Bab 29

Romance Series 11197

"Hai Ayna"

Ayna menoleh seraya tersenyum. "Hai Hafey." sapanya kembali.

"Buat ape tu?" soalnya lalu mengambil tempat di hadapan Ayna. Ayna memandang buku di tangannya sebelum memandang Hafey. "Goreng karipap ni ha tak nampak?" guraunya.

Hafey tersengih. Kalau dah namanya Tengku Ayna, gitulah mulutnya.

"Rajin lah kau ni Ayna. Orang lain pergi makan waktu rehat. Kau duduk sini hadap buku." bebel Hafey lalu dia membuka bungkusan roti di tangannya.

Ayna mencebik. Dia memandang bungkusan roti di tangan Hafey. "Kau diet ke ape? Makan roti je?" sindir Ayna pula.

Hafey diam lalu menggigit rotinya. "Sedap tau roti ni. Kau tak makan?"

"Aku dah makan dah. Tu yang sesat dekat sini" balas Ayna kembali memandang bukunya. "Baik kau sesat dalam hati aku je lagi bagus" ujar Hafey selamba.

Ayna mengerdipkan matanya berkali. Dipandang Hafey dengan muka kau-nak-mati-awal-ke?

Hafey ketawa. Ingat kelakar?

"Tolong ah weh. Dah lapuk lah benda tu" Ayna menjeling. Dia sambung menulis. Baik dia buat kerja daripada layan si sengal depan mata ni.

"Ayna, tolong aku buat kerja boleh tak?" soal Hafey selepas beberapa saat mendiamkan diri. Rotinya di gigit lagi.

Ayna diam lalu pandang Hafey sekilas.

"Aku kena buat presentation ni tapi tak reti. Kau tolong aku" pinta Hafey. Ayna mengangguk.

"Sure. Presentation ape?" soal Ayna semula.

"Presentation english. Aku ingat nak buat guna power point ah"

Ayna mengangkat keningnya. "Aik? Kau tak reti guna power point ke?" soal Ayna semula. Hafey tersengih lalu menggeleng. "Selama ni aku present guna kertas mahjong je." Balasnya selamba.

Noob gila.

Ayna ketawa perlahan lalu mereka berborak mesra di taman kecil itu tanpa sedar akan seseorang yang sedari tadi ralit memerhati.

Alief mengetap bibir. Dia menggengam penumbuk. Ish, rasa panas hati tu dah datang balik dah.

Alief berjalan ke hulur ke hilir. Seketika kemudian, dia berhenti lalu memandang ke arah Ayna dan Hafey semula. Alief menggeleng lalu menghentak kakinya geram.

"Ish, ape masalah kau ni Alief. Tak pernah-pernah lahai" Alief mengusutkan rambutnya. Alief memandang lagi ke arah Ayna dan Hafey yang masih bersembang mesra.

Dadanya di pegang. "Adakah sebab Ayna tu isteri kau? Sebab dia isteri kau, kau rasa tak sedap hati. Ha, tu je. Eh tapi takkan lah!" Alief menggeleng lagi. Cakap dengan diri sendiri ke bang? Gila daa

Alief berjalan ke hulur ke hilir lagi. Hatinya kata mahu berjalan ke sana lalu tarik Ayna jauh dari Hafey. Tetapi otaknya menghalang!

Alief menyandarkan tubuhnya pada dinding. Dia berpeluk tubuh. Mata masih ralit memandang ke arah mereka berdua. Dahinya berkerut tidak senang.

"Hati kau rasa sakit?"

Tiba-tiba ada satu suara menegur. Alief terus mengangguk tanpa menoleh.

"Hati kau rasa tak sedap?"

Alief mengangguk lagi. Langsung tidak sedar empunya suara itu. Mata masih memandang Ayna.

"Hati kau rasa tak tenang. Kau tak boleh duduk diam?"

Alief mengangguk lagi.

"Adakah kau cemburu?"

Alief mengangguk lebih laju. Seolah-olah mengiakan suara itu.

"Jadi, adakah ini cinta?"

Alief ingin mengangguk tetapi terus dia tersedar. Alief pantas menoleh.

Ameer dan Faris tersengih lalu mereka terus ketawa besar. Alief terus memejamkan matanya. Damn it!

Faris masih ketawa lalu dia memegang bahu Alief. "Bro, are you serious right now?" soal Faris tersengih-sengih. Alief menepis tangan Faris lalu menjeling Faris dan Ameer.

"Kau ada crush dekat Ayna ke bro?" soal Ameer pula juga ikut tersengih. Terus Alief menggeleng. "Merapu ah korang ni. Apesal aku nak suka minah tu pulak" nafi Alief walaupun dah terang lagi bersuluh tadi.

Ameer dan Faris ketawa lagi. Alief mengetap bibir tidak puas hati. Terus dia memegang kepala Faris dan Ameer lalu di lagakan.

"Adoi!" Faris dan Ameer mengaduh serentak.

Alief menjeling lalu dia berlalu dari situ meninggalkan Faris dan Ameer. Faris dan Ameer berpandangan seketika sebelum mengikut langkah Alief.

"Weh Alief. Serius lah? Ayna?" soal Faris lagi. Alief menghela nafas. Dia berjalan dengan lebih laju. "Jawab lah weh!" ujar Ameer pula.

Alief merengus. "Ape Ayna pulak. Aku dah ada Dania kan" ujar Alief. Ameer membuat muka. "Kau bukan suka dia betul-betul pun" balas Ameer. Faris mengangguk setuju.

"Kau couple dengan Dania sebab dia girl paling hot dekat skolah kan? Kali ni aku rasa kau dah kena tangkap lah." ujar Faris pula. Dahi Alief berkerut. Dia menoleh memandang Faris.

"Kena tangkap ape pulak kau ni?" soalnya bingung.

"Tangkap cintan!" jerit Faris dan Ameer serentak lalu mereka ketawa lagi.

Alief memejamkan matanya. Kepala dipegang. Habis lah aku kali ni. Kena bahan 24 jam.

.
.

"So kita nak buat story apa ni? Bagi idea la" Hasya mengetuk-ngetuk meja. "Kita buat drama korea nak?" cadang Ayna. Semua perempuan sudah teruja kecuali Dania.

"Ehh, memang tak lah! What do you guys expect? Us to be like the korean hero? Hell no" balas Alief tidak setuju. Memang bangkang habis.

Ayna mencebik. "Kau memang tak layak pun" tukasnya selamba.

Hasya dan Iqa menekup mulut menahan tawa. Alief hanya membuat muka.

"Then, kita buat hindustan nak?" cadang Hasya pula sambil menggeleng-gelengkan kepala seperti pelakon dalam filem hidustan. Terus Alief menggeleng. "Kau nak menari terhegeh-hegeh kat depan tu ke?" protes Alief lagi.

"Kau sesuai lah terhegeh-hegeh kat depan tu. Serupa monyet" tukas Ayna lagi. Selamba. Semua di situ ketawa. Ayna berbalas high five dengan Hasya.

Alief menjeling. Memang ada tanda-tanda nak cari pasal betul lah minah ni.

"Kalau macam tu, kita buat drama melayu lah." Iqa pula beri cadangan. Terus Ameer mengangguk setuju. Dia punya angguk tu kemain laju. Faris terus menolak perlahan kepala Ameer.

"Laa, ni drama english. Drama melayu nak buat ape" sekali lagi Alief protes.

"Eh dia ni." kali ini semua memandang jengkel ke arah Alief. "Hoi tiang, kau ni banyak bunyi lah. Itu tak nak, ini tak mahu. Cuba kau pulak bagi cadangan" bebel Ayna pula bengang.

Alief terdiam. Ha sudah.

Semua memandang ke arah Alief. Suasana menjadi sunyi sepi seketika.

"Ha! Ape kata kita buat disney movies? Disney movies banyak romance kan?" cadang Alief selepas diam beberapa minit. Mereka memandang sesama sendiri.

"That is kinda good idea" Iqa berfikir memproses maklumat. "Disney pun okay jugak" ujar Ilham pula yang sedari tadi berdiam diri. Hasya dan Ayna mengangguk perlahan.

"Good job Alief! Kita pilih salah satu Disney movies" puji Iqa sekaligus menunjukkan thumbs up pada Alief.

Alief tersengih bangga. Ameer menjeling pula Alief. Alief dapat thumbs up pun dia nak jeles kau.

"Which movies should we pick?" soal Dania malas. Sedari tadi dia cuma bermain dengan kukunya dan memasang telinga sahaja.

"Snow White?" cadang Hariz.

"Nah, kita ada 10 orng je. Yak cukup" protes Faris. Akhirnya! Ada juga benda logik yang dikatakan oleh Faris. Hehe.

"Beauty and the beast?" Alief memberi cadangan pula.

"Kau lah jadi beast, sesuai" ujar Ayna selamba.

"Kau tak layak jadi princess. Tak sesuai" balas Alief pula.

"Of course I'm not a princess, I'm a queen" tukas Ayna dengan senyuman mengejek.

Alief mencebik.

"Eh korang ni. Asyik nak bergaduh je. Sehari korang dua tak gaduh memang tak sah." bebel Iqa pula menggeleng.

"Tah, aku kahwinkan korang berdua baru tahu" ujar Hasya pula. Erk, Ayna dan Alief berpandangan. Kalau lah mereka tahu yang sebenarnya Alief dan Ayna sudah pun berkahwin.

"Ha, kita buat Cinderella lah" cadang Ayna penuh semangat. Semua memandang Ayna. "Boleh jugak tu." balas Hasya mengangguk setuju. "Amacam korang?" soal Hasya pada yang lain.

Mereka semua mengangguk setuju.

"Semua tahu kan jalan cerita Cinderella? Kita bahagikan watak." tukas Ameer.

"So, kita ada Cinderella, Prince Charming, Fairy Godmother, Step Mother, Anastasia, Drizella, The King, Captain, Grand Duke and the Doorman" tukas Ayna cekap. mengingati semua karakter Cinderella.

"Pergh boek Ayna. Ni mesti peminat Disney ni" ujar Ilham tersengih. Ayna mengangkat-angkat keningnya. "Beshe la" balasnya selamba.

"Jadi, siapa hero and heroin?" soal Faris menjongketkan sebelah keningnya. "Yang penting bukan kau" balas Hasya selamba. Semua mengangguk setuju sambil tersengih.

Faris membuat muka. "Kau pun tak layak jadi heroine. Puih!" Tukas Faris menjeling Hasya.

"Aku tak kesah korang nak jadi apa, but, aku nak jadi Cinderella." ujar Dania tiba-tiba bersuara. "Jau tak sesuai lah jadi Cinderella. Cinderella baik. Kau tak baik" balas Ayna selamba.

Dania menjegilkan matanya. "Kau kata aku jahat? Kau ingat kau baik sangat ke ha?" Balas Dania tidak berpuas hati. Ayna mengangkat bahunya. "Aku tak cakap pun kau jahat. Aku cakap kau tak baik je." Ujarnya sekaligus minta penampar. Haha.

Dania menjeling. "Whatever. Yang penting, aku Cinderella dan Alief prince charming." tukas Dania dengan suara manjanya dia merangkul lengan Alief.

"Eh, asal Alief pulak prince charming??" soal Ilham pula tak puas hati. "Habis? Takkan kau pulak? Dah aku cinderella, dia lah prince aku" balas Dania selamba. Suaranya sudah bertukar menjadi lebih garau.

"Okay lah tu. Kita mana boleh lawan Alief kan." tukas Ameer sempat menyindir Alief di situ. Alief membuat muka.

"Fine then. Dania Cinderella, Alief prince. Aku boleh jadi Stepmother, Hasya kau jadi Anastasia. Iqa jadi Drizella, Wani kau jadi Fairy Godmother. Okay?" Ayna memandang satu per satu ahli kumpulannya.

Semua mengangguk setuju.

"Kitaorang?" soal Hariz pula.

"Korang bereempat tinggal The King, ayah Prince tu. Grand Duke, pembantu king tu. Captain, orang yang tolong cari kasut cinderella tu and doorman, orang yang bukak tutup pintu" Ayna tersengih di hujung ayatnya. Dah macam pantun pula. tu tu tu.

"Haila, siapa lah yang kena jadi doorman tu" Faris menggeleng simpati. Mereka semua berpandangan sebelum memandang ke arah Faris.

"Kau la." Ujar mereka semua serentak sambil menunjuk ke arah Faris. Beberapa pelajar di dalam kelas itu memandang pelik ke arah mereka semua seketika.

Faris tercengang.

.
.

Alief memandang kiri dan kanan sebelum mengeluarkan kotak rokoknya. Sebatang rokok dikeluarkan lalu dikemam di bibir.

"Lighther" pinta Alief lalu Faris mengeluarkan pemetik api dari poketnya dan berikan pada Alief. Di bibirnya juga ada sebatang rokok.

Ameer hanya memandang. Takde mood nak sertai mereka.

"You ni, sabar laa"

Alief, Faris dan Ameer berpandangan. Macam kenal aje suara itu.

"I tengah cuba ni. Boleh tak you percayakan I?" suara di sebalik dinding itu kedengaran lagi.

Alief mendekatkan tubuhnya di tepi dinding. Smpah macam kenal suara itu.

"Sayang, you tahu tak I ni kuat cemburu? Macam lah you tak tau I ni macam mana. Lagi you nak panaskan hati i" kali ni kedengaran suara seorang lelaki.

Mata Alief membulat seketika. Suara itu juga dia kenal. Dia memandang Faris dan Ameer silih berganti. Jari diletakkan di bibir tanda diam. Mereka memasang telinga dan dengar.

"I sayang you lah Hafey. Tapi bagi lah i masa. Nanti kalau dah sampai masanya, I bagitau Alief okay?" pujuk Dania lagi. tangan Hafey diraih.

Alief yang mendengar namanya di sebut terus kaku.

Faris dan Ameer juga terkejut. Faris memandang Alief lalu menggerakkan bibir bermaksud. 'Dania cheated on you'

"Okay fine. But janji dengan I, you jangan mesra sangat dengan mamat tu. Buat I sakit hati je." balas Hafey menggengam lembut tangan Dania. Senyuman Dania di balas.

Alief menilik sedikit di balik dinding itu. Tepat tekaannya. Dania dan Hafey sedang berpegang tangan di hadapannya saat ini. Wah wah, hebat betul permainan kau Dania.

Alief terus menyandarkan tubuhnya semula apabila Hafey dan Dania ingin berlalu pergi.

"Aku ingat, Dania syok gila dekat kau. Rupanya dia main tikam belakang." Faris menggeleng kesal. Dia pula yang annoyed dengan perbuatan Dania itu.

Alief menghela nafas. Bermacam-macam benda sedang bermain di dalam fikirannya saat ini.

"Kau nak buat ape ni Alief? Takkan nak biar macam tu je" tukas Ameer pula.

Alief diam. Putung rokok di baling ke tanah lalu dipijak kuat. "Aku tahu lah nak buat apa nanti." tukas Alief lalu dia berlalu pergi diikuti Faris dan Ameer.

Sampai di kelas, suasana sangat kecoh dan bising kerana guru waktu itu tidak masuk lagi. Alief memandang Dania yang sedang bergelak ketawa dengan Wani dan Lisa.

Seronok ye kau.

"Dania." Laung Alief lantang. Semua pelajar kelas itu memandang ke arah Alief dan Dania silih berganti.

Dania memandang Alief.

"Do you, have anything to tell me?" soal Alief sambil berjalan perlahan ke meja Dania. Dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. Dania memandang Alief lalu menggeleng. "Tell you what? Takde ape." balas Dania berlagak tenang.

Alief tersenyum sinis. "Are you sure dear?" soal Alief lagi merenung tepat ke dalam anak mata Dania. Dania yng sudah agak cemas itu cuba masih cuba berlagak tenang. "Yes . Kenapa tanya I macam tu?"

Alief tersenyum lagi. Begini lah permainan si budak hot Dania ye.

"Takde ape." tukas Alief lalu menoleh memandang Ayna. "Woi Ayna!" panggil Alief. Ayna yang sedang berbual dengan Hasya dan Iqa itu menoleh. Tersentak bahunya apabila Alief menjerit begitu.

Kening diangkat. Haa, nak ape pulak tiang ni? Nak jugak campurkan aku dalam hal dia.

"Aku nak kau tukar watak dengan Dania." ujar Alief memandang Ayna. "Aku nak kau jadi Cinderella aku." sambung Alief lagi.

Ayna terdiam.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Nurinnabilah
2020-07-29 16:44:59 

New bab bila

aaa_05
2020-06-23 23:05:47 

bila new bab?


NovelPlus Premium

The best ads free experience