Bab 18

Romance Series 11197

"Kahwin!?"

Ayna terus bangun dari sofa lalu dia berdiri betul-betul di hadapan nenek dan mak su nya.

"Kahwin? Nek, Ayna muda sangat untuk kahwin lah!" protes Ayna. Betul ke apa yng baru didengarnya tadi? Dia rasa dirinya tidak pekak lagi.

Nenek dan Mak su suruh dirinya untuk kahwin? Di usia muda begini?

"Ayna sabar. Duduk dulu." ajak Puan Suraya berhati-hati. Dia tahu reaksi Ayna akan jadi sebegini. Salahnya juga kerana tidak memberitahu Ayna lebih awal.

Ayna akur. Dia duduk juga di atas sofa.

"Sebelum mummy dengan daddy meninggal, arwah ada tinggalkan wasiat untuk Ayna." Puan Suraya memulakan bicaranya.

"Dalam wasiat tu tulis, Ayna kena kahwin" tukas Nek Jah pula.

"No no no. What kind of nonsense. I’m hearing right now?" Ayna menggeleng. Dia memandang Puan Suraya dan Nek Jah silih berganti. Tidak masuk akal? Mengapa mummy dan daddy nya ingin menulis wasiat supaya dia berkahwin? Ingat ini cerita novel ke?

"This is not some kind of nonsense. Ini perkara serius dan kami dah pun berbincang" balas Puan Suraya pula.

"Memang lah Ayna kena kahwin. Tapi takkan secepat ini. Ayna baru 17 tahun kut." tukas Ayna lagi. Dia kembali berdiri. Cuba menenangkan hatinya yang sedang membara.

"Bincang? Mak su tak bincang pun dengan Ayna? Tup tup semua dah setuju. Semua dah tahu. Ayna je belum tahu. Alief pun selama ni dah tahu ke?" soal Ayna. Ingin melenting. Tetapi ditahan. Dia tidak mahu marah mak su dan neneknya sesuka hati.

Puan Suraya mengangguk. "Alief dah lama tahu dan dia pun dah bersetuju"

Ayna memicit dahinya seketika. Jadi selama ni Alief sudah tahu lah? Cuma dia buat-buat tak tahu. Patutlah makin kerap Alief membulinya sekarang!

Tapi apa? Alief setuju? Kenapa pula? Alief benci akan dirinya. Kenapa Alief setuju pula.

"Ayna.."

"Apa wasiat tu tulis?" soal Ayna tanpa terus menunggu kata-kata dari nek jah.

"Dia tulis untuk memberikan segala harta mereka pada Ayna, Ayna perlu berkahwin pada umur seawal 17. Ini memang keturunan keluarga tengku Ayna. Kalau Ayna tak kahwin pada umur 17, semua harta akan lesap. Satu tanah pun mereka tak akan berikan pada Ayna." Jawab Puan Suraya panjang lebar.

Ayna terdiam. "Kenapa 17 tahun?"

"Itu syarat keturunan tok moyang kita." Jawab Nek Jah pula.

Memang satu keluarganya mempunyai tengku di hadapannya termasuk nek Jah iaitu Tengku Kathijah dan Puan Suraya iaitu Tengku Suraya.

"Kenapa Alief?" soal Ayna pula.

Nek Jah tersenyum. "Dato' Ahmad dengan Datin Marziah ialah kawan baik kepada daddy dengan mummy. Mereka rapat. Sangat rapat." jelas Nek Jah.

"Tapi Ayna tak kenal pun." balas Ayna. Selama 15 tahun dia hidup bersama ibu bapanya, dia tidak berjumpa dengan mereka.

"Lepas Ayna lahir, kamu sekeluarga berpindah ke Johor. Dari situ mereka dah tak terlalu kerap berjumpa lah." terang Puan Suraya pula.

Ayna menghela nafas.

"Ayna, mungkin ini yang terbaik untuk kamu." pujuk Puan Suraya.

Terbaik? Kahwin di usia semuda ini? Terbaik ke tu?

"Ayna- Ayna perlukan masa untuk fikir. Please give me some of time." pinta Ayna. Dia terus menapak ke tingkat atas. Fikirannya menjadi serabut.

Kahwin? Pada usia semuda ini? Dia masih mentah. Masih banyak lagi benda yang ingin dia lakukan di dunia ini. Tetapi kahwin? Itu mungkin perkara terakhir yang akan dia fikir.

.
.

Pagi itu, Ayna melangkah masuk ke kelas dengan malas. Malas gila-gila weh. Ayna memandang sekeliling kelas.

Kosong.

Terus beg diletak di tempat duduknya lalu Ayna meletakkan kepala di atas meja. Tiada semangat mahu datang ke sekolah.

"Aynaaa" Hasya terus meluru ke arah Ayna selepas meletakkan begnya. Dia duduk di tempat berhadapan Ayna.

Ayna tidak menjawab. Dia menutup matanya. Hasya mengangkat kening hairan. Bahu Ayna dicuit "Weh, asal ni??" soal Hasya.

Ayna membuka matanya. Dia menongkat dagu sambil merenung ke luar tingkap. Dia mahu beritahu Hasya, tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.

"Ayna, kau kenapa ni?" Hasya menepuk meja pula. Beberapa pelajar sudah menapak masuk ke dalam kelas.

Ayna terus menoleh ke arah Hasya. "Takde apa lah. Hari isnin kan. Mood swing sikit" Ayna terus berdiri. Dia menarik tangan Hasya. "Jom turun. Perhimpunan nak mula" ajaknya.

Dia tidak mahu Hasya mengesyak sesuatu.

Hasya hanya akur. Apa kena dengan Ayna hari ni?

Mereka turun ke dewan untuk acara perhimpunan pagi itu. Seperti biasalah. Hari isnin kan. Hari dimana semua pelajar bermula sekolah selepas cuti dua hari.

Dewan mulai penuh dengan pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Semua sudah sudah duduk di dalam barisan kelas masing-masing.

"Perhimpunan rasmi akan dimulakan sebentar lagi"

Pelajar-pelajar semua sudah siap sedia berdiri di barisan masing-masing. Kalau perhimpunan kena mulakan dengan? Lagu Negaraku lah kan.

Ayna sempat menoleh ke barisan lelaki. Alief dan gengnya tiada di dalam barisan. mereka tidak masuk dewan ke?

Selepas tamat nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah, acara diteruskan lagi dengan bacaan doa dan ikrar.

"Pelajar semua diminta duduk"

"Yang dihormati, guru penolong kanan bla bla bla.."

Ayna masih tertoleh-toleh. Alief datang ke tak? Dia perlu bercakap dengan Alief ni! Dia mahu berdepan dengan Alief face to face. Mahu minta penjelasannya.

Selepas pengawas membebel di atas pentas, tiba-tiba Cikgu Siti melangkah naik ke atas pentas bersama beberapa orang pelajar lelaki.

Alief, Faris dan Ameer juga ada di atas pentas. Seisi dewan memandang ke atas pentas. Alief dan gengnya hanya kelihatan selamba dan tidak bersalah.

Mana nak rasa bersalahnya kalau asyik buat masalah.

"Saya minta perhatian kamu semua. Tolong senyap." Cikgu Siti memulakan biacaranya. Rotan masih erat di genggamannya.

"Kamu semua lihat pelajar-pelajar di atas pentas ni? Ini semua pelajar-pelajar yang sudah rosak akhlaknya!" ujar Cikgu Siti garang. Dengan penuh semangatnya dia menjerit di atas pentas itu.

"Saya tangkap mereka semua menghisap rokok di belakang sekolah beberapa hari lepas" tukas guru itu lagi. Satu dewan sudah gamat dengan bunyi pelajar-pelajar bercakap.

Ayna terkejut. Dia memandang Hasya seketika sebelum memandang Alief di atas pentas. Alief hisap rokok? Kenapa dia terkejut sangat? Dia sepatutnya susah tahu. Pelajar yang berperangai seperti Alief dan gengnya memang liar.

"Senyap!" jerit Cikgu Siti. Terkejut beruk semua yang berada di dewan itu.

"Apa nak jadi zaman sekarang ni? Kamu datang sekolah elok-elok untuk belajar! Dapat ilmu. Tetapi, ini pula yang kamu buat. Isap rokok? Kalau di dalam sekolah dah buat macam-macam hal, mcm mana perangai kamu semua di luar sekolah nanti?" Cikgu Siti memandang satu per satu wajah di atas pentas itu.

"Peraturan sekolah main langgar sesuka hati!" tengking Cikgu Siti lagi. Satu dewan mula sunyi sepi. Memang cikgu Siti tidak perlukan mikrofon. Dia jerit je dah smpai 2 kilometer boleh dengar.

Alief dan gengnya masih mengekalkan muka selamba. Pelajar lelaki lain hanya membuat muka simpati. Alahai bersimpati nampaknya.

"Sebagai denda, kamu semua kena bersihkan kawasan sekolah!" tukas Cikgu Siti lagi. Alief tersengih. Bersihkan kawasan sekolah lagi. Benda sama je setiap kali mereka buat salah.

"Alief! Faris! Ameer!"

Ketiga-tiga pelajar lelaki itu mengangkat kepala mereka memandang cikgu Siti. Cikgu Siti tersenyum sinis. "Kamu bertiga akan cuci semua tandas lelaki di sekolah ini selama tiga minggu."

Terus senyuman Alief hilang.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience