Bab 14

Romance Series 11197

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelas, Hasya terus menyerang meja Dania.

Pap!

Dania tersentak. Dia memandang Hasya yang tiba-tiba menepuk mejanya.

"Kau apahal?" soalnya

"Dania, aku nak tanya kau satu soalan" Hasya merenung Dania berani tanpa rasa gerun. Dania berpeluk tubuh. Bersedia dengan apa sahaja soalan yang ingin ditanya gadis itu.

"Kenapa kau datang IOI haritu?"

Dania mengangkat kening. Mengekalkan riak tenang. "Kau rasa? Obviously aku datang nak shopping" jawabnya tanpa rasa gerun juga.

Hasya tersenyum sinis.

"Are you sure you just went there for shopping? Atau kau ada sebab lain?"

Ayna yang berada di tempatnya hanya memandang dan memasang telinga. Nasib baik Alief dan gengnya tak masuk kelas lagi. Mereka memang selalu masuk lambat.

"Sebab lain apa lagi?? What are you trying to say?" Dania buat-buat tidak faham. Apa masalah minah ni?

Hasya menarik nafas.

"Bukan kau datang sebab nak stalk kitaorang ke??" Hasya terus straight to the point. Dania ketawa kecil. Dia bersandar pada kerusinya.

"Kau ingat aku takde kerja lain ke daripada nak stalk korang?" balasnya.

"Haah. Kau kan suka mengacau hidup orang. Sebab tu kau sengaja langgar meja aku dan Ayna dan sabotaj makanan Ayna sampai dia sakit masuk hospital. Betul ke tidak cik Dania?" Hasya berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis. Sengaja dia menguatkan suaranya.

Wajah Dania berubah. Namun cuba dikawalnya. Beberapa pelajar di dalam kelas itu mula memandang ke arah mereka.

"Apa masalah kau hah? Tiba-tiba tuduh aku yang bukan-bukan!" Dania berdiri.

"Tuduh?? aku tak tuduh la. Aku cakap perkara sebenar! Mengaku jelah Dania" Hasya menolak bahu Dania. Dania menepis. "Aku tak buat okay! Apa bukti kau??" Dania membela diri sendiri.

"Aku tak perlukan bukti untuk tegakkan kebenaran" jawab Hasya tenang. Dania yang mendengar ketawa sinis. "Aku takkan mengaku selagi tiada bukti!" Dania menolak Hasya.

Ayna terus berdiri. "Dah lah weh. Cakap dengan sotong macam dia ni mana mau jalan" Ayna menarik tangan Hasya. Sempat di sindir Dania.

"Hoi perempuan, kau memang tak reti jaga diri sendiri eh? Dia sendiri makan tak pandang kiri kanan, nak salahkan orang jugak" bidas Dania tidak berpuas hati dengan sindiran Ayna tadi. Cari pasal nampak?

Ayna tersenyum sinis.

"Itu tak apa lagi. At least, aku bukan macam kau. Letak benda yang tak sepatutnya dalam makanan orang sebab tak puas hati. Pathetic" balas Ayna sengaja memarakkan api kemarahan Dania.

"Tak faham bahasa eh? Aku tak letak apa-apa lah dalam spagetti kau!"

Ayna memandang Dania hairan. Dahinya berkerut seketika sebelum tersenyum sinis. "Ada ke aku cakap aku makan spagetti tadi?" Ayna melepaskan tangan Hasya. Dia melangkah pula mendekati Dania.

Wajah Dania berubah. Dia memandang seisi kelas yang kini sedang tajam merenung ke arahnya.

"Macam mana kau tahu aku makan spagetti sedangkan masa kau tiba-tiba muncul tu, makanan aku dah habis. hm?" soal Ayna sinis. Dia mengangkat kening memandang Dania.

Trapped.

Dalam masa yang sama, Alief dan gengnya melangkah masuk ke dalam kelas.

Detakan jantung Dania sudah mula berubah. "Dania, jawab soalan aku dengan jujur. Apa kau letak dalam makanan Ayna?" Hasya memandang Dania.

Seisi kelas memandang Dania menunggu jawapannya termasuk Alief, Faris dan Ameer.

Dania berdiam diri. Ye. dia lah yang memasukkan serbuk kacang badam itu ke dalam makanan Ayna. Entah kenapa susah sangat untuk dia beritahu perkara itu.

Dania terus menoleh ke arah Alief. "Alief, tengok dorang tuduh i" Dania cuba memancing Alief ke pihaknya. Alief melangkah mendekati Dania.

"Jawab soalan tu." tukas Alief

"Hah?"

"Jawab soalan Hasya tu. You letak apa dalam makanan Ayna?"

Muka Dania serta merta berubah. Tidak sangka yang Alief akan berkata begitu. “I tak letak apa-apa lah! Memang tak faham bahasa lah korang ni. Alief, You pun sama" Dania menolak Hasya dan Ayna lalu melangkah keluar dari kelas itu.

Hasya menghela nafas. Ayna hanya memandang Dania yang sesuka hati keluar dari kelas.

"Tak nak pergi pujuk ke?" Faris mencuit bahu Alief.

Alief memasukkan tangannya ke dalam poket. Dia memandang Ayna sekilas. Lega. Lega rasanya apabila lihat Ayna kembali ke sekolah seperti biasa. Soalan Faris di biarkan sepi. Lalu dia berjalan semula ke tempat duduknya.

.
.

"Ok kelas, keluarkan buku teks." arah Cikgu Siti dengan rotan di tangan. Murid-murid di dalam kelas memandang sesama sendiri. Ada yang mengeluh.

Alief menongkat dagu memandang Ayna. Akhirnya, dia dapat membuli Ayna kembali seperti biasa. Sebuah senyuman disembunyikan.

Cikgu Siti sudah berjalan mengelilingi kelas. "saya dah cakap haritu, siapa tak bawak buku teks kali ni, memang kena" tukasnya sempat memberi amaran.

Dia sampai sahaja ke meja Faris dan Ameer, rotannya dihentak ke atas meja dua orang murid itu.

Pap!

"Buku mana buku?" mata guru itu mencerlung tajam ke arah dua orang pelajar yang suka buat masalah. Faris dan Ameer diam. Mereka hanya beriak selamba.

"Tertinggal cikgu. Kucing main" jawab Faris selamba. Ameer tersengih. Cikgu Siti bercekak pinggang. Tahu sangat dengan perangai budak-budak.

"Berdiri!" arahnya. Terus Faris dan Ameer berdiri tanpa ragu-ragu.

Ayna mengeluarkan buku teksnya dengan senang hati. Memang senang betul hati kalau ada buku teks di waktu cikgu Siti.

Alief yang melihat mencebik. "Rajin kau bawak buku teks tebal nak mati ni?" Alief merampas buku teks di tangan Ayna.

Ayna tersentak. Dia memandang Alief. "Woi, bagi balik" Ayna cuba mengambil balik buku itu, tetapi malangnya Alief terus mencampakkan buku ke luar tingkap tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mata Ayna membulat. Mulutnya ternganga. Astaga! Buku aku! Alief pula masih beriak selamba.

Baru saja Ayna ingin memarahi Alief, cikgu Siti sudah sampai dengan rotannya. Ayna menelan air liur. Sempat dijeling Alief.

"Tengku Ayna? Buku mana buku?" sergah guru itu. Bahu Ayna terhinjut seketika. Dia menelan air liur lagi. Aduh! Apa aku nak jawab ni.

Alief sudah berdiri. Awal-awal lagi memang dia tak bawak buku.

"Err, dah ja- jatuh kat luar" jawab Ayna tergagap-gagap. Kedengaran gelak tawa dari seisi kelas. Alief tersengih.

"Diam!"

Cikgu Siti merenung Ayna tajam. "Kamu tengah buat lawak jenis apa ni Cik Ayna?" soalnya berpeluk tubuh. Ayna meramas jarinya. "Saya tak buat lawak cikgu. Buku saya memang terjatuh kat luar. Err, Alief ba--"

Belum sempat ayat dihabiskan, Alief terlebih dahulu memotong..

"Dah tak bawak tu tak bawak je lah. Banyak pula alasan dia adoo" tukas Alief tanpa rasa bersalah.

"Adoo" satu kelas mengajuk Alief mengejek Ayna. Ayna menjeling lagi Alief.

"Dah diam!"

Suasana kembali sepi.

"Ayna berdiri!" Arahnya lalu terus menapak ke hadapan untuk memulakan pelajaran.

Ayna mengetap bibir geram. Dengan penuh rasa geram di hati, dia berdiri. Alief dipandang jengkel. Mamat ni memang banyak personaliti eh? Haritu punyalah baik dia bawak aku pergi hospital, tiba-tiba hari ni dia jahat pulak? aish!

Selepas tamat pelajaran, semua dibenarkan keluar rehat.

"Kecuali Alief, Faris, Ameer, Ayna dan Hariz. Kamu semua akan didenda" ujar cikgi siti. Wajah Ayna terus masam. Denda? Aduh..

"Fighting Ayna!" bisik Hasya menepuk bahu Ayna sebelum keluar dari kelas bersama Iqa.

Ayna mengeluh.

"Ikut saya" arah Cikgu Siti.

Lima orang pelajar itu melangkah keluar, dalam masa yang sama. Dania yang baru sahaja ingin menapak masuk ke kelas berpatah balik. Erk, waktu cikgu siti memang dia ponteng tadi.

"Dania Sarfia!" Cikgu Siti bercekak pinggang. Terus langkah Dania terhenti. Dia mengemam bibir. Kantoi!

"Kamu pergi mana semasa saya mengajar?" soal Cikgu Siti mencerlung tajam ke arah Dania.

Dania hanya diam.

"Fly lah cikgu apa lagi" jawab Faris bagi pihak Dania. Dia tersengih memandang Dania. Dania pula menjeling Faris tajam. Menyesal dia berpatah balik ke kelas! Sepatutnya dia terus ke kantin.

"Kamu pun ikut saya Dania!" arahnya lalu meneruskan langkah ke makmal sekolah. Ada tugas penting yang ingin diberikan pada budak-budak ini.

Dania merengus.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience