Prolog

Romance Series 11163

Hujan yang turun tidak diindahkannya.. tangisan masih tidak dapat dikawal. Tidak sanggup dia meninggalkan tanah perkuburan itu.

"Mummy!! Kenapa tinggalkan Ayna.." rintihnya lantang apabila Puan Hayati menarik Ayna bangun. Puan Hayati mengusap lembut kepala Ayna.

"Hujan sayang. Jom balik" pujuk Puan Hayati.

"Daddy!! Please don't leave me" Tangisannya semakin kuat. Kata-kata Puan Hayati tidak di endahkan. Kepalanya menggeleng-geleng tidak mahu. Apabila teringat tentang ibu bapanya yang tidak akan ada di sisinya lagi membuatkan dia lebih sebak.

"Ayna, jangan macam ni. Yang pergi biarkan dia pergi, Kita yang hidup kena teruskan perjalanan." Puan Hayati menarik Ayna dalam dakapannya.

Gadis berumur 15 tahun itu tersedu-sendan di tengah-tengah tanah perkuburan yang basah itu. Puan Hayati erat menggengam payung.

"Ayna tak sanggup aunty." rintih Ayna masih dengan tangisannya yang entah bila mahu reda.. kenapa cepat sangat mummy dan daddy tinggalkannya?? Bagaimana dia mahu teruskan hidup tanpa ibu atau bapa di sisinya?

"Boleh. Ayna boleh. Ayna dah 15 tahun. Tak boleh nangis." Encik Akmal di sebelah isterinya memujuk pula.

Air mata turun lagi.

"Jom sayang, hujan makin lebat. nanti demam." Puan Hayati menarik lembut tangan Ayna.

Ayna hanya akur. Dia menoleh ke kubur arwah ibu dan ayahnya untuk kali terakhir sebelum meninggalkan kawasan perkuburan itu.

"Ayna, mulai harini aunty dan uncle akan jaga Ayna elok2 okay sayang?" pujuk Puan Hayati. Sementara ini, biarlah mereka menjaga Ayna. Mahu mencari ahli keluarga Ayna yang jauh dari sini.

Ayna termenung sendirian di dalam kereta. Badannya yng basah kuyup tidak dihiraukan. Hujan yang masih lebat di luar tingkap direnung.

Kini dia perlu teruskan hidup.. di kala usianya 15 tahun? Tanpa adik beradik. Saudara mara yng jauh. Bolehkah dia lakukan tanpa ibu dan bapa di sisinya?

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Mira Syuhada
2021-02-13 12:00:38 

x update dh ke cite niy


NovelPlus Premium

The best ads free experience