Malam itu kami bermalam tepi bukit.. Awang kelihatannya sedang tidur mati sekali lagi. Barangkali mungkin dia agak keletihan. Maklumlah seharian berjalan.. Kelembai pula sedang nyenyak tidur berlapikkan pahaku sambil aku mengusap rambutnya dengan perlahan..
Suri datang mendekatiku lalu dia memberikan secawan kopi panas padaku..
Nah.. Minumlah sementara masih panas. (jkata Suri lalu dia duduk disebelahku.)
Macam mana kelembai boleh kenal dan rapat dengan kau.?? (Tanya Suri sambil melihat kelembai).
Hmm… Ntah lah.. Mungkin sebab baju ni kot.? Sebab baju yang dipakai oleh aku sekarang ini, adalah pemberian dari Nenek Kebayan.. (jelasku.)
Kesian aku tengok dia. Menangis sahaja dari tadi.. Aku rasa dia terlalu rindukan Damak agaknya sehingga aku pun disangkanya Damak.. (jelasku lagi..)
Hurmm….
Yela… Kekadang sakitnya sesebuah rindu itu lebih menyakitkan dari ditarik sembilu… (ujar Suri lalu meminum kopinya.)
Aku hanya tersenyum selepas mendengar kata-kata dari Suri.. Lalu Suri menyambung pertanyaannya itu..
Boleh aku lihat pedang kau.?? (tanya Suri.)
Ohh.. Boleh.. kejap ya.. (jawabku, lantas aku mengambil pedangku yang aku letak dibelakang lalu aku berikan pada Suri.)
Nah… (aku meletakkannya dihadapan Suri.)
Dengan perlahan Suri mengusapnya dan membeleknya…
Sarungnya bersisik seperti sisik naga…
Tidak syak lagi…
Inilah Kencana Hitam…(Suri menyebutnya.)
Kencana Hitam.?? (Soalku.)
Ya.. Nama pedang ini Kencana Hitam..(Jawab Suri.)
Macam mana kau tahu.? (soalku.)
Semua orang di Langsamudera mengenalinya… Kerana didunia ini hanya ada satu pedang sahaja yang mempunyai sarung bersisik seperti ini.. Dan sisik ini adalah sisik asli yang diambil dari seekor naga… Pedang ini juga adalah pedang kesayangan Angmaar dan hanya dia sahaja yang memilikinya.. (jelas Suri.)
Aku yang mendengarnya menjadi terkejut…
Sisik Naga.??
Jadi Naga juga wujud di Langsamudera ini.???
Apakah Naga itu sekutunya Angmaar.?? kerana pedang ini adalah milik Angmaar… (bisik hatiku.)
Yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimana pedang ini boleh ada pada kau…? (tanya Suri lagi sambil mengusap tangannya membelek bentuk sarung pedang itu.)
Aku pun sebenarnya tak tahu pedang ini milik Angmaar… Sebab pedang ini pun pemberian dari nenek Kebayan padaku.. Dia berikan padaku semasa kita hendak bertolak haritu…(jelas aku.)
Ouuchhh..!!! (Suri menjerit lantas dia menarik tangannya dari pedang itu..)
Mata aku terpandang pada pedang itu, ada tumpukkan darah Suri pada pedang itu, lantas dengan dua biji mataku, aku melihat darah itu meresap kedalam sarung pedang itu seolah-olah seperti sarung itu menghisap darahnya Suri..
TAJAMNYA SISIK SARUNG PEDANG INI..! (jelas Suri sambil menghisap jarinya yang terluka.)
Huhh..!! Nampak gayanya pedang ini memang sentiasa lapar… Amat sesuai dengan jolokannya… Pedang Si Pedahaga Darah… Kau kena hati-hati Azizi.. Berkemungkinan Angmaar sedang mengincar kita menggunakan pedang ini..(kata Suri.)
Boleh jadikah perkara yang seperti itu.? (tanyaku lagi.)
Mungkin sahaja… (jelas Suri lalu Suri menguap menandakan mengantuk.)
Suri pun bangun dan mengeliatkan badannya lantas dia pun terus ke tempat tidurnya sambil berkata..
Malam ni kau pula berjaga.! Aku nak tidur… Selamat malam.. (kata Suri lantas terus dia masuk ke dalam selimutnya meninggalkan aku yang terpinga-pinga..)
Arrhh Sudah..!!
Dia bagi aku takut, lepas tu dia pergi tidur tinggalkan aku.. Kalau jadi apa2 macam mana nanti.?? (bisik hatiku.)….
Malam itu aku pun berjaga dengan memerhati sekeliling namun tidak lama, kerana aku juga terlelap dibuai oleh tiupan kesejukan angin malam yang indah……
Pagi esokkan harinya kami bangun, mengemas semua peralatan kami dan memulakan perjalanan kami semula.. Semuanya berjalan dengan baik. Aku melihat kelembai pun nampak sedikit ceria berbanding dengan hari yang semalam..
Abang Damak…. Kita nak kemana sebenarnya..? (tanya kelembai.)
Kita akan pergi ke Daiya.. Kerana Abang ada beberapa urusan yang harus diselesaikan.. (jelasku.)
Oh ya, Kelembai.. Boleh tak mulai hari ini kamu jangan panggil abang.. Damak..? (soalku.)
Kenapa.?? (tanya Kelembai.)
Sebabnya abang perlu merahsiakan nama itu buat masa ini.. Agak bahaya untuk abang menggunakannya.. (jelasku lagi.)
Jadi Kelembai nak panggil abang apa.?? (tanya Kelembai lagi.)
Panggil sahaja Abang Azizi.. Atau Abang Zey… (jawabku.)
Ohh baiklah.. Kalau begitu kelembai pun nak tukar namalah.. Panggil Kelembai ni… Puteri.. Boleh..? (tanya Kelembai.)
Aku melihatnya dengan senyuman, lalu aku menjawabnya…
Boleh PUTERI….
Kelembai yang mendengarnya menjadi gembira..
Kelembai.!! Ehh…. Puteri… Kamu umur berapa.?? (tanya Awang.)
Umur saya 300 tahun.. (jawab puteri sambil berjalan melonpat-lompat seperti anak kecil.)
APA.??!! 300 TAHUN..??!! (Kami bertiga terkejut mendengar jawapan Puteri.)
YAAA… (Puteri menganggukan kepalanya.)
Kalau begitu nama Puteri tak sesuai.. layaknya kamu dipanggil NENEK..!! (usik Awang.)
Awang..!!! (Puteri menjerit pada Awang, terus mengejar Awang.).
Awang berlari mengelilingi Aku dan Suri sambil dikejar oleh Puteri.. Suri sedikit ketawa bersama melihat gelagat mereka itu. Aku memandang wajah Suri.. Inilah kali pertama aku melihat dia ketawa….
Namun aku merasa sedikit kehairanan..
Kenapa jiwa ku terasa kosong?? Selalunya aku mudah terhibur, namun kali ini perasaanku rasa berbeza…
Rasa seperti…..
Ahh… Perasaan hati sahaja ni.. (bisisk hatiku.)
Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta kuda ditepi jalan sambil berdiri beberapa lelaki.. Kami pun mendekatinya, lantas kami disergah oleh lelaki itu..
Hey budak..!! Kau nak kemana.?? (tanya lelaki itu.)
Kami nak ke Daiya… (jawab ku.)
Lihat dari gaya mereka mesti mereka sekumpulan perompak.. Rasanya lelaki ini mesti ketua mereka.. (bisik hatiku.)
Puteri yang melihat mereka berlari menyorok dibelakangku dengan ketakutan. Aku melihat dua rakan lelaki itu sedang seronok ketawa sambil memukul, dan memijak seorang lelaki yang tidak berdaya… Manakala seorang lagi rakannya sedang merogol seorang perempuan disebalik kereta kuda itu.. Mendengar jeritan perempuan yang merayu untuk dilepaskan itu membuatkan darahku mulai menyirap…. Aku menggenggamkan tanganku dengan kuat menahan amarahku..
Kau tahukan sesiapa yang melalui jalan ini harus membayarnya..?? Kau mesti tak nak nasib kau seperti mereka bukan.?? (tanya ketua mereka.)
Tiba-tiba datang lelaki yang telah merogol perempuan itu sambil berkata,
Kalau kau tiada duit pun tak apa…. (lelaki jalang itu mendekati Suri.)
Asalkan, kau kasi kami pinjam sekejap teman wanita kau yang comel ini pun boleh…. (ujar lelaki jalang itu sambil memegang wajah Suri sambil membeleknya.)
Huuuih…. Wanginya bau….
Adik ikut abang nak.?? (tanya lelaki jalang ikut selepas menghidu Suri.)
Tindakan lelaki jalang itu membuatkan rakan-rakannya yang lain mengetawakan kami..
Tiba-tiba Suri terus memegang kuat pergelangan tangan lelaki jalang itu, lantas Suri mengeluarkan pisau belatinya dan terus mencantas tangan lelaki tadi hingga putus…
ZaApPP..!!!
AAAGGRRHHH..!!!! (jerit lelaki itu sambil memegang tangannya yang putus.)
KURANG AJAR KAU..!! (jerit ketua mereka.)
Ketua mereka terus melulu hendak menumbuk Suri, namun aku sempat berlari untuk menepis lelaki itu, lantas aku membuka beberapa langkah dan menendang lelaki itu sehingga membuatkan dia mengundur ke belakang…
Aku, Suri dan Awang menjadi terkejut sekejap..
AKU BOLEH BERSILAT.??
TAPI SEJAK BILA..??? (bisik hatiku.)
Hahah… Cantiklah, masa inilah akan tunjukkan pada Suri bahawa aku adalah ANAK JANTAN..!! Bukannya pondan seperti yang dia katakan kemarin.. (bisikku lagi..)
Lantas dengan perlahan aku menghalakan pedangku kearah ketua mereka.. Dan aku berkata…
HEY MUSIBAT..!!
Ku beri kau satu pilihan..
Pilih satu antara dua….
Nyawa atau Harta.???
DASAR BANGSAT..!! (jerit ketua mereka, lantas terus berlari ke arahku sambil menghayunkan pedang.)
Aku tersenyum sambil berkata..
Maka kau lebih memilih nyawamu untuk diserahkan padaku….
Dengan secara tiba-tiba aku mampu melihat dan membaca gerakan lelaki itu.. Aku melihat pedang itu dihayunkan tepat ke arah kepalaku.. Aku pun terus mengelak lalu aku menusuk pedangku tepat kedalam mulutnya, lantas aku menekan tanganku sehingga membuatkan lelaki itu berlutut dihadapan ku… Setelah itu, aku membenamkan pedang ku sehingga anak mata pedangku tertembus di punggungnya… Dengan kejamnya, aku menahan aksiku itu untuk aku jadikan tontonan kepada anak buahnya yang lain.. Mereka yang melihat kejadian itu menjadi tekesima… Tubuh mereka mula bergetar kerana melihat pedangku yang sedang menghisap segala isi tubuh ketua mereka sehingga mayat ketua mereka menjadi kering.. Yang tinggal hanya kulit dan tulang sahaja..
Ma..mana darahhnya…???? (kata lelaki A.)
I…itu… Ped…pedang Angmaar..!!!
Arrrhhh..!!! (menjerit lelaki B dan mereka berdua lantas berlari meninggalkan tempat ini.)
Tiba-tiba, lelaki yang telah Suri cantas tangannya, datang menyerangku sambil menjerit..
Argghhh… Matii kau, MATI..!!! (sambil menghayunkan pedang.)
Aku mengelaknya lantas aku memegang tangan kirinya yang dia gunakan untuk menghayunkan pedang itu, lalu aku memusingkan badannya kebelakang.. Terus aku menusuk pedangku dari belakang tubuhnya hingga tembus.. Aku menarik semula pedangku, dan terus aku menebas kepalanya hingga putus.. Lalu aku menusuk pedangku tepat kearah jantung… Terus aku berkata dengan nada yang perlahan..
Mulakan…
Pedangku pun mula menyedut jasad lelaki itu hingga kering.. Perbuatanku itu membuatkan Suri, Awang, dan Puteri menjadi tergamam…
Siapa Azizi yang sebenar.??
Bagaimana dia boleh sehebat itu hanya dalam satu malam.??
Apakah kerana pedang itu..?? (bisik hati Suri.)
Zalimnya..!!
Tapi Awang suka..!! (jerit Awang padaku.)
Jeritan Awang telah menyedarkan aku.. Lantas aku terasa sakit kepala yang teramat.. Aku terus berlutut sambil memegang kepalaku menahan sakit..
Apa yang dah terjadi..
Kenapa kepalaku secara tiba-tiba terasa sakit sangat ni..?
Kenapa aku mampu menjadi sekejam ini..?
Dan…
Aku mahir berlawan.??(bisik hatiku..)
Kau tak apa-apa Azizi.?? (tanya Suri.)
Oh tak.. Aku baik sahaja… (balasku.)
Kelihatan Suri juga merasa keanehan terhadap diriku… Aku cepat-cepat bangun dan menyimpan pedangku.. Suri mula membantuku melihat keadaan pasangan yang telah menjadi mangsa kerakusan penjenayah tadi..
Perempuan ini dah mati..!! (jerit Puteri pada kami selepas dia memeriksa perempuan itu.)
Lelaki ini pun… (Jerit Awang..)
Aku hanya mendiamkan diri sambil melihat kesisi lain..
Mari kita kebumikan mereka… (kata Suri..)
Baiklah.. (balas Awang dan Puteri.)
Tiba-tiba aku mendengar sebuah suara berbisik padaku..
Lapar…………
Lapar…………
Satu sahaja lagi…
Aku lapar…….
Aku terkejut, lalu aku menoleh melihat sekeliling, namun tiada sesiapa yang hampir denganku.. Aku melihat Suri, Awang dan puteri juga jauh padaku… Lantas aku melihat pedangku… Secara tiba-tiba aku merasakan denyutan yang sangat kuat sekali lagi, dan kali ini juga ia tetap sama, hanya berdenyut kuat cuma sekali denyutan…
Nanti..!! Tinggalkan mayat itu padaku.. Kamu bertiga uruskan tempat ini.. KIta ambil kereta kuda ini sebagai kenderaan kita… (kataku sambil mengambil cangkul.)
Benarkah.? (tanya Suri..)
Yaa… Lekas..!! Jangan lengah lagi.. Takut nanti perompak itu datang membawa rakan pula.. (ujarku)
Mereka bertiga pun mengikuti sahaja arahan ku tanpa berkata apa-apa.. Aku mengangkat kedua mayat itu lalu aku membawa mereka kesatu tanah gersang yang tidak jauh dari tempat kami. lantas aku menggalinya sedalam yang mungkin.. Setelah menggali, aku memasukkan mereka kedalam tanah…. Lalu……
Aku mengeluarkan pedangku dan aku menusuk mereka… Aku biarkan pedangku menghisap darah mereka berdua sehingga kering.. Setelah itu, aku pun menguburi mereka dengan cepat.. Suri memandang aku dari jauh, tetapi dia tidak tahu akan perbuatan ku itu.. Selesai sahaja menanam mereka, aku pun berjalan meninggalkan kuburan itu, dan sekali lagi jantungku berdenyut kuat.. Tiba-tiba aku dapat merasakan satu aura yang sangat kuat mula merayap ditubuhku. Terasa tenaganya sangat kuat.. Aku pun sampai kepada Suri, Lalu aku berkata..
Ayoh kita berangkat.. (kataku.)
Marilah.. (balas Suri.)
Kami pun bertolak menuju ke Daiya dengan menaiki kereta kuda yang dipandu oleh Suri.. Dari kejauhaan kami diperhatikan oleh seseorang lelaki yang sama memerhati kami semasa di Nauria sebelum ini……
Sementara itu di Singgahsana Istana Mahajarawi…
PADUKA..!! Kami telah pun menyiapkan beberapa perangkap seperti yang diminta oleh Paduka, dan kini kami masih lagi membaik pulih beberapa balastik sebelum membuat uji cuba Paduka.. (jelas panglima.)
BAGUS..!! Dan bagaimana pula dengan arahan bantuan yang Beta minta keluarkan tempoh hari itu.? Apakah sudah ada jawapan dari mereka.??(tanya Paduka..)
Maafkan patik Paduka, kerana sampai sekarang patik belum lagi menerima surat balas dari pihak mereka Paduka.. (jawab Paduka.)
Hmm.. Baiklah,, Kalau begitu kirimkan surat keras kepada mereka, pastikan mereka mahu menerimanya.!! (arah Paduka.)
Baik Paduka..! (jawab panglima.)
Anakanda… Apa kamu sudah siapkan alatan untuk melatih tentera baru.?? (Tanya Paduka kepada Tengku Muzaf.)
Sudah ayahanda.. Dan untuk maklumat ayahanda, untuk dua hari ni sahaja kita sudah pun menerima hampir 500 pendaftaran dari kalangan anak muda, ayahanda.. Idea ayahanda untuk menaikkan upah gaji tentera memang bernas.. (Puji Tengku Muzaf.)
Hahaha.. Itu sudah tentu.. Hanya dengan cara itu sahaja kita mampu menarik ramai rakyat miskin yang berada diluar sana untuk menjadi askar kita.. Setakat melaburkan sedikit sahaja harta Beta untuk membeli nyawa mereka, Beta tak kisah… (jawab Paduka dengan sombong.)
Bagaimana pula dengan Kakanda Suri.? Perlukah Anakanda memberitahu padanya.?? Kerana pada pengamatan Anakanda, kemahiran Kakanda Suri itu amat diperlukan sekarang.. (tanya Tengku Muzaf.)
TAK PERLU..!!
KIta sudah ada tentera yang ramai dan sanggup mati untuk negara.!! Kita tidak perlukan budak bertuah itu.. Lagipula Suri itu perempuan..! Tenaga dia sahaja tidak setanding dengan tenaga lelaki.. Buat apa kita perlukan khidmat dia.. (jawab Paduka.)
Baiklah ayahanda… (jawab Tengku Muzaf.)
Hmm… Kakandaku Suri… Dimanakah kau…. Kekanda harap dikau selamat di luar sana…… (bisik hati Tengku Muzaf sambil termenung sebentar.)
Pedang Kencana Hitam merupakan sebuah pedang yang paling digeruni kerana pedang ini dikatakan mampu meniru kekuatan pihak lawan hanya dengan menghisap setitis sahaja darah mereka.. Ia juga mampu memberikan kekuatan yang tak terhingga kepada si penggunanya namun harus ada bayaran setimpal.. Dikatakan setiap kekuatan yang diberikan oleh Kencana Hitam harus dibayar dengan diambil satu demi satu sifat kemanusiaan si penggunanya sehinggalah jiwa si penggunanya menjadi kosong.. Pedang Kencana Hitam merupakan pedang kesayangan Angmaar kerana dahulunya pedang ini diciptakan oleh Angmaar untuk dihadiahkan kepada Suaminya.....Namun akibat beberapa sumpahan yang terjadi keatas Angmaar telah menyebabkan pedang ini berubah sifat wujudnya..
Share this novel