Bab 1

Romance Series 11163

2 tahun kemudian.

Kring!!

Loceng terakhir berbunyi menandakan tamatlah waktu persekolahan.

"Baiklah. Sampai di sini sahaja pelajaran kita pada hari ini. Jangan lupa siapkan latihan yang cikgu beri. Saya nak tengok esok!" Arah guru itu dengan tegas membuatkan pelajar-pelajarnya mengeluh.

Ayna mengemas barangnya yang berselerak di atas meja. Beg disandang sebelum dia melangkah keluar dari kelas itu.

"Ayna!"

Ayna menoleh. Kelihatan Hawa berlari anak ke arah Ayna. Ayna berhenti melangkah.
"Ye Hawa?" Soal Ayna membalas senyuman rakan sekelasnya itu.

"Kau free tak petang ni?" Soal Hawa. Mereka berdua jalan beriringan ke luar pintu pagar sekolah. Ayna berfikir seketika.

"Rasanya free kot. Asal?" balas Ayna bersahaja.
Wajah Hawa dipandang lama.

"Aku nak kau tolong aku siapkan presentation yang cikgu suruh minggu lepas. Aku tak siap lagi. Tu yang aku minta tolong kau. Kau kan pro bab-bab ni." Sempat Hawa memuji Ayna di situ.

Ayna tersengih. Banyaklah dia

"Asal tak buat sekarang je?" soal Ayna. Boleh je mereka stayback di sekolah.

Hawa tersenyum. "Sekarang ni tak boleh. Ada orang dah booking kau dulu" Hawa memandang ke arah pagar sekolah. Dia tersengih-sengih.

Ayna menoleh. Lelaki yang sangat dikenalinya sedang bersandar di pagar sekolah dengan stau tangan di dalam poket dan satu tangan lagi memegang beg sekolah. Fuh, swaeg.

Hawa mencuit bahu Ayna apabila gadis itu terus-terusan merenung lelaki itu.

"Alahai. Usha pulak dia. Pergi lah sana. Penat dia tunggu nanti. Aku gerak dulu jumpa petang ni!" Hawa melambai-lambai pada Ayna.

Ayna menggeleng seraya tersenyum. Kakinya terus melangkah mendekati lelaki itu.
"Kenapa tak balik lagi?" Soal Ayna membuatkan lelaki itu tersentak. Dia menoleh ke arah Ayna. Senyumannya bertambah mekar.

"Tunggu awaklah." Jawabnya masih tersenyum manis bak gula.

"Tunggu saya buat apa?" Balas Ayna. Dia juga ikut bersandar di pagar sekolah bersebelahan lelaki itu.

"Saya nak tengok awaklah. Hari ni tak dapat pun jumpa awak. Rindu." Balas Arfan melagakan bahunya dengan bahu Ayna.

Ayna tersenyum. Alahaii. Cair lah aku macam ni.
"Alah dia ni. Hari-hari jumpa dekat sekolah ni. Mengada." Ayna menolak bahu Arfan. Dia ingin berlalu tetapi begnya pantas ditarik oleh Arfan.

"Alalalaaa. Nak pergi mana tu sayangg." Lembut saja suara Arfan memanggil. Ayna tersenyum lagi. Kadang-kadang memang minta penampar je mamat ni.

"Nak balik lah awak." balas Ayna. Tangan Arfan yang memegang beg itu ditepis dengan lembut.
Arfan menarik muncung. "Tak puas lah nak lepak dengan awak." Ujarnya geram. Susah betul nak jumpa dengan awek dia yang sorang ni!

Ayna menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kalau mcm tu. Petang ni datang rumah Hawa. Saya lepak sana. Boleh jumpa dekat sana. Nak tak?" Pujuk Ayna.

Kepalanya sempat menoleh ke arah kereta aunty Hayati yang elok terpacak dekat depan bus stop itu.

Wajah mencuka Arfan terus berubah ceria. Pantas dia mengangguk.

"Ok. Jumpa petang ni. Bye!!" Ayna pantas berlari ke arah kereta Myvi itu tanpa sempat menunggu balasan daripada teman lelakinya.

Tanpa sedar, hari itu adalah hari terakhir mereka berjumpa. Ayna menapak masuk ke dalam kereta. Puan Hayati tersenyum sebaik sahaja Ayna menutup pintu kereta.

Sejak kematian ibu bapanya. Keluarga jirannya yang menanggung semuanya sementara mendengar khabar berita dari saudara mara yang terdekat. Dekat lah sangat.

"Jom balik. Ada orang tengah tunggu Ayna kat rumah." Kata Puan Hayati tersenyum dan menarik gear..

Ayna mengerutkan dahi. "siapa aunty?"
Puan Hayati hanya tersenyum penuh makna.

"Special guest, just for you." Ucapnya
Ayna hanya mengangkat bahu. Tunggu jelah
kat rumah nanti.

Sejak ibu bapa Ayna meninggal, Ayna berpindah masuk ke rumah Encik Akmal dan Puan Hayati. Lagipun mereka hanya duduk berdua. Mereka tidak mempunyai anak. Jadi mesti mereka mengalu-alukan Ayna ke dalam keluarga mereka.

Keluarga Ayna yang terdekat pun sebenarnya jauh yang amat. Mereka tinggal di UK. Di UK itulah satu-satunya saudara yang Ayna ada.
Puan Hayati dan Encik Akmal masih tidak pernah berhenti untuk cuba menghubungi saudara-mara Ayna. Dan akhirnya, penantian Ayna berakhir.

Tidak sampai 15 minit, mereka sudah sampai di hadapan rumah Puan Hayati. Kedengaran Encik Akmal sedang berbual bual dengan seseorang.

"Uncle??" Ucap Ayna sebaik masuk ke dalam rumah. Bukannya nak bagi salam pun -.-

"Ha. Ayna meh sini. Tengok siapa datang nak ambil Ayna." Ucap Encik Akmal tersenyum.
Ayna mengerutkan dahi. Ambik aku? aunty dengan uncle jual aku ke? eh?

Ayna menoleh melihat siapakah gerangan tuan punya badan itu.

Mata Ayna terbeliak melihat tubuh yang duduk cantikk dia atas sofa itu. Wajahnya jelas kelihatan sangat terkejut.

"NENEK!!!!" Ayna melompat lompat mendapatkan neneknya dan dibawa dalam pelukan.

Nenek Tengku Kathijah atau senang dipanggil Nek Jah terhinjut sedikit bahunya apabila cucu kesayangannya memeluknya dengan tiba-tiba.

"Ye sayang, nenek ni." Kata tersenyum mengusap lembut rambut Ayna.

"Bila nek balik? Kenapa balik tak bagitau Ayna??" Rintih Ayna lalu duduk disebelah neneknya.

Puan Hayati dan Encik Akmal hanya tersenyum nipis melihat gelagat Ayna. Rindulah nanti dekat Ayna. Berat rasanya nak lepaskan dia.

"Nenek minta maaf ye sayang. Lepas nenek dengar berita kemalangan tu. Terus nek book ticket nak balik." Nek Jah mengusap lembut lengan Ayna.

Kemalangan dua tahun yang lalu. Ayna terdiam.
"Mesti kamu terkejutkan." Sambungnya lagi. Dia mengusap pipi Ayna. Rindunya cucu aku ni.
Ayna tunduk. Menahan sebak.

"Kitaorang pun terkejut sayang." Seorang wanita muncul dari dapur tersenyum ke arahnya.

"Mak su!!" Ayna berlari dan memeluk. Puan Suraya. Puan Suraya membalas pelukan Ayna dan mencium lembut umbun umbun Ayna.

"Kenapa datang lambat sangat?" rintih Ayna sebak. Sejak kematian ibu bapanya dua tahun lepas, dia tidak lagi berhubung dengan mereka sehinggalah hari ini.

"Maafkan Mak Su Ayna. Kalau Mak Su tau awal sikit pasal benda ni." Ucap Puan Suraya mengusap kepala Ayna lembut. Ayna menggeleng.

"As long As you guys are here. Its okay now. " Puan Hayati tersenyum mendengar.

"Ayna.." Ayna menoleh memandang Puan Hayati.

"Ayna kena ikut Nenek dengan Mak su ye sayang. Dorang keluarga Ayna. Lebih berhak menjaga Ayna." Jelas Puan Hayati lembut walaupun susah untuk ditelan. Dia sudah anggap Ayna seperti anaknya sendiri.
Ayna tersenyum kelat.

"Ayna pergi packing barang Ayna dulu. Mak Su dengan nenek tunggu kat bawah ni.."

"Ha?? Sekarang ke aunty?" Soal Ayna terkejut. Jangan terkentut sudah.

"Yela. Takkan nak tunggu tahun depan pulak?" jawab Encik Akmal bergurau.

Ayna akur dan mula menapak ke tingkat atas. Gila ke? takkan harini?"

Hayati, Akmal. Terima kasih banyak banyaklah sebab tolong jagakan Ayna selama ketidaadaan ibu bapa dia. Kalau takde kamu berdua, tak tahu lah Ayna keaadan Ayna sekarang. Mesti keadaan tak terurus. Terima kasih sekali lagi ya Hayati, Akmal." Nek Jah memegang tangan Puan Hayati.

Puan Hayati menggeleng. "Saya sudah menganggap Ayna macam anak saya sendiri Nek Jah."

Mereka tersenyum memandang Ayna yang sudah menukar pakaian sekolah kepada pakaian biasa. Encik Akmal cepat cepat berdiri dan memberikan Ayna pertolongan dengan begnya yang agak berat.

"Jap. Ayna terus ikut nenek dengan Mak Su pergi KL?" Soal Ayna. Macam tak terburu-buru sangat ke??

"Ye sayang."

"Mak Su. Boleh kita berhenti dekat satu tempat jap? Ayna nak jumpa kawan Ayna" pinta Ayna.
Puan Suraya hanya mengangguk.

Ayna memeluk Puan Hayati. Puan Hayati menguis air matanya yang tidak dapat ditahan lagi.

"Ayna jaga diri baik-baik ye." Puan Hayati mengusap pipi Ayna.

"Pasal sekolah Ayna nantu kami uruskan. Pergilah. Jaga diri baik-baik." kata Encik Akmal tersenyum.

Ayna memandang rumah itu untuk kali terakhir sebelum kereta milik Mak Su laju meninggalkan Johor Bahru.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience