Bab 10

Romance Series 11163

"Woi Alief!!"

Alief menjauhkan sedikit Iphone nya dari telinga. Haih! Boleh pekak aku dibuatnya! Memang nak mati awal agaknya si Ameer ni.

"Kau buat ape?" soalnya selamba.

"Buat bodoh. Kau kenapa tiba-tiba call aku ni?" Alief menghalau kakaknya yang mencuba untuk mendengar perbualannya. Aish. sebok betul si Cikgu Nurul ni.

"Bosann ah. Lepak jom!"

Eh eh Ameer ni. Bukan haritu dia kata jangan kacau dia waktu cuti. Mentanglah dah ada Ps4 dekat rumah. "Bosan kepala hantuk kau! Haritu kau kata tak payah kacau kau. Nak lekat dengan Ps4 konon!"

Alief menghuyung hayangkan kakinya untuk menghalau cikgu Nurul. Sebok lah! Tak pasal-pasal nanti ter-flying kick kakaknya yang seorang itu.

"Ak alah kau ni. Kasi mampos lah dengan Ps4 tu. Jomlah. Ajak Faris sekali!" Alief ketawa mendengar kata-kata Ameer. Kasi mampus!

"Nak lepak manoi?"

"Ioi city mall jom?"

"On je. Pukul 1:30 nanti aku sampai."

"Cantek! cepat sikit ye."

"Iyelah cik abang."

Selesai membuat panggilan Alief terus membuka almari pakaiannya. "Ha! Buat pe tuh?" Sergah Nurul kuat. Kemudian dia terus ketawa apabila melihat reaksi Alief.

"Ish apa ni kak! Tercekik orang nanti macam mana?" Alief mengurut dada. Kurang santan punya kakak.

"Sorry ye Dany. Dany nak pergi mana ni?" Nurul merenung adiknya tidak berkelip.

"Nak pergi jamban." acah Alief. Dia sudah mengeluarkan baju yang hendak dipakainya. Nurul mengerutkan dahi. "Kepala hotak kau jamban. Tadi kata 1:30 nanti sampai? Sampai jamban??"

Alief menepuk dahi. "Apalah kakak ni." Nurul menayang sengih. Di sekolah memang dia kadang-kadang garang habis. Di rumah dia sangat suka bergurau. Kadang-kadang boleh tercekik Datin Marziah dibuatnya.

Melayan karenah kakak yang seorang ni.

Alief pula manja terlebih. Di sekolah acah-acah gengster. Sampai rumah, dah jadi kucing. Mengesot je dekat Mama dia. Tapi kalau Alief marah, memang keluarlah gaya samseng dia tu. Hati-hati.

"Dating ngan awek eh?" duga Nurul selamba. Pantas Alief menggeleng.

"Ameer ajak lepak kat Ioi City mall dengan Faris. Dah, kakak pergi keluar! Orang nak tukar baju. Shuh!!" Alief menolak badan kakaknya sehingga keluar dari bilik.

Nurul mencebik.

•••••

"Cepat sampai?" Tegur Alief sebaik sahaja nampak kelibat Ameer dan Faris. "Siapa yang lembab?" Sindir Faris. Punya lah macam tugu negara dia dan Ameer menunggu si Alief ni. Naik uber ke jalan kaki bang?

Alief cuma tayang muka tak bersalah.

"Jomlah. Kita pergi Baskin Robbins dulu. Jomm!" Ameer sudah melangkah dengan teruja. Siap buat gaya superman lagi.

Alief dan Faris ternganga. Apa yang dah rasuk si Ameer tum

"Hoi! Cepatlah!" Ameer melaung. Tercegat dok situ buat apa? Dalam hairan, mereka melangkah jua mengikut Ameer yang tergedik-gedik tu. Dah kenapa happy sangat ni?

Sebaik mereka sampai ke Baskin Robbins, Faris menarik Alief. Alief menoleh. Apahal dia ni? Faris dipandang dengan dahi berkerut.

"Aku rasa aku tahu kenapa di tiba-tiba ajak kita datang sini" bisik Faris. Alief mengangkat kening. "Tu! Kau tengok belah kanan tu. Ada tiga orang minah tu, and.." Faris sengaja tidak mahu menghabiskan kata-katanya. Dia tersengih.

Alief mengerutkan dahi. Seketika kemudian, dia tersengih. "Jadi, dia datang sini nak jumpa Shafiqah tu ke?" Alief tersenyum sumbing.

Dia memandang Iqa, Hasya dan... Ayna. Ayna pun ada bersama juga. Entah kenapa Alief berasa sedikit teruja. Senyuman terukir di bibir.

"Jumpa?? More to like, stalk her bro" Jawab Faris selamba. Mereka mula bergerak mendekati Ameer yng sedang memilih ais krim di kaunter itu.

"Kau betul ke ajak kitaorng datang sini nak lepak??" soal Faris menyandarkan tubuhnya pada kaca yang tertera pelbagai jenis perisa ais krim.

Ameer dipandang dengan kening terangkat.

Alief tersengih. Bahu Ameer dipegang.

"Betul ah. Nak buat apa lagi? cepat ah pilih. Korang nak ais krim apa?" cepat-cepat Ameer menukar topik. Matanya memandang pelbagai jenis perisa ais krim untuk di pilih.

Sesekali dia tertoleh-toleh ke arah tempat duduk Iqa, Hasya dan Ayna.

"Yela Ameer yelah. Aku nak cookies and cream. Kau bayar dulu. Nanti aku ganti." selamba Alief order macam dekat kedai mamak.

Faris pula bayar sendiri untuk ais krimnya. Mereka kemudian duduk di meja berdekat dengan Ayna, Hasya dan Iqa.

"Woi, kau dah tangkap cintan eh dengan si Iqa tu?" soal Faris menyiku lengan Ameer yng dari tadi duk tertoleh-toleh memandang Iqa.

Ameer terus menyuap ais krim dengan selamba. Soalan Faris dibiarkan sepi.

"Eh eh, diam maknanya betul lah ye?" usik Faris lagi. Dia menolak bahu Ameer yang tersengih-sengih itu.

"Diam ah kau. Tak payah sebok." tukas Ameer. Tangan Faris yng mencuit-cuitnya ditepis. Kacau ah! Dia nak tengok bidadari di seberang sana tu. Ada syaiton pulak mengacau. Eh?

Faris ketawa mengejek. Ameer blushing bhai!

Dalam-dalam Ameer dan Faris bergurau, Alief di sudut tepi hanya diam sambil menjilat air krimnya. Matanya tidak lepas memandang seseorang di seberang sana.

Baru dia sedar. Ayna ni sebenarnya cantik juga ye. Tidak boleh lawan Dania, tetapi terdapat sesuatu di dalam diri Ayna menarik perhatiannya.

Alief pantas menggeleng. ish! Apa kau merapu ni Alief! Kau tiap-tiap hari buli minah tu kot! Alief terus melenyapkan pemikirannya tadi lalu cepat-cepat mengiggit ais krim di tangannya.

.
.

"Bagitau aku sekarang. Ini kebetulan ke memang jodoh?" soal Hasya dengan wajah tidak percaya apabila melihat tiga orang jejaka yang duduk seberang dengan meja mereka.

Baru nk blah tadi. Tapi pergerakan terbantut apabila melihat VRude Boys melangkah masuk ke Baskin Robbins.

Ayna cuma diam. Tidak tahu mahu kata apa..

"Kebetulan aje lah kut. Hari ni hari sabtu kan? Mesti semua nak rileks lepak-lepak." jawab Iqa tenang.

Ayna mencebik. "Hari-hari lepak ponteng kelas. Nak lepak kat sini lagi buat apa." sindir Ayna pedas. Hasya tersengih.

"Weh, Alief pun beli cookies and cream lah. Sama dengan kau. Fuh jodoh!" Hasya sengaja mahu mengusik Ayna. Ayna menggeleng. Malas mahu melayan si Hasya ini.

"Jom lah blah. Wayang nak mula dah ni" ajak Ayna mula bosan. Tiga orng lelaki seberang sana suka pandang-pandang macam tak pernah nampak dekat sekolah.

Rimas!

"Haa, jom ah. Buat ape pun duduk lama-lama kat sini" Hasya dan Iqa akur.

Mereka mula berdiri dan bersiap-siap untuk blah dari sini. Mereka mula mengorak langkah pergi dari Baskin Robbins.

Ameer tidak lepas memandang. Eh, nak pergi mana pulak tiga orang anak dara tuu.

"Ha ha. Dorang nak blah dah tu" ujar Faris.

Ameer terus berdiri. Dia mengorak langkah mengikut gadis2 itu.

Faris dan Alief yang terkejut dengan tindakan Ameer terus mengikut langkah rakannya itu. amboi! Cepat benau kejarnya!

"Iqa!" jerit Ameer.

Tiga orang gadis itu pusing ke belakang. serentak Faris dan Alief memberhentikan langkah. Dah kenapa Ameer ni tiba-tiba memanggil Iqa tu?

"hai Ameer" sapa Iqa mesra. Wajah Hasya dan Ayna sudah berubah kelat. Apa yang mamat ni nak heh?

"Hai, erm.. korang nak pergi mana ni?" soal Ameer mesra. Langsung tidak sama perangainya seperti di sekolah.

Iqa memandang Hasya dan Ayna sekilas sebelum matanya kembali terhala ke wajah Ameer. "Kitaorng nak pergi tengok wayang ni" jawab Iqa langsung tidak pandai menipu.

Hasya menepuk dahi.

"Oh, kalau saya nak ikut boleh?" soal Ameer lagi penuh lemah lembutnya. Aku sepak kang! Iqa memandang Hasya dan Ayna. Wajah mereka jelas menunjukkan segalanya. Tak payah cakap pakai mulut dah tau dah.

"Erm.." Iqa teragak-agak. Mimpi apa mamat ni tiba-tiba nak ikut kitaorang ni.

Ameer terus menarik Faris dan Alief yang tidak jauh dari mereka. "Saya dengan dorang berdua ni sekali. Kita berenam. Boleh?" pinta Ameer lagi dengan muka mengharap.

Dia nampak reaksi Ayna dan Hasya yang jelas tidak selesa. Tetapi lantak lah! Dia tidak kesah asalkan dia dapat lepak dengan Iqa.

Ayna menggeleng kecil. Hasya mengetap bibir sambil membulatkan matanya pada Iqa.

"Kalau macam tu, boleh lah. Jom." ajak Iqa selamba.

Ayna dan Hasya ternganga. Bukan saja dua orang gadis itu ternganga. Malah Faris dan Alief juga membuat muka tidak percaya.

Ayna mula hilang arah apabila Alief merenungnya. Aduh! Mereka, mahu melepak dengan gengster-gengster ni? Memang habis lah!

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience