Bab 19

Romance Series 11197

"Alief"

Ayna memandang Alief yang hanya buat tidak tahu dengan panggilannya.

"Weh Alief" panggil Ayna lagi. Mahu sahaja dia menendang kerusi mamat itu. Tapi karang mengamuk pulak.

"Woi tiang!" kata Ayna sedikit kuat. Satu kelas memandang dirinya. Alief menghela nafas lalu dia menoleh. "Kau nak apa?" soalnya malas.

"Aku nak cakap dengan kau" ujar Ayna.

"Cakap apa?" soal Alief lagi.

"Cakap pasal.." Ayna menoleh ke satu kelas sebentar. Pastikan tiada siapa sedang mendengar perbualan mereka. "Kita." sambungnya.

Alief tersenyum sinis. "Kenapa dengan kita?" soalnya sambil mengangkat kening. Ayna membuat muka. "Kenapa kau tak bagitau aku pasal benda ni?"

"Benda apa?" soal Alief kembali. Sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu. "Pasal benda tu lah." ujar Ayna sedikit tegas. Tahu yang Alief sedang mempermainkan dia.

"Pasal perkhawi-" belum sempat Alief menghabiskan ayatnya, Ayna terus terbatuk-batuk kuat. Sengaja dia buat-buat batuk. Memang cari pasal betul lah tiang ni.

Alief tersenyum mengejek.

"Tak nak lah cakap dalam ni" tukas Ayna pula. Alief ni memang berani mati lah. Alief mengangkat kening lagi. "Habistu? Nak cakap kat mana?" soalnya lagi.

Ayna mengetap bibir. "Kat mana-mana jelah" jawab Ayna pula.

Terus Alief berdiri. "Ayna! Kau ikut aku." ujar Alief kuat. Tersentak Ayna di buatnya. Sekali lagi, satu kelas memandang dirinya.

Alief memasukkan tangan ke dalam poket. dia mula melangkah keluar pintu kelas. "Cepat!" Terus Ayna berdiri. Dia berdehem seketika sebelum dia mengikut langkah Alief.

"Weh Alief, kau nak pergi mana??" soal Faris juga ikut berdiri.

"Aku nak settle kan something dengan minah ni" jawab Alief selamba. Dia masih tersenyum sinis memandang Ayna.

"Nak kitaorang ikut tak?" soal Ameer pula. Di mana Alief berada, di situ jugalah ada Faris dan Ameer. Tiga serangkai sentiasa bersatu di mana sahaja.

Alief tersenyum senget pula. "Takpe bro, this is between me and Ayna." jawabnya tersenyum lagi.

"Wooo" pelajar-pelajar mula bising. Ternganga Dania dibuatnya. Baru saja dia mahu menghalang Alief, Alief sudah pergi bersama Ayna. Dania mengetap bibir geram.

.

.

"Kau dah tau lama kan? Kenapa kau tak bagitau aku pasal benda ni?" soal Ayna tidak berpuas hati. Gerak geri Alief dipandang.

Alief mengeluarkan kotak rokok dari poketnya seluarnya lalu dikeluarkan sebatang rokok. Kemudian, rokok dihidupkan dengan pemetik api yang sudah siap dibawanya.

Ayna pandang dengan pandangan yang tidak senang. Baru kena tengking tadi dengan cikgu Siti dah buat balik. Bodoh punya Alief.

Asap-asap yang keluar dari mulut Alief dikibas pantas. Ayna mengerutkan dahinya. "Aku tak suka lah orang merokok macam kau ni!" tukasnya.

"Ada aku tanya?" soal Alief pula. Disedut lagi segala bahan kimia yang ada di dalam putung rokok itu.

Ayna membuat muka.

"Jawab lah soalan aku tu. Kenapa kau rahsiakan daripada aku?" soal Ayna semula.

"Sebab tak penting pun" jawab Alief.

"Tak penting? Hoi tiang, mak bapak kau dengan nenek, mak su aku nak jodohkan kau dengan aku. Dorang nak aku kahwin dengan kau. Ini kau kata tak penting??" bebel Ayna.

"Kau nak ke kahwin dengan aku?" soal Alief pula. Terus Ayna menggeleng.

"Tau pun. Jadi cakaplah kau tak nak! Cakap lah kau tak setuju." jawab Alief cakap seperti ianya semudah ABC.

"Kau cakap senang lah kan. Yang kau tu? Kenapa kau tak cakap tak nak?" Ayna sengaja menekankan perkataan tak nak. Kasi korek sikit telinga tiang ni.

Alief terdiam. Katakan tak nak? Dia juga tidak tahu kenapa dia tak boleh kata tak nak. Ayna memandang Alief. "Answer me Alief Danyel."

"Sebab, aku- aku dah cuba. Tapi, tak boleh. Aku tak sanggup. Aku tak berani, aku tak boleh" jawab Alief. Ayna mengeluh. "See? Kalau kau tak boleh, aku lagilah. Kalau aku tak kahwin, harta aku semua lesap!" balas Ayna pula.

Alief mencebik. "Penting sangat ke harta kanun tu ha??" soalnya.

"Penting lah. Aku bukan anak orang kaya macam kau. Goyang kaki je." sindir Ayna pula.

"Habistu, kau nak kahwin je lah dengan aku??" soal Alief kuat. Spontan jari Ayna terus melekat ke bibir Alief. Disebabkan Alief lebih tinggi, Ayna terpaksa berjengket sedikit.

Alief tersentak. Matanya bertembung dengan mata Ayna."

Boleh tak suara tu jangan macam tertelan speaker sangat?" tukas Ayna geram. Suka-suka je dia nak jerit dekat sini. Walaupun tiada siapa di situ, dia perlu berhati-hati juga.

Terus Alief menolak tangan Ayna jauh dari bibirnya. Air liur ditelan perlahan.

"Ikut suka hati kau lah. Tapi aku bagitahu kau awal-awal, kau akan menyesal kalau kahwin dengan aku" Alief memasukkan tangannya ke dalam poket. Dia mula melangkah pergi.

Ayna menghela nafas. "Kau nak pergi mana?" soalnya menoleh memandang Alief yang sudah bergerak pergi.

"Cuci tandas" jawwb Alief selamba lalu meninggalkan Ayna keseorangan di situ.

.

.

"Attention class!" Cikgu Nurul mengetuk meja meminta perhatian pelajar-pelajar di dalam kelas.

Suasana kelas mulai sunyi sepi. semua memberi perhatian kepada Cikgu Nurul di hadapan.

"Baiklah, cikgu nak buat pengumuman jadi tolong pinjamkan telinga sekejap. This is important" Cikgu Nurul memulakan bicaranya.

Semua pelajar masih diam mendengar.

"Kita akan mula buat band lisan untuk Bahasa Inggeris." kata-kata yang keluar dari mulut guru itu mengundang keluhan semua pelajar-pelajar.

Terus Cikgu Nurul menepuk meja.

"This is so important for your SPM marks. Jadi cikgu nak kamu semua buat yang terbaik." Cikgu Nurul mula melangkah ke seluruh kelas dengan kertas di tangan.

"You guys are going to act."

Masing-masing berpandangan.

"Act a drama" sambung guru itu lagi. Ada yang menangguk faham. Ada juga yang mengeluh tidak setuju.

"Total of you guys are 40 so, im going to divide you guys by 4 groups. Satu kumpulan 10 orang" jelas guru itu dengan senyuman di bibir.

"Cikgu, kita pilih kumpulan ke cikgu tentukan?" soal salah seorang pelajar.

"Mesti lah cikgu yang kena tentukan" jawab guru itu. Wajah selamba ditayang.

"Alaaa"

Cikgu Nurul masih menayang wajah selamba. Lantak kau lah nak.

"I'm the one who will pick your group member and decide the genre for your drama. Understand?"

"Yes." jawab mereka lemah.

"So, di tangan cikgu dah ada nama-nama kumpulan korang. I want you guys to hear carefully. Stop talking!" Cikgu Nurul menilik kertas di tangannya.

"Group 1, Amira, Laila, Khadijah, Iffa, Ayu, Wan, Haziq, Abdul, Johan dan Danish. Your genre is Comedy.”

Seisi kelas mula kecoh.

"Stop talking!"

"Group 2"

Ayna mengemam bibirnya. Dadanya berdebar. Kalau-kalau namanya disebut. Waduh! Jangan lah dia jauh dari Hasya dan Iqa.

"Khairul, Daniel, Rizki, Ashraf, Iqbal, Yaya, Monica, Fara, Auni dan Sharifah. Your genre is action."

Masing-masing sudah berasa teruja.

"Group 3." Cikgu Nurul tersenyum seketika.

"Ayna, Hasya, Iqa, Dania, Wani, Alief, Faris, Ameer, Ilham dan Hariz. Your genre is romance" sambung guru itu.

Jantung Ayna seakan-akan terhenti berdegup. Dia gembira kerana satu kumpulan dengan rakan-rakannya. Tetapi dalam masa yang sama, dia berasa benci kerana Alief dan gengnya juga sama kumpulan dengannya!

Romance? Apakah ini.

"Nampaknya jodoh kita kuat jugak eh?" Alief tersenyum sinis memandang wajah cuak Ayna.

Ayna mengetap bibir.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience