Prolog Two - Aryyan's Story

Fantasy Completed 35006

"I'm pregnant! Your child!" Ariss menjerit sekuat hatinya, beberapa kali Ariss ditampar oleh Muqlis. Ariss yang sedang sarat mengandungkan anak Muqlis dituduh oleh Muqlis anak yang dikandungnya itu bukan anaknya. Arris marah. Sangat marah.

"Abang, saya sarat hamilkan anak abang. Abang boleh tuduh saya, anak yang saya kandungkan ini anak lelaki lain. Begitu senang sekali abang menuduh saya." Arris terduduk di atas lantai. Hatinya luluh dituduh begitu.

"Saya hairan. Awak tu mandul. Kenapa tiba-tiba boleh mengandung? Kita dah kahwin nak dekat 5 tahun. Baru sekarang nak ada anak." Muqlis tergelak.

"Kalau saya mandul kenapa saya boleh lahirkan Sofia dan Hilman?" Muqlis merengus.

"Ahh.. mereka berdua bukan anak kandung aku pun. Tak ada pertalian dengan aku." Arris mengagahkan dirinya untuk bangun.

"Kenapa dulu awak nak kahwin dengan saya? Dah tahu saya ni dulu janda anak dua. Awak ni memang playboy. Perempuan keliling pinggang. Awak buat rumah ni macam hotel persendirian awak je. Suruh saya itu ini. Bagi duit cukup-cukup sahaja. Awak memang suami yang tak boleh diharap." Arris sekali lagi ditampar sehingga dia terjatuh di atas lantai. Perutnya sangat sakit dan dia mengalami pendarahan. Muqlis terkejut, dia cuba untuk menolong Arris tetapi Arris menepisnya. Muqlis terus mendukung Arris dan membawanya ke hospital bersalin.

Arris selamat melahirkan bayi perempuan tetapi tidak cukup bulan. Bayi tersebut terpaksa dimasukkan ke dalam inkubator buat sementara. Muqlis menyesal akan perbuatannya. Sebenarnya Muqlis mahu berubah tetapi egonya masih kuat sehingga lupa akan azamnya untuk berubah kepada kebaikan. Apabila dia terdengar tangisan bayi perempuan itu menyedarkannya sesuatu.

"Arris, abang... minta maaf akan kelakuan abang sehingga menyebabkan Arris terpaksa melahirkan baby kita awal. Abang cuba untuk berubah. Tapi... keegoan abang masih kuat. Maafkan abang." Arris memaling mukanya dan dia menepis tangan Muqlis yang sedang memujuknya.

"Arris...." Muqlis mengalirkan air matanya apabila Arris tidak memberi respons kepadanya.

"Arris maafkan abang. Ini peluang terakhir untuk abang." Itu sahaja jawapan daripada Arris. Muqlis menarik Arris masuk ke dalam pangkuannya. Jururawat masuk ke dalam wad sambil menolak katil bayi perempuan mereka.

"Comelnya anak papa ni. Bulat. Tembam. Macam mama dia." Muqlis mengendong anak perempuannya yang sedang membulat matanya.

"Arris, Arris dah ada nama untuk dia?" Arris senyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Beena Aryyanna..." Muqlis memandang Arris. Arris mengangguk setuju.

18 years later...

"Aryyan! Kau ni memang suka menyakitkan hati akulah!" Marah Sofia.

"Kau kenapa? Suka cari pasal dengan aku... aku diam kau suka kacau aku. Aku dari tadi duduk dekat dalam pondok tu. Apa yang kau tak puas hati?" Aryyan membuat muka tegangnya apabila bergaduh dengan Sofia yang tua tujuh tahun daripadanya. Dasar umur dah tua tapi perangai sebiji budak-budak.

"Mana purse aku? Purse aku hilang! Mesti kerja kaukan? Mentang-mentang kau ni anak kesayangan. Naik menyampah aku dengan kau." Sofia mahu menampar Aryyan tetapi dihalang oleh Hilman.

"Sofia, kau apahal? Suka sangat bergaduh dengan adik." Tegur Hil.

"Hei, Hil aku ni kakak kau. Kau sepatutnya support aku. Kau dengan mama sama je. Semua sayangkan si gedik ni. Adik konon. Hakktuih... dia ni bukan adik kandung kita pun. Tiri je, TIRI." Sofia sahaja menguatkan suaranya apabila menyebut perkataan Tiri.

Aryyan sudah hilang tahap kesabarannya. Dia terus menerkam Sofia sambil menarik rambut Sofia sekuat hatinya.

"Kau cakap aku macam-macam kan? Kalau kau benci aku jangan masuk campur urusan aku. Aku tak usik kau, kau tak usik aku. So, deal right?" Sofia sudah habis dikerjakan oleh Arryan. Mulutnya berdarah kerana terkena tumbukan Aryyan yang seakan-akan WWE.

"Sofia! Aryyan! Sudah nak. Sudah." Jerit mama apabila melihat kami bergelut. Papa sudah menggelengkan kepalanya.

"Mama, Aryyan buat Sofia macam ni." Aryyan diam sahaja.

"Sudah mama kata. Masing-masing masuk bilik!" Marah mama.

Lemah-longlai kaki Aryyan berjalan, dia rasa bengang duduk serumah dengan orang tak siuman macam Sofia tu. Hilman okey sahaja boleh menerimanya sebagai adik tiri. Dia pula meroyan tak tentu pasal. Ada sahaja tak kena.

Sofia menghempas kuat pintu biliknya lalu mengunci, dia rebah di atas katil sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen. Tekun dia menonton iklan yang ditayangkan.

Iklan Kemasukkan Pelajar ke M.A.Z.E Academy tahun 2020/2021.

Marilah semua adik-adik yang berusia 17 tahun ke atas. Daftar ke Maze Academy, khas untuk pelajar yang mempunyai keistimewaan. Yuran semuanya ditanggung. Jangan risau.

Daftarlah sekarang.

Terus Sofia menghidupkan komputernya lalu melayari laman web . Sofia membaca beberapa fakta yang ditulis pada laman web tersebut. Kemudian dia membaca beberapa blog daripada budak-budak yang pernah mendaftar ke akademik itu.

"Peraturan Maze Academy sangat ketat. Tiada siapa berani melanggarnya. Sekiranya sesiapa yang berani, seumur hidupnya tidak akan tenang."

Sofia sudah tersenyum lebar. Dia akan membuatkan Aryyan sengsara duduk disitu. Tiada kebebasan. Peraturan ketat. Itulah pekara yang tidak digemari oleh Aryyan. Sofia terus mendaftarkan nama Aryyan ke akademi itu. Dengan penuh rasa puas hatinya.

- - - - - - -

"Aryyan, aku minta maaf selalu sakitkan hati kau. Sorry eh. Aku ni macam orang tak siuman je layan kau macam tu." Malam itu, mereka bermakan malam di restoran berdekatan. Aryyan terkejut mendengar kata maaf daripada mulut Sofia sendiri.

"Macam ada sesuatu je." Monolog Aryyan.

"Hm... okay. Takpe." Itu sahaja jawapan daripada Aryyan. Malas nak berpanjang lebar. Dia tengah berselera untuk makan malam. Mama dan papa senyum apabila mendengar kata maaf daripada Sofia.

"Ingat aku percaya dia nak berbaik. Mesti ada udang disebalik batu punya. Mama dengan papa cepat sangat percaya. Takkanlah selama 18 tahun aku hidup dengan dia. Asyik nak cari gaduh saje tetiba nak minta maaf. Haishhh..." bisik hati Aryyan.

- - - - - -

"Aryyan sayang... ada surat untuk kamu ni." Aryyan yang sedang membersihkan biliknya, mendengar mama memanggil namanya.

"Ya mama... The letter is for me? Seriously?" Mama mengangguk.

"Aik, lain macam je ni. Tak pernah-pernah ada surat untuk aku. Dari Maze Academy. Akademi apa ni? Tak pernah dengar pulak...." aryyan mengoyak sampul surat tersebut dan mengeluarkan suratnya lalu membaca.

TAHNIAH!
ANDA BERJAYA UNTUK MASUK KE MAZE ACADEMIY PADA 20 JULY INI.
TERIMA KASIH KERANA MENDAFTAR KE AKADEMIK INI.

SILA BAWA SEPERTI BERIKUT;

-DOKUMEN PENTING
-FILE
-GAMBAR

"Bila masa aku daftar diri aku dekat akademi ni. Siapa punya kerjalah ni?!" Jerit Aryyan.

"Aryyan... kenapa tu?" Papa menegur aku.

"Papa! Siapa yang berani daftarkan Aryyan dekat akademi ni. Aryyan tak naklah." Aryyan meramas rambutnya.

"Aku. Aku yang daftarkan. Supaya kau boleh belajar berdikari. Tak payah mengharapkan papa dan mama." Kata Sofia dengan wajahnya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Kau pahal ah? Kau suka cari pasal? Aku tak nak masuk akademi tu. BERDIKARI KONON! PATUTNYA KAU YANG MASUK! TAKNAKLAH BODOH!" (Pangggg....) Muqlis menampar pipi Aryyan sehingga Aryyan melayang jatuh ke atas sofa. Aryyan tergamam lalu dia terus berlari masuk ke biliknya dan menangis.

"Aku benci! Benciiii!" Aryyan menghempas semua barang-barangnya ke atas lantai. Dia menghempas tubuhnya di atas tilam kemudian dia memejamkan matanya dan dalam bayangannya dia ternampak sesuatu yang akan berubah pada dirinya sekiranya dia masuk ke akademi itu. Aryyan cepat-cepat membuka matanya. “Argh! Sempat pula aku berkhayal.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience