak sedap dah... hm... ibu jawablah telefon. Zayra rindu ibu.

"Tak angkat?" Aku menggelengkan kepala.

"Line tak sampai sana ke atau mereka dah sekat tak boleh call sesiapa dari sini." Mungkin juga kata Naurra.

"Tak apalah. Nanti aku try bila sampai tempat baru tu." Kami duduk bersama meluangkan masa sebelum tidur. Kami berkongsi cerita bersama-sama. Pahit manis yang kami lalui.

- - - - - - -

"Baiklah Z3 dah sedia? Kamu akan berangkat dalam beberapa minit sahaja lagi. Saya harap kamu terus maju." Kata Lady Dayana.

"Alahai mana Zayra dengan Zumar ni. Dah nak gerak dah ni. Aduii..." buntu Fir.

"Maaf korang lambat...." Zumar dan aku masuk lalu mengambil tempat duduk.

"Haa selamat ada. Dah duduk, ni badge korang. Gantung dekat leher." Aku mengambil badge tersebut lalu menggantungkan pada leherku. Aku melihat badge tersebut,,

Maze Academy Student

Name : Zayra Mawar
Age : 18
Position : The Protector

Tak sangka aku dalam posisi The Protector. Sejak ada kuasa ni aku rasa macam ini bukan diri aku. Aku dilahirkan normal dan aku tak tahu macam mana boleh ada kuasa dalam badan aku ni. TAPI aku perasan juga semasa aku kecil sekirannya aku cedera atau sakit, ia akan sembuh dengan sekejap sahaja. Tak sampai beberapa minit.

"Nah, menu makan pagi kita. Mihun goreng." Kata Adam. Hah, memang tepat pada masanya aku memang sangat lapar sekarang ni. Aku memandang Zumar. Zumar hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap, aku pergi mendekatinya.

"Mar, nah mihun goreng. Makanlah nanti perut masuk angin. Sabar ya Mar." Zumar memandang aku, jelas matanya berkaca menahan air mata bertakung.

Tadi sebab kami berdua lambat, Zumar mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Susah untuk Zumar lepaskan.
Walaupun hanya ibu angkat. Zumar sayang sangat pada ibunya kerana ibu itulah yang menjaga dia sejak dia berusia 2 tahun. Ibu dan bapa kandungnya entah hilang ke mana. Tak pernah jumpa. Sebenarnya dia bukan sepupu Firash. Firash berkata begitu kerana mereka membesar bersama-sama.

"Janganlah nangis, Mar. Ya. Jangan nangis." Zumar mengesat air matanya lalu tersenyum..

Aku tak tahu kenapa hatiku rasa bahagia bila bersama Zumar. Zumar sentiasa memahami aku. Dia selalu tolong aku bila aku minta pertolongannya.

"Kita akan sampai lagi sejam. Juruterbang tu kata." Kata Fir. Kami angguk faham. Hati rasa berdebar-debar bila Fir memberitahu kami akan sampai tak lama lagi.

Apakah cabaran seterusnya yang akan kami hadapi? Adakah ia semakin susah? Adakah senang untuk kami menang? Harap semuanya baik-baik.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience